CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bila Boleh Teran Bayi Keluar? Pakar Jelaskan Apa Itu Saiz Bukaan Pintu Rahim

19-4-2018 05:22 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5857| Komen: 15|Original author: Oleh: Ayu

Description: Bagi ibu yang bakal melahirkan bayi sulung, pasti sedang tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan sebelum melahirkan. Tarikh bayi akan lahir telah diberikan dan semakin hampir. Namun, situasi yang s ...


Bagi ibu yang bakal melahirkan bayi sulung, pasti sedang tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan sebelum melahirkan. Tarikh bayi akan lahir telah diberikan dan semakin hampir. Namun, situasi yang sebenar belum difahami sepenuhnya.

Baru-baru, ini seorang doktor prihatin, Muhammad Eizat telah berkongsi mengenai tanda-tanda untuk melahirkan dan prosedur yang dijalankan menerusi akaun Twitter miliknya. Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal ibu bersedia pada hari bersejarah kelak. 


Foto: Google


Salah satu tanda lazim ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Pangkal Rahim yang terletak di dalam vagina biasanya berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka dalam keadaan biasa. Cuma bagi ibu yang pernah melahirkan anak, kadang-kala ianya terbuka sedikit.  

Pintu Rahim akan menjadi tipis dan perlahan-lahan membuka apabila sakit kontraksi bermula. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin. 


Foto: Twitter Muhammad Eizat

Sebelum ibu boleh meneran bayi keluar, pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 sentimeter (sm) sehinggalah diameternya mencecah 10 sm. Dengan cara memasukkan jari ke dalam vagina, doktor atau jururawat perbidanan terlatih melakukan pemeriksaan untuk mengukur bukaan pintu Rahim. 

Bagi ibu yang tidak pernah bersalin, jangan takut. Sebaiknya bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Pemeriksaan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit sekiranya ibu-ibu mengeraskan badan dan mengemut dengan kuat. 


Foto: Google

Selain itu pemeriksaan ini dapat menentukan sama ada pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut. Ujian ini juga dapat melihat kedudukan kepala bayi, selaput air ketuban masih ada atau tidak dan jika terdapat uri atau tali pusat. 

Ujian ini bukan dilakukan suka-suka, sebaliknya ia penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap empat jam atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksaan perlu diawalkan, bergantung pada keadaan. 

Semoga info ini bermanfaat kepada anda. - CARI
37

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 19-4-2018 05:24 PM
Masa nak teran tu tak sakit. Yg paling sakit adalah masa contraction bukaan rahim dari 1cm ke 10cm tu.  Ya Rabbi nak tunggu 10cm ni punya laa sakit melampau
Quote grizz 19-4-2018 05:32 PM
tringat mase nk teran dlu..siap kne marah sbb angkat bontot..
Quote shernazz 19-4-2018 05:53 PM
Iols pertama.kali brana.induce
Second x de induce
Jadi sakit yang second tu iols bleh adapt sampaikan.dah 7cm.iols bleh.relaks.gi.mandi...
Nurse.plak yg risau...
Dh.mandi.wangi wangi..baru.bgtau nurse.nak cek bukaan.rahim
Trus menggelupur semua..wahaha..sampai beg iols putus tali sebab nurse nk cari baju baby...

Saje je cite pengalaman iols...hahahahaH..
Quote greantea 19-4-2018 05:57 PM
iols dah 8cm punya bukaan. atp sbb baby macro, iols operate jua
Quote fishcracker 19-4-2018 06:04 PM
Tataw la bape cm,midwife tak cakap pun,lepas sheol check trus pggil dokter n suh breathing smbil menunggu dokter datang
Quote putriTS 19-4-2018 11:34 PM
greantea replied at 19-4-2018 05:57 PM
iols dah 8cm punya bukaan. atp sbb baby macro, iols operate jua

Iols pun beranak haritu macro baby jugak. Tapi maybe sbb dia x debab kot, Alhamdulillah dpt normal. Takde jahitan pun.
Quote kotakbaju 20-4-2018 12:30 AM
Aku pulak paling banyak takat 5sm je. Dengan bacaan jantung baby pon tak cantik. Sudahnya operate jua.
Quote AznieBunnie 20-4-2018 10:25 AM
kena induce, tapi buka 8 je. suami cakap doktor try nak buka 'area' tu mcm nak kopek durian, tapi tetap 8 juga.
so lepas 22 jam air ketuban pecah, dgn bukaan 8 je, baby selamat lahir...
uwek uwek...
Quote marumaru 20-4-2018 12:59 PM
ai tiga kali beranak,  ok je... alhamdulillah tuhan permudahkan... yg last sekali sampai hospital dah 10 cm... tapi ai manage control,  kepit paha ke tepi,  istigfar banyak2 supaya tak teran... sebab staff tak ready lagi.. bila dah ready teran dua kali dan keluar... syukur sngt..
Quote arffa 20-4-2018 02:38 PM
wowowowo masih terasa seriau
Quote chicozinn 20-4-2018 03:11 PM
meollss masa 8cm anak da kluar da..sempat duk dalam labour room dua jam je sbab kne sorong masuk labour room bukaan da 6cm..
Quote adeqbun 23-4-2018 08:54 AM
kotakbaju replied at 20-4-2018 12:30 AM
Aku pulak paling banyak takat 5sm je. Dengan bacaan jantung baby pon tak cantik. Sudahnya operate ju ...

ai smpi 4 cm jugak setelah 8 jam kat labor room..x mau tmbh2 jugak, heartbeat baby makin lemah..zassss czer
Quote buapakperut 26-4-2018 09:31 AM
iols dokter pempuan check bukaan rahim tu terjerit2 kesakitan .puan jangan puan sakit. iols langsung x paham. jari die terkepit kat mane ntah iols x wat pape.
Quote selyusi 26-4-2018 08:31 PM
ai kenot imagine
Quote chazey 27-4-2018 12:09 AM
Edited by chazey at 27-4-2018 12:12 AM

Pergh. Masih ingat gimana sakit pabila diseluk. Tapi mujo la doktor lelaki dia umo atok2, dia buat lembut jah. Walau sakit tapi takda la macam akak2 lain yang merasa diseluk oleh nurse ka doktor pompuan dengan kasar.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.122696 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top