CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Tiba-Tiba Turun Mendadak" - Rupanya Ini Sebab Harga Minyak Turun

9-3-2020 04:25 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9283| Komen: 31

Description: Rupanya Ini Sebab Harga Minyak Turun

Kredit foto: YADIM


Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit petrol RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan RON95 turun sebanyak 19 sen kepada RM1.89 seliter mulai 7 Mac hingga 13 Mac 2020.

Malah, harga runcit diesel turut mengalami penurunan diesel sebanyak 17 sen kepada RM1.96 seliter. Penurunan harga minyak di saat ketidaktentuan politik negara disambut baik rakyat Malaysia.

Namun tahukah anda kenapa harga minyak turun?

Menurut pakar ekonomi, Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor, harga minyak yang susut ketika ini adalah kerana wabak koronavirus (COVID-19) menyerang ekonomi di China dan impaknya yang terus merebak di seluruh dunia sehingga kini menyebabkan permintaan minyak dunia mengalami kejatuhan.


"Permintaan minyak global telah terjejas oleh COVID-19 dan banyak negara mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara, malah penduduk dunia juga memilih untuk tidak mengembara.

Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan," katanya yang dipetik laporan Astro Awani.

Namun begitu, trend penurunan harga minyak ini mungkin bersifat sementara kerana keadaan itu bergantung kepada pelbagai faktor lain, selain kesan daripada penularan COVID-19.

Kredit foto: Khaleej Times

Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut menjangkakan harga minyak kekal pada tahap rendah kerana kesan daripada COVID-19.

"Wabak ini telah memperlahankan ekonomi dunia dan mengurangkan penggunaan pengangkutan. Keadaan itu sekali gus turut mengurangkan permintaan terhadap penggunaan minyak," katanya.

Kesan positif penurunan harga minyak - Penjimatan dari penurunan harga petrol dan diesel akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia. 

Jika harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak semakin menurun untuk bulan-bulan yang akan datang perbelanjaan untuk petrol dan diesel juga sepatutnya menurun dan ini akan menambah lebihan wang didalam poket isi rumah dan boleh disalurkan untuk perbelanjaan lain atau menambahkan simpanan seisi rumah.

Secara teorinya ia sepatutnya ia mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel bulanan sesetengah daripada rakyat Malaysia tetapi apabila harga minyak turun belum tentu harga barangan dan perkhidmatan yang lain akan turun seperti kebiasaannya yang sentiasa meningkat.

Bila ada kesan positif, pasti ada kesan negatif kejatuhan harga minyak iaitu ia akan menyebabkan penurunan pendapatan kerajaan daripada hasil cukai, royalti, dividen dan sebagainya yang akan mengurangkan kebolehan berbelanja kerajaan khususnya belanja mengurus.

Kredit foto: FMT

Penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat minyak negara Petronas. Malah ia turut memberi impak negatif kepada pasaran saham, matawang tempatan Ringgit Malaysia dan sentimen pelaburan secara umumnya.

Kesimpulannya, penurunan harga minyak ada pro dan cons nya kepada negara khususnya kepada ekonomi dan juga pendapatan negara. 

Sekiranya ia berterusan, kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat adakah rakyat perlu bersedia dengan kelembapan ekonomi yang mendatang atau kerajaan mahu terus positif dan optimis ekonomi Malaysia ketika ini. - CARI 
8

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 9-3-2020 04:54 PM
syukurrrrr. klu PH yg pegang ni jgn hrp dia nk turunkan harga even though minyak dunia turun
Quote girlfriend_^^ 9-3-2020 04:55 PM
Yang annoying,bila minyak turun, harga barang tak turun pula..
Quote lipans 9-3-2020 04:56 PM
Benefit utk rakyat kebanyakan. Tapi untuk negara, malapetaka. Mana nak cekau duit.
Quote apam 9-3-2020 05:04 PM
Atok kata ada simpanan 2 triliyun bersamaan 2000,000,000,000.00.
Takkan nak kasi tokey dan kroni aje memketedarah
Quote nuno 9-3-2020 05:06 PM
Tipu ni..aku lagi percaya harga minyak dunia turun sebab bukan covid tapi sebab PH turun
Quote kucingitam 9-3-2020 05:22 PM
ni salah dap ni..eh...
Quote supernaturalee 9-3-2020 06:42 PM
girlfriend_^^: Yang annoying,bila minyak turun, harga barang tak turun pula..



Kannn
Ape alasan org meniaga nk bg


Quote AbukRokok 9-3-2020 08:30 PM
nuno replied at 9-3-2020 05:06 PM
Tipu ni..aku lagi percaya harga minyak dunia turun sebab bukan covid tapi sebab PH turun

harga minyak mmg dah beransur turun sejak covid pasaran china dah tertutup
so saudi tgk ni peluang utk lancarkan perang minyak kedua...yg 1st perang minyak zaman najib


Quote AbukRokok 9-3-2020 08:31 PM
supernaturalee replied at 9-3-2020 06:42 PM
Kannn
Ape alasan org meniaga nk bg

cakap je la kos operasi meningkat gaji minimum bla bla bla

nti kita tgk tauke stesen minyak merayu sedih sekali lagi

Quote Tinot7 9-3-2020 08:31 PM
kita tunggu dan lihat..
Quote armin 9-3-2020 08:34 PM
Lepas turun ni nanti harga minyak naik balik harga barang pun naik
Quote keds 10-3-2020 12:18 AM
Ok,.........
Quote natrahn 10-3-2020 07:57 AM
nuno replied at 9-3-2020 05:06 PM
Tipu ni..aku lagi percaya harga minyak dunia turun sebab bukan covid tapi sebab PH turun

kah kah kah..harga minyak kat rusia pun turun der...takkan sebab PH turun jugak
Quote haruslah 10-3-2020 08:45 AM
pdhal mmg trend menurun dpd aritu
tp PH nye rega kekal brp lame pulak
pastu turun 2 3 sen
kahhh
Quote VirusDetected 10-3-2020 08:51 AM
harap kekal la hrga skang @ trn lg...
Quote Simunggu 10-3-2020 09:30 AM

ini PH terang terang cakap salah BN sebelum PRU14 hari tu...harga minyak naik & turun...matawang dunia turun sbb 1MDB...ini lah fitnah PH...jangan sekali kali kita lupa...PH=DAP
Quote husna_amal 10-3-2020 09:50 AM
harap harga barang kat pasaran pun dapat turun juga....hanya mampu berharap
Quote kucingitam 10-3-2020 09:54 AM
Simunggu replied at 10-3-2020 09:30 AM
ini PH terang terang cakap salah BN sebelum PRU14 hari tu...harga minyak naik & turun...matawang d ...

lepas ni boleh dah diharamkan dap ke caner? majoriti melayu je tu dlm gomen sekarang..

Quote umbut 10-3-2020 10:00 AM
Kalau ph balik2 banyak hutang. Hutang tengkorak kau

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.156232 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top