CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Lebih Setengah Juta, Orang Gaji Ziela Jalil Dipenjara 8 Bulan

6-3-2020 11:08 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13403| Komen: 52|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap pembantu rumah Datuk Ziela Jalil.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap pembantu rumah Datuk Ziela Jalil.

Lapor Bernama, hukuman itu dijatuhkan selepas Julianah Omar, 32, yang juga warga tempatan mengaku bersalah di hadapan Majistret M Saravanan kerana mencuri barangan peribadi milik majikannya, bulan lalu.



Kredit foto: IG

Bukan sikit-sikit yang dicurinya, semua barangan curi itu berjumlah lebih setengah juta!

Menurut laporan, hukuman dijalankan bermula semalam.

Difahamkan, Julianah mencuri barangan peribadi pelakon dan produser itu di Desa Sri Hartamas, Brickfields, kira-kira 11 pagi pada 26 Februari lalu. Keseluruhan barangan curi itu dilaporkan berjumlah RM520,000.

Wanita itu dihukum mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membolehkan dia dipenjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dihukum penjara dengan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.





Sebelum ini, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Namun, peguam yang mewakili tertuduh, Muhamad Razman Sahat merayu hukuman dikurangkan dengan alasan ia kali pertama Julianah melakukan kesalahan itu dan perlu menjaga ibu bapanya selain menyesal dengan perbuatannya.

Bukan sikit dicurinya, sampai lebih setengah juta tu! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-3-2020 11:15 AM
Takde safe ke ZJ?
Quote manehnya 6-3-2020 11:31 AM
curi sikit2 dah le, tu la tamak... setengah juta kau curi.. fuhh x sempat nk nikmati kan haa
Quote KIM.K 6-3-2020 11:31 AM
Takziah
Makin cantik ZJ
Quote bloodyamuk 6-3-2020 11:34 AM
manehnya: curi sikit2 dah le, tu la tamak... setengah juta kau curi.. fuhh x sempat nk nikmati kan haa


die tak reti curi macam ocean eleven...biar tak nampak macam inside job...
Quote fliphair8 6-3-2020 11:34 AM
Lawa ZJ.....banyak wit plak tu....
Quote namr 6-3-2020 11:34 AM
Choi, curi sikit2 dah la kak dia pun rak sedar kena curi..byk sgt ko sebat mmg la dia perasan.
Quote ellejo 6-3-2020 11:37 AM
nama asisten superitenden macam orang thailand
nang nakkkkkkk.
Quote Aai2 6-3-2020 11:46 AM
Wow  setgh juta..byk tu,tp x sempat enjoy dah ke dlm
Quote mimi77 6-3-2020 11:47 AM
mak aihhhh x agak2 ambik ponnnnnnn
Quote prettyuglybabe 6-3-2020 11:52 AM
maid dia bukan curi duit la..
curi barang..
maybe handbag emas permata intan berlian kain baju kasut gigi emas..
kalau duit maybe sampai sekarang tak tertangkap kalau curi sikit-sikit..
ni barang dah tentu la nampak kalau beliau jenis susun handbag barang kemas elok-elok..
Quote F685 6-3-2020 11:54 AM
0.5 juta tu tak agak2 nak curi pun
Senyap2 buat police report
Senyap2 naik court & dpt keputusan

Tak nampak pulak dia dok update beria bagai

Quote matchstick 6-3-2020 12:08 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 11:52 AM
maid dia bukan curi duit la..
curi barang..
maybe handbag emas permata intan berlian kain baju kas ...

Ye la kan..kalau curi henbeg birkin sebijik pun dh ratus ribu nilai dia. Campur barang kemas, kasut, jam yg harga puluh ratus ribu kalau kumpul barang2 tu x penuh 1 troli pun. Lain la kalau curi henbeg carlo rino 1 lori pun belum smpi setengah juta nilai dia
Quote aiva 6-3-2020 12:11 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 11:52 AM
maid dia bukan curi duit la..
curi barang..
maybe handbag emas permata intan berlian kain baju kas ...

ayo
handbag pun curik ker
taraf maid dia nak buat apa beg bling bling tu ek
nak korek emas kat handbag tu ke
nak jual kot
Quote bintangct 6-3-2020 12:16 PM
igtkn maid indon je buat keje gila
maid melayu lg gila rupanya
manusia jd gila dgn harta
Quote prettyuglybabe 6-3-2020 12:37 PM
aiva replied at 6-3-2020 12:11 PM
ayo
handbag pun curik ker
taraf maid dia nak buat apa beg bling bling tu ek

handbag orang kaya bukan taraf handbag marhaen 3 4 ribu harganya..
satu bag koman-koman belas to puluh to ratus ribu..
kalau takat beg bonia carlo rino tu, silap-silap dia sedekah je suruh bawak gi pasar..
Quote sukacactus 6-3-2020 01:39 PM
Wahhh!
Org gaji dia berselera besar
Selama ni dok tgk je majikan melaram barang memahal, dia pun nak jugekk!
Quote bulan_gerhana 6-3-2020 01:56 PM
F685 replied at 6-3-2020 11:54 AM
0.5 juta tu tak agak2 nak curi pun
Senyap2 buat police report
Senyap2 naik court & dpt keputusan

betul betul betul... zj ni dlm kelas dia tersendiri.. x cam sorang lagi tu..[ ops maleh nyobut]

bertabah la zj...
Quote husna_amal 6-3-2020 02:49 PM
Gelap mata pencuri tu bila nampak barang berharga. Entah dah berapa lama lah dia keje dgn ZJ.
Quote aiva 6-3-2020 03:06 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 12:37 PM
handbag orang kaya bukan taraf handbag marhaen 3 4 ribu harganya..
satu bag koman-koman belas to  ...

bagi aku handbag 3 or 4 ribu pun ok jer
haha

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.160341 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top