CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Rasa Keseraman Filem 'It'? Jom Tidur Di Motel Ini Ditemani Badut Menyeramkan!

18-4-2018 12:58 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4183| Komen: 8|Original author: Oleh: Ayu

Description: Adakah anda merancang untuk memulakan percutian ke Las Vegas dan kemudian ke Reno? Apa kata sementara dalam perjalanan ke Reno, singgah sebentar ke motel santai, Clown Motel!


Adakah anda merancang untuk memulakan percutian ke Las Vegas dan kemudian ke Reno? Apa kata sementara dalam perjalanan ke Reno, singgah sebentar ke motel santai, Clown Motel!

Ia terletak di Tonopah, sebuah bandar yang beribu-ribu kilometer dari mana-mana sahaja. Tetapi, jangan bimbang tentang itu kerana anda tidak akan kesepian di Motel Clown. 



Anda akan ditemani ratusan boneka dan gambar badut yang agak menakutkan! Motel Clown, seperti namanya ia tentulah dipenuhi badut dalam pelbagai rupa. Pejabat motel sahaja mempunyai lebih 500 badut yang dipamerkan, malah ada badut bersaiz hidup yang duduk di kerusi di lobi. 




Kelihatan seperti sebuah tempat yang mengujakan, bukan? Bukan itu sahaja, motel ini terletak betul-betul di sebelah sebuah kawasan perkuburan! Kanak-kanak akan menyukainya, jadi jangan lupa untuk berhenti di Clown Motel ketika perjalanan seterusnya ke Nevada. Anda mungkin berasa berat hati untuk meninggalkan hotel tersebut!



Pemilik motel berkenaan, Bob Perchetti, 79, bercadang menjual motel itu, tetapi mahu figura dan gambar-gambar badut dikekalkan. Menurutnya, dia sudah bersedia untuk 'menikmati masa lapang' bersama isterinya, lima anak perempuan, tiga anak lelaki serta 14 cucu selepas menguruskan motel tersebut selama 22 tahun.


Foto: Daily Mail UK

"Saya tidak akan membiarkan mereka menukar motif badut.

"Itu akan menjadi sebahagian daripada kontrak," katanya. 

Motel ini dibina sekitar tahun 1985 oleh adik-beradik Leona dan LeRoy David. LeRoy David sudah memiliki L dan L Motel di bandar, tetapi mahu membina sebuah lagi di sebelah tanah perkuburan di mana bapanya dikebumikan. Kedua-duanya beranggapan, ia adalah tempat yang sempurna untuk menempatkan koleksi badut kecil mereka.

Motel itu kemudian dibeli Perchetti daripada adik-beradik berkenaan pada 1995. Jadi, berani tak bermalam bersama badut-badut menyeramkan itu? Boleh cuba tonton filem 'It' sebelum tidur, amacam? - CARI
17

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 18-4-2018 01:45 PM
kt lua je ke badutnye..
dlm bilik 1 je ke gambo yg ade..
xde la mnakutkn sgt..
Quote supernaturalee 18-4-2018 02:41 PM
pennywise ada?

Quote Artemesiaa 18-4-2018 02:59 PM
Sedara mara Pennywise ler ni kowser nak gi
Quote Red_mAnc 18-4-2018 05:16 PM
kene yg killer clown mmg jahanam..free2 je kena bunuh...
Quote samasam90 18-4-2018 06:00 PM
Red_mAnc replied at 18-4-2018 09:16 AM
kene yg killer clown mmg jahanam..free2 je kena bunuh...

exactly.. i teringat cerita yg dia terbaca dlm blog, hotel mcm ne, mcm artikel ne lah.. pastu bawa kawan2 g sana, last2 semua mati kena bunuh..haha
Quote chinta89 19-4-2018 09:41 AM
x berminat sb rse mcm seram je.. huhuhu
Quote chicozinn 19-4-2018 04:09 PM
meollsss xpenah suka kat badut..xtau napa dorang nmpak cam hantu sejak meollss tengok citer badut pennywise masa kcik2 dlu..menghantui kot walaupun da 20 thun pas tgok citer tu..urgghhh
Quote aunisofia 23-4-2018 12:39 PM
tak minat badut2 ni huhu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046812 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top