CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Maut Dibelasah Anak Perempuan Sebelum Dipenggal, Otak Dikeluarkan

6-3-2020 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5276| Komen: 38

Description: Wanita tergamak memenggal kepala ibunya sendiri menggunakan pisau dan gunting.
Wanita tergamak memenggal kepala ibunya sendiri menggunakan pisau dan gunting.

Memetik The Sun, wanita itu juga mengeluarkan otak dan mencium kepala mangsa di hadapan kenalan keluarganya.



Mangsa (kiri)
Kredit foto: The Sun

Odessa Tammy Carey, 36, didakwa memukul ibunya hingga maut di rumahnya di Ashington, Northumberland, England sebelum memenggal mangsa berusia 73 tahun itu.

Newcastle Crown Court hari ini dimaklumkan bahawa tertuduh membawa kepala mangsa di dalam sebuah beg sebelum dikeluarkan dan menciumnya di hadapan kenalan keluarganya.

Difahamkan, wanita itu kemudian memasukkan semula kepala itu di dalam beg.

Mayat tanpa kepala mangsa yang juga bernama Odessa Carey ditemui di atas katil, manakala otaknya ditemui di dalam bilik air di rumahnya.

Menurut laporan, kepala mangsa ditemui di tempat berasingan. Ia ditemui di dalam almari bawah sinki dipercayai di rumah kenalan keluarganya iaitu tempat di mana tertuduh bersembunyi.


Mahkamah dimaklumkan, punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat dipukul dengan tukul sebelum dia dipenggal.

Tertuduh juga dikatakan menoreh bentuk salib pada perut ibunya.

Perbicaraan diteruskan. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-3-2020 05:18 PM
tak faham.. dia kan bawak keluar kepala mak dia siap cium depan orang ramai. macam mana kepala tu boleh ada dekat almari??
Quote sarah82 6-3-2020 05:28 PM
Aku pernah tgk dokumentari.. Anak bunuh mak.. Umur dlm lingkungan belasan tahun..
Quote KIM.K 6-3-2020 05:29 PM
Illuminati kerr?
Quote Artemesiaa 6-3-2020 05:31 PM
Kejamnya perbuatan mau trauma kenalan keluarga yang melihat
Quote misc 6-3-2020 05:32 PM
Kurex replied at 6-3-2020 05:18 PM
tak faham.. dia kan bawak keluar kepala mak dia siap cium depan orang ramai. macam mana kepala tu bo ...

Dia gi show off kepala tu kat kenalan keluarga dia dulu pastu baru letak kat almari.

"Difahamkan, wanita itu kemudian memasukkan semula kepala itu di dalam beg."
Quote sukacactus 6-3-2020 05:35 PM
menuntut ilmu salah ke gila pompuan ni
Quote kuzaime 6-3-2020 05:41 PM
Dia ni patut dijodohkan dgn mamat siam yg kerat maknya tu
Quote highcastle 6-3-2020 05:46 PM
Teringat kes kat Nismilan yang dia bawak kepala ayah dia kat dalam beg...........
Quote EvieWanKenobi 6-3-2020 05:49 PM
tu gambau anak atau emaknya?
Quote whadda 6-3-2020 05:52 PM
EvieWanKenobi replied at 6-3-2020 05:49 PM
tu gambau anak atau emaknya?

bawah gambar tu tulis mangsa (kiri)
Quote EvieWanKenobi 6-3-2020 05:55 PM
whadda replied at 6-3-2020 05:52 PM
bawah gambar tu tulis mangsa (kiri)

laa.. overlooked..

tq kaka..


Quote lemak_masin 6-3-2020 06:02 PM
Gilernyee manusia..
Quote ainashiqa 6-3-2020 06:08 PM
Ada tuntut ilmu salah ni kot.. Xpun sakit jiwa
Quote hanasensei 6-3-2020 06:12 PM
Kurex replied at 6-3-2020 05:18 PM
tak faham.. dia kan bawak keluar kepala mak dia siap cium depan orang ramai. macam mana kepala tu bo ...

Lepas dia tunjuk kat kenalan.. Dia simpan balik dlm beg n smbunyikan bwah sinki.. Ikut pmahaman aku lah
Quote siq 6-3-2020 06:12 PM
banyak sangat layan cerita exorcist kot ni siap bertoreh2 salib bagai

gila kot bunuh mak sendiri? tak puas hati kalu lari dari rumah je la... ke masih spender pun mak yg belikan?
Quote epuepy 6-3-2020 06:30 PM
Ohmai.. Scarry nye..
Mcm mane la anak bole sekejam tu? Ai dgr mak sakit perut muntah2 pn terus rasa nk terbang balik jmpa mak..
Quote MissyMolly 6-3-2020 06:51 PM
OMG...rip grandma
Quote Sham143 6-3-2020 07:03 PM
Psycho ni..
Quote Supersirap 6-3-2020 07:19 PM
Semoga si pelaku dapat diberkas dan seterusnya bertaubat dengan perbuatannya itu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099807 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top