CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Jenama Ikan Sardin Dalam Tin Dari China Ada Cacing

20-4-2018 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12743| Komen: 68

Description: Kementerian Kesihatan menarik balik dua produk sardin dalam tin dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC kerana mengandungi nematoda ...
Kementerian Kesihatan menarik balik dua produk sardin dalam tin dari China iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC kerana mengandungi nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.


Harian Metro melaporkan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk keluaran syarikat pengimport sardin berkenaan iaitu Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd tidak mematuhi Akta Makanan 1983.


Foto: KKM

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.


"Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, KKM menerusi laman Facebook menyatakan pihaknya mengambil maklum laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.


Loading FB Post...

Tambahnya, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat di atas sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan. - CARI
10

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 19-4-2018 09:59 PM
China kalau bab makanan dan produk kecantikkan baik kita elakkan.
Quote hzln 19-4-2018 10:05 PM
Sapa lah yg tergamak beli sardin pprt begini...lalu ker tekak korang telan?

Ohhh lupa, org meniaga, takkan nak beli cap ayam yg mahal supo bedil tu kan?
So, para penggemar dan pembeli roti canai sardin, karipap sardin, sandwich sardin, murtabak sardin dan segala macam lagi....mohon bertenang...anggap saja cacing2 itu sumber protein tambahan
Quote dubuk 19-4-2018 10:10 PM
ikan sardin caprut macam ni bau besi kuat
Quote prettyuglybabe 19-4-2018 10:13 PM
tlc tu mcm selalu nampak kedai mamak guna..
Quote jalfa 19-4-2018 10:15 PM
Dah lama x makan sardine dlm tin...tapi karipap sardine sama sandwich sardine makan..kena beli zentel ni
Quote shernazz 19-4-2018 10:37 PM
Org bniaga biasa la pakai brand gini
Berjaga jaga la.uols yang suka nasi lemak sardiin ka..nasi goreng sardin ka.di kedai...hahaha
Quote Bujat 19-4-2018 11:35 PM
Eeeyarkkkk. Tak suka sardin dlm tin.
Quote mawarika 19-4-2018 11:35 PM
Tlc tu kedai mamak selalu guna.. eww awww.. minggu lepas baru makan karipap sardin.
Quote jofizo 19-4-2018 11:43 PM
Harga sardin tin skg pn dh kategori brg mewah....huhu
Quote taikor 20-4-2018 12:03 AM
kita nak expot king of fruit durian kat diorang, taknak. diorang nak pulak nak expot sardin berulat kat kita
Quote GuaDahTua 20-4-2018 02:36 AM
Aku.makan sjk baby smpi la ni ...Alhamdulilllah China -Malaysia KAWTIM ....
Quote pyropura 20-4-2018 03:08 AM
... food from China is big NO NO for me... aku tibai yg dari Taiwan & Hongkong aje
Quote grouper 20-4-2018 03:14 AM
Sebenarnya dlm ikan tu sendiri ada cacing..x caya p google pasal cacing dalam ikan ni mcm sardin, tuna dll
Quote DARSITA 20-4-2018 03:26 AM


20180419_120023.jpg

Aii biarlah berjimat benda lain tapi tang barang makanan kena jaga. Sadin Ayam - mahei nak mapoih! $4 dollar lebih sini hok tin kecik
Quote steven.l 20-4-2018 05:45 AM
Sardines pun semakin mahal. Dulu tin brand ayam tin paling kecil hanya 65sen pada masa 80an skrg sudah nak cecah rm2. Bagus juga kementerian kesihatan buat pemantauan barang marksman.
Quote Sazida 20-4-2018 06:42 AM
Iols suka brand Botan,King Cup, ayam brand, and product2 mulayu  made in mesia jah. Brand china ni tak pernah beli lg.. TLC tu bersepah jer kedai jual. Aeon tesco giant kedai Muthu apek punnn adaaa
Quote ultra78 20-4-2018 07:11 AM
grouper replied at 20-4-2018 03:14 AM
Sebenarnya dlm ikan tu sendiri ada cacing..x caya p google pasal cacing dalam ikan ni mcm sardin, tu ...

Betul tu. Sebenarnya parasit dlm ikan adalah suatu yang normal lebih-lebih lagi jika ikan itu ditangkap di air yg tercemar.

Aku pernah makan ikan dan jumpa benda mcm tali dalam isi ikan. Bila google jumpalah jawapan bahawa ia sejenis cacing.
Quote TuntungReturn 20-4-2018 07:21 AM
du chef sardin tu bawah ayam brand ke? tgk kilang sama. murah skit dri ayam brand. tpi kalau ada sardin pertima beli pertima la
Quote famri7 20-4-2018 07:26 AM
Im sorry mkn makanan dlm tin so pprt felda kemahang sis...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075880 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top