Di Malaysia, dianggarkan hampir atau lebih 1.2 juta pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT dan monorel.
Kini, dengan penyebaran wabak Covid-19 yang dilihat semakin menular di seluruh dunia, sudah pastinya menimbulkan kebimbangan kepada seluruh masyarakat.
Lebih-lebih lagi mereka yang sering menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja. Terpaksa berhimpit-himpit, sudah pasti risiko untuk terkena jangkitan itu amat tinggi.
Namun, kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berdepan risiko setiap hari dalam menuju ke destinasi.
Jangan khuatir, ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk menghindari virus ini ketika menggunakan pengangkutan awam.
1. Sentiasa menjaga kebersihan tangan
Kredit foto: Carian Google
Sentiasa mengamalkan tabiat mencuci tangan menggunakan sabun terutamanya apabila menyentuh fasiliti awam. Gunakan hand sanitizer sebelum dan selepas menaiki pengangkutan awam dalam memastikan anda bebas daripada sebarang kuman dan virus.
2. Elakkan situasi berhimpit
Sebaik-baiknya, cuba untuk mengelak dari berhimpit di dalam bas atau LRT/MRT yang sudah penuh kerana ianya berpotensi meningkatkan risiko penularan kuman atau virus melalui udara.
Kredit foto: Carian Google
Berhimpit membuatkan anda mudah bersentuhan dengan orang yang belum diketahui sama ada sihat atau pembawa virus.
3. Kurangkan perbuatan memegang atau bersandar
Kredit foto: Carian Google
Tempat pemegang dalam bas atau LRT yang menjadi tempat kita berpaut itu sebenarnya tempat paling banyak kuman. Jadi, kurangkanlah berpaut atau bersandar dan selalulah menggunakan hand sanitizer.
4. Jauhi perbuatan meletak beg di lantai
Lantai juga tempat paling tercemar, jadi jauhi perbuatan meletak beg di atas lantai ya!
5. Jangan makan atau minum dalam pengangkutan awam
Walaupun perbuatan itu dilarang, tapi masih ada juga yang degil dan berbuat demikian. Rasanya, dah boleh berhenti daripada membuat aktiviti makan dan minum dalam pengangkutan awam.
Dah pegang tiang dan tempat pemegang, lepas tu makan pula makanan tanpa membasuh tangan. Bahaya kan?
Kredit foto: Carian Google
Sebaiknya, makan atau minum selepas anda basuh tangan sebersihnya dan yang penting, bukan ketika berada di dalam pengangkutan awam!
Post time 6-3-2020 07:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekarang ni memang saya cuba seboleh2nya tak nak masuk tandas awam. Kalau terpaksa, cari di masjid yg berdekatan, yg confirm penggunanya cebok menggunakan air. Lepas tu sebelum guna, disinfect dulu dgn alcohol dan cuci tangan bersih2.
Lagi satu, memang saya kurangkan urusniaga yg menggunakan Wang tunai. Ntah berapa banyak tangan yg pegang duit tu, so sekarang memang seminggu sekali pesan groceries online. Dan jarang sangat makan kat luar, kalau dah malas sangat, order online.
Memang terasa jugak sebab kena adjust beberapa perkara sejak penularan virus Covid-19 ni.
Post time 6-3-2020 09:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mitdob replied at 6-3-2020 07:20 PM
Boleh x jadikan bancuhan dettol dngan air then spray to any surface yg kte nk sentuh atau pegang?
dettol antiseptik tu ke? boleh je. kat rumah skrg ni pun kami sekeluarga lepas blk dr luar je mandi pkai dettol antiseptik. satu penutup letak dlm satu bathtub bergantung pada kebesaran tmpt takungan u la. jgn terkena direct ke mata sudah.
lepas tu i beli botol kecik letak dettol antiseptik+air spray kat mana2 nak pegang kalau tmpt yg agak ramai org la. tp lepas pgang tu i cuci ngan wet tissue sbb bau kuat kan.
Post time 8-3-2020 05:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesiankan yang bergantung kat pengangkutan awam ni.. Nak tak nak kena guna jugak.. Moga kita semua dilindungi ALLAH dari penyakit dan wabak.. Insya ALLAH.