CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pedofilia Mengaku Tak Bersalah Atas 16 Pertuduhan

19-4-2018 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4345| Komen: 29

Description: Seorang penganggur didakwa atas 16 pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan, sejak tahun lalu, lapor BH Online.
Seorang penganggur didakwa atas 16 pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan, sejak tahun lalu, lapor BH Online.

Mohammad Amir Mohd Layi, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan menerusi tiga prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.


Foto: BH Online

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei.

Menurut laporan, dalam prosiding pertama di hadapan Hakim Rofiah Salim, Mohammad Amir mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap lima kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh menyentuh buah dada dan kemaluan serta melakukan seks oral di beberapa lokasi di Kuala Terengganu dan Marang antara 1 Januari 2017 hingga 5 Mac 2018.

Dalam prosiding seterusnya, tertuduh berdepan empat pertuduhan kesalahan sama terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan 11 tahun di dua sekolah berasingan di Rusila dan Kelulut, Marang, antara 10 Julai 2017 hingga 18 Januari 2018.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dalam prosiding ketiga di hadapan Hakim Azman Mustapha, dia didakwa terhadap enam lagi pertuduhan kesalahan sama ke atas lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun di beberapa lokasi di Marang dan Kuala Terengganu antara 25 Februari 2017 hingga 26 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. - CARI
6

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-4-2018 06:21 PM
Ramai.pedofil neh.elok dikasikan aje...
Ada zuriat pon x guna..nnt habis diratah.anak plak...jilake
Quote Maideen. 19-4-2018 06:31 PM
Budak perempuan umur lapan tahun pon totey dia boleh tegang. Cukop celaka punya manusia.

Nota: Untuk mengelakan ada forumners yang akan merasa terhina dan kemudian mengadu kepada, dan  memperkudakan, moderator kafir laknatullah yang tak tahu apa apa dan menganggap bahawa tugas  dia sebagai moderator ialah apabila ada orang bodoh  rasa terhina  membuat report maka dia musti potong kredit tanpa perlu berfikir, perlu rasanya di nyatakan bahawa komen diatas hanyalah di tujukan kepada Pedo yang dibincangkan didalam thread ini sahaja dan tiada kaitan dengan Pedo lain samada yang masih hidup atau pon sudah mati.
Quote LautBiru52 19-4-2018 06:32 PM
Ramai lg perempuan dewasa. Kanak2 jugak yg kau minat. Mental betul
Quote KILL_NANCY 19-4-2018 07:09 PM
celaka lah ke atas dirimu.
Quote dani-rox 19-4-2018 07:33 PM
tak nampak pulak muka pedo
memandangkan sex offender registry adalah maklumat sulit, cam betol2 muka sampah nih. just in case.





Quote PongKang 19-4-2018 07:36 PM
dia keje apa? cmna bole buat jenayah ni! adakah keje pemandu van sekolah or keje kantin?
Quote selyusi 19-4-2018 08:21 PM
PongKang replied at 19-4-2018 07:36 PM
dia keje apa? cmna bole buat jenayah ni! adakah keje pemandu van sekolah or keje kantin?

Idk why bh cakap okt penganggur, kat berita lain cakap kerja technician
Quote selyusi 19-4-2018 08:24 PM
KUALA TERENGGANU 19 April - Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan mencabul 12 kanak-kanak dan merakam aksi tersebut bagi menghasilkan video pornografi di antara 1 Januari tahun lalu hingga 26 Mac lalu.

Tertuduh, Mohammad Amir Mohd. Layi, 21, yang merupakan bekas pelatih sebuah institusi latihan kemahiran di Marang membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim berasingan iaitu Rofiah Mohamad, Mohammad Haldar Abdul Aziz dan Azman Mustapha.


Mohammad Amir didakwa atas lapan pertuduhan mencabul kanak-kanak berusia lingkungan enam hingga 11 tahun dengan cara memegang bahu dan buah dada mangsa di dalam kawasan lapan sekolah rendah di sekitar daerah Marang dan Kuala Terengganu serta di tepi Jalan Medan Jaya, Marang.

Tertuduh juga didakwa atas tiga pertuduhan cabul dengan cara menyuruh mangsa memegang kemaluannya di tepi jalan Kampung Medan Jaya, Kampung Rhu Rendang serta tandas perempuan di sebuah sekolah rendah di Marang.

Selain itu dia didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dengan menggeselkan kemaluannya di celah dubur mangsa dan menyuruh mangsa memegang kemaluannya di belakang sebuah kuarters guru di daerah Marang.

Bagi kesemua 12 pertuduhan terbabit, Mohammad Amir didakwa Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohammad Amir juga berhadapan dengan empat pertuduhan merakam aksi tersebut bagi menghasilkan pornografi kanak-kanak di lokasi berlainan iaitu di tepi Jalan Kampung Medan Jaya, Kampung Rhu Rendang serta di dalam tandas perempuan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Marang dan sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 akta sama yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dengan tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan ketiga-tiga hakim bersepakat menetapkan tarikh sebutan semula kes pda 22 Mei depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan dan Rohaiza Abdul Rahman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nik Rahdia Nik Ya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 53559#ixzz5D7XF3fox
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote sufi^_^ 19-4-2018 08:26 PM
PongKang replied at 19-4-2018 11:36 AM
dia keje apa? cmna bole buat jenayah ni! adakah keje pemandu van sekolah or keje kantin?

Technician seperti yang dikabar anginkan.
Dia menyelinap masuk time budak2 sibuk nak balik 1-2pm.
Time cam tu kalau security loose mudah je sapa2 masuk kawasan sekolah.
Buat2 cari anak gitu, atau buat2 tanya mana pejabat etc.

Target dia budak2 yg tengah tunggu mak ayah ambik.
Budak2 yg balik terus selamatlah.
Quote awanearisu 19-4-2018 08:30 PM
Teringat satu insiden viral cctv sekolah berjaya rakam seorang lelaki masuk ke tandas perempuan. Ada seoran pelajar perempuan sempat melarikan diri. Adakah orang yang sama?
Quote nikhaslina77 19-4-2018 09:18 PM
Kalau depan2 ni, dah lama aku cabai2 tote dia.. gatal birah jahanam nyer pedo
Quote zamnie 19-4-2018 09:47 PM
Sila mampossss cepat2.. jahanam mcm nih mmg patut mati jekk..
Quote PongKang 19-4-2018 10:41 PM
sufi^_^ replied at 19-4-2018 08:26 PM
Technician seperti yang dikabar anginkan.
Dia menyelinap masuk time budak2 sibuk nak balik 1-2pm. ...

allahuakbar! kalo camtu kene buat mcm sekolah cina security mmg ketat n nmpk je org mundar mandir or masuk dorg terus tanya nk apa.. ada sekolah cikgu or kakitangan berat mulut n sentiasa husnuzon.. kalo kat sjkc mereka ditanam konsep curiousity gitu
Quote sukacactus 19-4-2018 10:46 PM
Celakanya setan ni
You've robbed their innocence
Quote shop_girl 19-4-2018 10:56 PM
So sick..jgn biar pesalah ni kawen or dekat dgn bebudak..scary
Quote barfi 20-4-2018 01:00 AM
sukacactus replied at 19-4-2018 10:46 PM
Celakanya setan ni
You've robbed their innocence

Sebijik dengan pemikiran I skrg. Kanak2 7tahun suci kot minda diorang tapi dah tercemar dengan perbuatan jijik lahanat ni
Quote taikor 20-4-2018 01:29 AM
Maideen. replied at 19-4-2018 06:31 PM
Budak perempuan umur lapan tahun pon totey dia boleh tegang. Cukop celaka punya manusia.

Nota: ...

haha, nota kaki dah amend  
Quote katowjo 20-4-2018 02:40 AM
Maideen. replied at 19-4-2018 06:31 PM
Budak perempuan umur lapan tahun pon totey dia boleh tegang. Cukop celaka punya manusia.

Nota: ...

masyawloh...disclaimer foot note ...deeeeeepppp
Quote aurorae 20-4-2018 04:44 AM
PongKang replied at 19-4-2018 10:41 PM
allahuakbar! kalo camtu kene buat mcm sekolah cina security mmg ketat n nmpk je org mundar mandir  ...

betul, sjkc anak2 aku dulu, gate memang tutup habis, parents semua tunggu kat luar.   Budak2 yang naik bas/van sekolah kena beratur ikut bas masing2, dan cuma boleh keluar dari gate bila driver bas datang jemput.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066237 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top