CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Bulan Diganggu Pembuli Siber, Maya Karin Lapor Polis

18-4-2018 01:22 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 3414| Komen: 5|Original author: Oleh: Amirah

Description: Pada Ogos tahun lalu, Maya Karin pernah diganggu oleh pembuli siber yang merupakan pengikutnya di Facebook dan Instagram.
Pada Ogos tahun lalu, Maya Karin pernah diganggu oleh pembuli siber yang merupakan pengikutnya di Facebook dan Instagram.

Foto: IG Maya Karin
Gangguan tersebut telah menyebabkan dirinya mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang mengancam keselamatan dan emosinya sehingga ia berlarutan selama tiga bulan.

Foto: IG Maya Karin
"Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya mengganggu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain malah dia turut menghantar mesej kecaman dan ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.


"Selama beberapa bulan dia menggangu saya tetapi saya tidak pernah sekali melayannya dan mungkin disebabkan itu dia berani menggangu ahli keluarga saya.

"Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada Mstar Online.

Foto: IG Maya Karin
Isu ini Maya kongsikan ketika dia ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Anti Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ yang merupakan inisiatif Datuk Hans Isaac dan Neelofa. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak turut hadir melancarkan kempen tersebut.

Foto: IG Neelofa
Ramai artis yang terlibat dalam kempen ini antaranya ialah Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Bukan artis sahaja selalu jadi mangsa, orang biasa juga sering dimaki hina oleh pembuli siber ini hingga menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri. - CARI
13

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 18-4-2018 01:33 PM
sbb ade kempen tu ke rmai artis ngadu kne siber bully ni..
Quote kiah_mai_pulak 18-4-2018 01:35 PM
Kalau post asyik mengundang, mana mau org nk tgk saja. Kosserrr
Quote CiliPadiSedap 18-4-2018 02:14 PM
Kasihan acik bawang dh xboleh membawang lepas ni mengunyit je lah
Quote zulka 18-4-2018 02:15 PM


kenapa lain je muka scha tu..
Quote eizarz 18-4-2018 10:42 PM
ketiak busuk dia ni...wahahah{:smile{:smile

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.176124 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top