CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Jual Rasa, Jom Buncit Sama-sama' - Fendy Bakry Jual Char Kuey Teow

6-5-2020 09:06 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 11244| Komen: 55|Original author: Oleh: top5complete

Description: Di saat negara dilanda wabak Covid-19, ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan hampir dua bulan. Ramai peniaga dan pekerja swasta umumnya terjejas pendapatan merek ...
Wabak maut Covid-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlarutan hampir dua bulan.


Foto: Instagram Fendy Bakry

Namun, situasi itu langsung tidak melemahkan semangat pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry untuk mencari rezeki biarpun di saat sukar ini. 

Akuinya, ada hikmahnya apabila dia tidak dapat berniaga kurta di musim penularan pandemik berkenaan.

Lantaran itu, anak kelahiran Beseri, Perlis itu memberi sepenuh tumpuan terhadap kedai makannya, Bhenang Kitchen di Kampung Baru sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu.


Foto: Instagram Fendy Bakry

"Saya berniaga kurta di bawah nama Bhenang, tahun lalu. Saya terfikir mahu meneruskan perniagaan sama dan meneroka sektor baru.

"Akhirnya, timbul idea Bhenang Kitchen untuk berniaga makanan. Ada hikmah juga tak berniaga kurta dengan keadaan penularan wabak COVID-19 belum berakhir. Saya kekalkan nama dan pasukan yang sama.

"Saya kena fikir untuk mencari sumber pendapatan lain demi survival selepas penggambaran diberhentikan akibat pandemik COVID-19," katanya kepada BH Online.



Katanya, disebabkan jarang dapat makan Kuey Teow goreng yang memenuhi cita rasa jika makan di kedai membuat dia terdetik untuk memasak sendiri.

"Saya susah nak jumpa Kuey Teow goreng yang memenuhi cita rasa jika makan di kedai, sejak dahulu lagi. Mungkin bukan nasib saya berjumpa kuetiau paling sedap.

"Lalu, saya terpanggil melakukan eksperimen sendiri memasak bersama kawan. Kami mencuba beberapa kali untuk mendapatkan rasa yang dikehendaki. Seterusnya, kami fikir menu apa yang mahu disediakan," tambahnya.



Dalam masa sama, Fendy melahirkan rasa syukur apabila rezekinya menjual Kuey Teow sentiasa ada.

"Bagaimanapun, tak sangka pula semakin dikenali dan menerima banyak tempahan dalam tempoh PKP.

"Saya menjual rasa, bukan makanan semata-mata. Sebab itu, saya letak tanda pagar Jom Buncit Sama Sama. Alhamdulillah, ramai sudah menjadi pelanggan tetap," ujarnya.

Semoga sikap Fendy ini menjadi contoh masyarakat di luar sana. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Gunakan sepenuhnya peluang yang ada terutama mereka yang bergelar artis kerana lebih mudah untuk berniaga sekiranya ramai yang sudah mengenali kita.

Sebar kebaikan, tolak keburukan - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 6-5-2020 09:23 AM
Nampak sedap..bagus la org muda ligat meniaga mcm ni
Quote Orix 6-5-2020 09:26 AM
nampak sedap. presentation wayyy better dari ex tunang zara zya tu spe tah nm
Quote Tinot7 6-5-2020 09:41 AM
Ada org pernah try ke?
Best ke?
Quote lanse 6-5-2020 09:51 AM
Nampak sedaplah...
Quote sarah82 6-5-2020 09:57 AM
Nampak sedap.. Aku suka kuetiau warna gelap mcm ni...
Quote Fly_over 6-5-2020 10:04 AM
kecur la.. lama lagi nk buka..
Quote Kurex 6-5-2020 10:06 AM
Sedapnyaaaaaa.............
Quote SiMontel 6-5-2020 10:27 AM
eh dia ni ke yg tunang dgn zara zya...mcm bukan je rasanya...

tapi koeyteow tu mcm nampak sedap..
Quote lilacomot 6-5-2020 10:41 AM
sedap nye kuew teow..tetibe rsa lapar lak
Quote djzara81 6-5-2020 10:57 AM
Yummsss. Tgk gambar pon mcm dpt bau aroma enak. Mesti sedap.
Quote fliphair8 6-5-2020 11:11 AM
From pic nampak sedap....ghupe ko pun mmg ghupe niaga kuey teow...teruskan...ujung2 lagi masyuk dari berlakon...
Quote husna_amal 6-5-2020 11:14 AM
baguslah pandai cari peluang dalam kesempitan ni.
Quote Lavender85 6-5-2020 11:15 AM
terliur nyaa.. semoga bisnes ni mencurah2 rezeki
Quote wadiunong 6-5-2020 11:22 AM
fliphair8 replied at 6-5-2020 11:11 AM
From pic nampak sedap....ghupe ko pun mmg ghupe niaga kuey teow...teruskan...ujung2 lagi masyuk dari ...



wpon rupa dia nan hado tp dia pandai berlakon. tp mmg nampak sedap kuey teow dia . nanti nak beli la
Quote salamon 6-5-2020 11:27 AM
taste kurex sgt ni...mesti kurex rela dibuncit oleh abam kuew teow
Quote dewi_rina 6-5-2020 12:16 PM
sedap nya lahhhh nampak tengahari buta ni
Quote irvene 6-5-2020 12:57 PM
Orix replied at 6-5-2020 09:26 AM
nampak sedap. presentation wayyy better dari ex tunang zara zya tu spe tah nm

aku teringin la makan char kueh teow pastu teringat la char kueh teow ex tunang zara tu. status dlm IG bukak pukul 6pm. aku tunggu punya tunggu tak bukak2. last aku mkn bnde lain. selesai makan pun, x bukak2 kedai. buat customer tunggu je. at least ko hapdate la dlm IG bukak lambat ke apa ke!!
Quote lasagnaklcc 6-5-2020 01:01 PM
Dari aritu berkenan kat kuey teow dia. Nampak sedap sgt.
Quote Orix 6-5-2020 01:06 PM
fliphair8 replied at 6-5-2020 11:11 AM
From pic nampak sedap....ghupe ko pun mmg ghupe niaga kuey teow...teruskan...ujung2 lagi masyuk dari ...

Hahahahahaha jahat. Tapi dia manis jugak la. Cuma aura goodboy dia tu kuat sgat. We need more badboy gituh

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.136503 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top