CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Search Perlu Teruskan Tanpa Amy Sekali Lagi?

6-3-2020 05:51 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 7618| Komen: 26|Original author: Oleh: Re.C

Description: Kumpulan Search sekali lagi berada dalam situasi tanpa Amy setelah ahli kumpulan itu tidak merasakan keserasian bersama lagi.

Sumber Foto : flickr

Kumpulan Search sekali lagi berada dalam situasi tanpa Amy setelah ahli kumpulan itu tidak merasakan keserasian bersama lagi. 

Ahli kumpulan Search yang lain mahu meneruskan projek serta melangsungkan konsert, namun Amy yang sering sibuk menyebabkan kumpulan ini tidak aktif lagi.

Mereka yang terkini iaitu terdiri daripada Nasir Daud selaku pemain bass, Kid (gitar utama), Din (gitar irama) dan Pae bekas pemain dram XPDC yang telah menggantikan tempat allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada tahun lalu.

"Amy tidak boleh komit apa-apa," ulas Nasir Daud mengenai situasi ini.

Beliau juga mahukan jawapan sebenar daripada Amy sekiranya mahu mengundurkan diri daripada kumpulan itu. 

Nasir Daud turut berkata; "Kalau betul dia tak nak lagi, kita nak kan satu farewell konsert untuk peminat dan juga kita minta satu blessing daripada dia untuk band ini move on."


Walaupun begitu, Nasir Daud dan ahli kumpulan lain sentiasa membuka ruang sekiranya Amy berundur dan kembali semula ke kumpulan tersebut.

Datuk Awie pula berkata; "Saya sebagai orang luar, mendoakan supaya benda ini tidak menjadi keadaan yang sangat keruh."

Dia juga menegaskan yang dia tidak mahu persahabatan kumpulan Search diputuskan kerana kesibukan dan meminta Amy mengizinkan kumpulan itu untuk menggunakan khidmat vokalis lain dan meneruskan kehidupan.

"Jangan ada permusuhan, jangan ada kedengkian dan sebagainya, kita tidak berniat untuk mengeruhkan kerajaan.. eh, mengeruhkan kerajaan pula, mengeruhkan keadaan," katanya kepada Kelkatu Tv.


Sumber imej : www.ilassotickets.com

Kumpulan Search bakal melangsungkan persembahan konsert Apologia dan Awie pada 28 mac 2020 di The Bee, Publika. Dapatkan tiket anda di laman sesawangan www.ilassotickets.com.



Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 6-3-2020 05:56 PM
amy tu dh kaya...
takat show brp hengget la sgt ni..
koserrr nk layan...
hahaha..
Quote matbad 6-3-2020 06:27 PM
Abam amy bz yg lain tak bleh cari makan laaaa..patut nabila huda marah bapaknya dikerah bekerja oleh bini beliau..yala nmpk sgt main ambk show byk2..amy dah 60+..masa nak rest pn tak ada
Quote manehnya 6-3-2020 06:54 PM
Ala bior ja laa ... Lg pun DH pancit... Dia nak pencena tuuu
Quote cha-cha 6-3-2020 07:14 PM
Mahal nya tiket kat The Bee. Takde venue lain ke?
Quote awaynepian 6-3-2020 07:44 PM
Pergh..kurus gila kid..
Quote Aai2 6-3-2020 07:48 PM
Amy nak rehatlah tu...umur dah usia pencen..
Quote Skuau 6-3-2020 08:17 PM
napa otai rock cam searh,wings,may,xpdc,ella,ramlee sarip x nak gabung buat konsert...???? kalo semua depa ni kumpul satu tempat..wa mesti mai punya@harga mampu bayor la...
Quote alesandra 6-3-2020 09:03 PM
dulu masa arwah yazid  sakit.3 ekor tu kemain lagi tagteam dgn amy perlekeh ,naya arwah kan.rasakan skrg.cashhh
Quote mixed 6-3-2020 09:09 PM
Amy sibuk jual kopi pewitt dan selalu gak bt show kt indon
Quote Nenasketum 6-3-2020 09:50 PM
Baru tau Amy dok fefeeling nyanyi sengsorang. Bini tak nak share profit kot
Quote helicornia 6-3-2020 09:54 PM

sedih tol nengok kid tu dh gitu plak rupanya skrg
Quote kiah_mai_pulak 6-3-2020 09:57 PM
dh tu nk kena mggelabah tetek ke ni?
Quote sukacactus 6-3-2020 10:08 PM
Pesta makanan malaysia kat tokyo pun ada si amy ni
Tahun lps xsilap
Quote bloodyamuk 6-3-2020 10:20 PM
udah2 le pakcik...band member dah meninggal pun hangpa nak rock rock head bangin bagai...tinggalkan la benda ni, pi rehat2 dengan anak cucu, pi kuliah2 subuh, dhuha kat masjid2...jadi sukarelawan ka jkkk surau ka...
Quote belilies 6-3-2020 10:57 PM
Tudia abam kawasan dah soundddd..... Ada brannn bam amy?? Mana boleh lawan mrs amy {:hooray
Quote anastasia7 6-3-2020 11:23 PM
mixed replied at 6-3-2020 09:09 PM
Amy sibuk jual kopi pewitt dan selalu gak bt show kt indon

Ahad ni masak2 pulak tau
Quote anastasia7 6-3-2020 11:24 PM
Amy busy nak masak2. Meh sapa nk pekena air tangan dia
Quote LautBiru52 7-3-2020 01:49 AM
alesandra replied at 6-3-2020 09:03 PM
dulu masa arwah yazid  sakit.3 ekor tu kemain lagi tagteam dgn amy perlekeh ,naya arwah kan.rasakan  ...

Haah kan. Kesian sgt dkt arwah time tu. Diorang layan dia mcm pengemis
Quote MisXoXo 7-3-2020 01:51 PM
bloodyamuk replied at 6-3-2020 10:20 PM
udah2 le pakcik...band member dah meninggal pun hangpa nak rock rock head bangin bagai...tinggalkan  ...

I nmpk amy byk ke arah keagamaan jgklah suami isteri.walau queen control ka apa ka..norish tu pg solat subuh xtinggai laki bini..based on pemerhatian ig lah..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061845 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top