CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tart Telur Guna Roti Je! Sama Ke Nikmatnya?

20-4-2018 12:40 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5986| Komen: 9|Original author: Oleh: Ayu

Description: Tart telur merupakan pastri paling digemari masyarakat Melayu. Selalunya, tart telur yang lazat hanya boleh didapati di kedai bakeri ternama di pusat membeli-belah.


Tart telur merupakan pastri paling digemari masyarakat Melayu. Selalunya, tart telur yang lazat hanya boleh didapati di kedai bakeri ternama di pusat membeli-belah. 

Namun, kini tidak perlu lagi kerana anda boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi terlajak mudah ini! Resepi menjimatkan masa ini diperkenalkan oleh Adri Oppa di laman facebook miliknya. 


Crispy Gardenia Egg Tart

Bahan-bahan Pastri
Roti Sandwich

Bahan-bahan Adunan Telur
4 biji telur
300gm susu segar

50gm susu pekat
140gm gula icing
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning


Cara menyediakan pastri

1. Gelekkan roti sandwich sehingga leper.



2. Potong roti kepada empat bahagian sekiranya menggunakan acuan kecil. Jika acuan anda lebih besar, tidak perlu potong roti tersebut.



3. Masukkan kepingan roti ke dalam acuan. Tekan roti supaya memenuhi ruang acuan.



4. Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 200C. Tujuan pembakaran adalah untuk mengeringkan roti sebelum memasukkan adunan telur.


Cara menyediakan adunan telur

1. Satukan semua bahan adunan telur.
2. Kacau menggunakan garpu.
3. Masukkan ke dalam roti yang telah dibakar.
4. Kemudian bakar sekali lagi pada suhu 200C selama 20 minit.

Foto: FB Adri Oppa

Macam mana? Mudah saja, bukan? Selepas ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai bakeri, cuba sendiri dan kongsikan di sini ya! - CARI


Kredit resipi: Adri Oppa
12

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-4-2018 02:06 PM
tau x cmne nk ilangkn rse hanyir telo..
Quote chicozinn 20-4-2018 02:48 PM
grizz replied at 20-4-2018 02:06 PM
tau x cmne nk ilangkn rse hanyir telo..

chuoollls kena buang dulu tali pusat telur..slalu meollss kalu nk buat kastard memang buang bnde alah tu..boleh refer tips yang meolls google ni..
http://mefamilyandkehidupan.blog ... li-pusat-telur.html




Quote grizz 20-4-2018 03:20 PM
chicozinn replied at 20-4-2018 02:48 PM
chuoollls kena buang dulu tali pusat telur..slalu meollss kalu nk buat kastard memang buang bnde a ...

owh cmtu ke..
MIL iolss cerewet sket..
Quote chicozinn 20-4-2018 03:38 PM
grizz replied at 20-4-2018 03:20 PM
owh cmtu ke..
MIL iolss cerewet sket..

haah, xpun kne bagi esen vanila masa nak buat kastard tu..tpi bgi banyak sangat pahit lak..huhu
Quote grizz 20-4-2018 03:49 PM
chicozinn replied at 20-4-2018 03:38 PM
haah, xpun kne bagi esen vanila masa nak buat kastard tu..tpi bgi banyak sangat pahit lak..huhu

okey2..tq2..
moh la kite cube..
heharap dpt pujian dr MIL iolss..

Quote LautBiru52 21-4-2018 09:40 AM
Kalau sejuk tak liat ke roti tu?
Quote dubuk 22-4-2018 12:13 PM
rangup ke roti tu? kalau rangup rapuh macam biskut dubuk makan
Quote aunisofia 23-4-2018 08:57 AM
kena makan panas2 le....klu dah sejuk takut liat plk huhuhu
Quote chinta89 23-4-2018 09:11 AM
tetap suka yg biasa mkn tu

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.066335 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top