CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Covid-19 - Tiang, Pemegang Pengangkutan Awam Paling Banyak Kuman

6-3-2020 05:34 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3463| Komen: 15|Original author: Oleh: intan

Description: Di Malaysia, dianggarkan hampir atau lebih 1.2 juta pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT dan monorel.
Di Malaysia, dianggarkan hampir atau lebih 1.2 juta pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT dan monorel.

Kini, dengan penyebaran wabak Covid-19 yang dilihat semakin menular di seluruh dunia, sudah pastinya menimbulkan kebimbangan kepada seluruh masyarakat.


Lebih-lebih lagi mereka yang sering menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja. Terpaksa berhimpit-himpit, sudah pasti risiko untuk terkena jangkitan itu amat tinggi.

Namun, kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berdepan risiko setiap hari dalam menuju ke destinasi. 

Jangan khuatir, ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk menghindari virus ini ketika menggunakan pengangkutan awam.


1. Sentiasa menjaga kebersihan tangan


Kredit foto: Carian Google


Sentiasa mengamalkan tabiat mencuci tangan menggunakan sabun terutamanya apabila menyentuh fasiliti awam. Gunakan hand sanitizer sebelum dan selepas menaiki pengangkutan awam dalam memastikan anda bebas daripada sebarang kuman dan virus.


2. Elakkan situasi berhimpit

Sebaik-baiknya, cuba untuk mengelak dari berhimpit di dalam bas atau LRT/MRT yang sudah penuh kerana ianya berpotensi meningkatkan risiko penularan kuman atau virus melalui udara.


Kredit foto: Carian Google

Berhimpit membuatkan anda mudah bersentuhan dengan orang yang belum diketahui sama ada sihat atau pembawa virus.


3. Kurangkan perbuatan memegang atau bersandar


Kredit foto: Carian Google
Tempat pemegang dalam bas atau LRT yang menjadi tempat kita berpaut itu sebenarnya tempat paling banyak kuman. Jadi, kurangkanlah berpaut atau bersandar dan selalulah menggunakan hand sanitizer.


4. Jauhi perbuatan meletak beg di lantai

Lantai juga tempat paling tercemar, jadi jauhi perbuatan meletak beg di atas lantai ya!


5. Jangan makan atau minum dalam pengangkutan awam

Walaupun perbuatan itu dilarang, tapi masih ada juga yang degil dan berbuat demikian. Rasanya, dah boleh berhenti daripada membuat aktiviti makan dan minum dalam pengangkutan awam.

Dah pegang tiang dan tempat pemegang, lepas tu makan pula makanan tanpa membasuh tangan. Bahaya kan?


Kredit foto: Carian Google

Sebaiknya, makan atau minum selepas anda basuh tangan sebersihnya dan yang penting, bukan ketika berada di dalam pengangkutan awam!

Semoga bermanfaat. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-3-2020 05:45 PM
Sesungguhnya yang no 2 dan no 3 tu paling sukar nak dielakan bila menggunakan perkhidmatan awam
Quote KIM.K 6-3-2020 05:54 PM
Butang lif, tandas

Sanitizer ni kalau takda isoprophyl alcohol 70% boleh bancuh cuka 10%
Cuka ada antivirus properties, antibacterial. iols mandikan kucing pakai cuka


Quote im4me 6-3-2020 06:21 PM
Dah tak pernah cuci dari mula beroperasi macam tulah....tau nak pow duit rakyat jer ...
Quote Mitdob 6-3-2020 07:20 PM
Boleh x jadikan bancuhan dettol dngan air then spray to any surface yg kte nk sentuh atau pegang?
Quote ilacantik 6-3-2020 07:23 PM
Sekarang ni memang saya cuba seboleh2nya tak nak masuk tandas awam. Kalau terpaksa, cari di masjid yg berdekatan, yg confirm penggunanya cebok menggunakan air. Lepas tu sebelum guna, disinfect dulu dgn alcohol dan cuci tangan bersih2.
Lagi satu, memang saya kurangkan urusniaga yg menggunakan Wang tunai. Ntah berapa banyak tangan yg pegang duit tu, so sekarang memang seminggu sekali pesan groceries online. Dan jarang sangat makan kat luar, kalau dah malas sangat, order online.
Memang terasa jugak sebab kena adjust beberapa perkara sejak penularan virus Covid-19 ni.
Quote syadq 6-3-2020 09:07 PM
Fakta semasa covid berjangkit ketika meeting, dlm pejabat korporat, semestinya tempat yg bersih, selesa tak bersesak-sesak.
Quote syamzana 6-3-2020 09:49 PM
Mitdob replied at 6-3-2020 07:20 PM
Boleh x jadikan bancuhan dettol dngan air then spray to any surface yg kte nk sentuh atau pegang?

dettol antiseptik tu ke? boleh je. kat rumah skrg ni pun kami sekeluarga lepas blk dr luar je mandi pkai dettol antiseptik. satu penutup letak dlm satu bathtub bergantung pada kebesaran tmpt takungan u la. jgn terkena direct ke mata sudah.

lepas tu i beli botol kecik letak dettol antiseptik+air spray kat mana2 nak pegang kalau tmpt yg agak ramai org la. tp lepas pgang tu i cuci ngan wet tissue sbb bau kuat kan.
Quote Mitdob 6-3-2020 10:04 PM
Haaa samalah beli spray utk iron baju tu and bancuh dettol dalam tu. Pg ofis pagi2 tekan lif, tmpat swap kad mmg spray dettol.
Quote lwyl 7-3-2020 01:11 PM
Beli tablet Germisep. Larut dalam 10 litre air. Mop, spray, wipe.
Quote nono86 8-3-2020 05:21 PM
Kesiankan yang bergantung kat pengangkutan awam ni.. Nak tak nak kena guna jugak.. Moga kita semua dilindungi ALLAH dari penyakit dan wabak.. Insya ALLAH.
Quote nono86 8-3-2020 05:22 PM
lwyl: Beli tablet Germisep. Larut dalam 10 litre air. Mop, spray, wipe.

Tq 4 suggestion
Quote tukul 8-3-2020 05:34 PM
KIM.K replied at 6-3-2020 05:54 PM
Butang lif, tandas

Sanitizer ni kalau takda isoprophyl alcohol 70% boleh bancuh cuka 10%

Butang atm cdm ...
Quote husna_amal 9-3-2020 10:12 AM
rasa tak tenang pergi tempat ramai orang sekarang ni.
Quote Dunhill. 9-3-2020 10:28 AM


ludah dlm lif...

[youtube]6a2h2xpa-mY[/youtube]

kencing dlm lif



Quote mahathirGX 9-3-2020 10:32 AM
syadq replied at 6-3-2020 08:07 PM
Fakta semasa covid berjangkit ketika meeting, dlm pejabat korporat, semestinya tempat yg bersih, sel ...

Lebih tepat ....   virus ni mudah merebak di tempat tertutup

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074859 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top