CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bunyi Guli Je Hantu, Takkan Hantu Sedunia Main Guli? Kreatiflah Sikit!'

17-4-2018 02:06 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 11208| Komen: 55|Original author: Oleh: Ain

Description: Pernahkah anda mendengar bunyi seperti orang sedang bermain guli di rumah anda sedangkan waktu itu penghuni lain sedang ralit diulit mimpi?
Pernahkah anda mendengar bunyi seperti orang sedang bermain guli di rumah anda sedangkan waktu itu penghuni lain sedang ralit diulit mimpi?


Foto: Gerbang Khabar D'Facemaker


Yang pasti, di dalam kepala masing-masing pasti terdetik 'aktiviti paranormal', kan? Yalah, siapa lagi yang bermain gula malam-malam buta kalau bukan 'penghuni yang lagi satu' itu kan?

Untuk merungkai misteri bunyi guli ini, seorang pengguna Twitter, Nizam Bakeri tampil dengan hujahnya yang logik dan melucukan dalam masa sama.

Menurutnya, bunyi guli berkenaan sebenarnya disebabkan bunyi getaran paip sebab tekanan.

"Takkanlah hantu satu dunia main guli. Kreatiflah sikit. Main kepala orang ke, Monopoly ke,"
tulisnya.





Ha, macam mana? Sesiapa yang rumahnya sering dihantui bunyi guli ini, bolehlah menarik nafas lega dengan penjelasan bernas daripada Nizam itu.


Misteri beratus tahun terungkai




Perkongsian ilmu daripada Nizam itu sesungguhnya membuat netizen tergelak. Pembaca juga akan tergelak membaca komen mereka.


Nama pun Melayu, bab mengarut terus 'hangguk' kepala,"
komen netizen.





Kalau bunyi alih perabot, sebab apa pula?


Foto: Twitter

Lepas ni, mereka-mereka yang takut tidur malam kerana bunyi guli tu, bolehlah tidur dengan tenang ya. Cuma nak pesan, kalau tengok cerita seram tu, 'dibisukan' saja TV bila sampai babak membaca mantera. Mana tahu, takut terseru entiti lain pula. Usahkan guli, silap-silap Candy Crush anda dimainnya.

Jangan serius sangat, sekadar gurauan sahaja okey. - CARI
12

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 17-4-2018 02:18 PM
hbs tu bunyi tumbuk cabai takkan getaran paip jugak

Quote buapakperut 17-4-2018 02:18 PM
selalu dengar mase nyewa bujang2 dulu.bunyi guli n kerusi setiap 1 pagi. cakap ngan housemate aka tuan umah..die cakap budak2 le main guli! iols pun oooo... tak seramlah.iols kecik2 pun main guli x hengat waktu
Quote gummygummy 17-4-2018 02:27 PM
emm tapi banyak je aku baca ada ustaz2 claim kalau guli2 ni setan banyak. bunyi pen ke. i is konpiuss
Quote myakayina 17-4-2018 02:28 PM
paip jadahnya bunyi melantun lantun mcm guli..belum lagi bunyi org alih perabot..pukul 2-3 pagi..klu manusia dah tak cukup siang nak mendekor gamaknya..
Quote buapakperut 17-4-2018 02:30 PM
idakamaruddin: hbs tu bunyi tumbuk cabai takkan getaran paip jugak

tu midnight gobble memalam mengidam megi samyang sambal lado
Quote grizz 17-4-2018 02:40 PM
getaran paip je..senang nau conclusion nye..
Quote munchkin 17-4-2018 02:45 PM
Water hammer effect
Quote kikuri 17-4-2018 02:53 PM
kalo rumah setingkat seketul jah jadah mana datang getaran paip...

bulan lepas aku baru pas bagi anak susu... kat luar bilik dengar benda jatuh... aku ingtkan barang kat luar la kot kucing ke bg bekas makanan jatuh pastu mcm ade benda langgar pintu bilik aku... memang aku keras jelah dalam bilik walopon tekak aku kering nak minum air... subuh tu aku bangun cek pebenda jatuh takde ape pon... sape pulok langgor pintu bilik aku.... takkan tikuih pulak... tak pernah nmpak lagi tikuih dlaam rumah... misteri smpai sekarang
Quote BoongaKertas 17-4-2018 02:58 PM
atas rumah iols selalu dgr duit syiling jatuh laa..guli tetiba terabur laa..kerusi ditarik laa..tgk jam, mmg atas 12am..

kalau lah meols tahu teori getaran ni awal2, idoklah meols dtg ke ofis ala2 zombi sbb takleh tido memikirkan antoo muncul ttiba depan mata. yihhh! antoo ni pun..
Quote mawarika 17-4-2018 02:59 PM
Bunyi seret perabot tu bunyi apa pulak? Teringin nak tahu asal jiran aku rajin seret perabot dalam 3 4 5 pagi. Hari hari.. rumah teres eh.. ni rumah sewa lama time memuda dulu. Sampai skg tak terjawab persoalan tu. Mungkin dieorg main mahjong..
Quote BoongaKertas 17-4-2018 03:01 PM
kikuri replied at 17-4-2018 02:53 PM
kalo rumah setingkat seketul jah jadah mana datang getaran paip...

bulan lepas aku baru pas bagi  ...

shit. ngerinye chuols!!!
Quote leylapple 17-4-2018 03:02 PM
bunyi getaran paip dgn guli jauh beza...

kalau bangunan bertingkat mmg letak guli pun kat structure tu sbb tak nak bagi fixed structure.. bila structure mengecut, bola tu akan bergerak..

sama mcm structure jambatan..mmg letak bola keluli kat both end.. cuma takder orang tdo bawah jambatan nak dgr bunyi bola tu bergerak...

len kali belajar lah fizik... nie sikit2 hantu...
Quote BoongaKertas 17-4-2018 03:08 PM
leylapple replied at 17-4-2018 03:02 PM
bunyi getaran paip dgn guli jauh beza...

kalau bangunan bertingkat mmg letak guli pun kat structu ...

bagus pencerahan chuols. meols fizik C. sediyyyyy
Quote palmolive 17-4-2018 03:25 PM
rupa2nyer dah beratus tahun ummah malaya duk umah tinggi ni
Quote Artemesiaa 17-4-2018 03:28 PM
Bagus ada pencerahan tak ler semua akan beranggapan disebabkab satu perkara je
Quote dekmieDandy 17-4-2018 03:28 PM
waktu kecik2 dulu bila masuk rumah baru selalu sangat dengar bunyi lesung

makin tegur makin kuat bunyi dia

ingat ke mak aku memasak tengah malam

lelz
Quote mieymiey 17-4-2018 03:36 PM
Iols tinggal kat tingkat paling atas. Kekadang ada dengar bunyi kucing mencakar, bunyi arnab melompat lari-lari. Iols husnuzon jer la memang kat atas tu ada orang pelihara binatang.
Quote Siput_Sawah 17-4-2018 03:47 PM
mawarika replied at 17-4-2018 02:59 PM
Bunyi seret perabot tu bunyi apa pulak? Teringin nak tahu asal jiran aku rajin seret perabot dalam 3 ...

aku pernah kena, aku nyewa rumah pangsa 5 tingkat dan aku tingkat 3, ada satu masa tu tiap tiap tgh mlm 12 mlm keatas aku mesti dgn jiran atas seret kerusi meja n bunyi coin or guli jatuh kat lantai. seriouse stress weeeii tiap tiap mlm almost 3-4 bulan aku dgr sampai la satu hari minggu  waktu siang aku gagah naik tingkat 4 konon nak discusss dgn penghuni atas..tapi rupanye rumah itu sudah lama tak berpenghuni tapi aku masih tak tahu faktor kejadian bunyi bagai tu sampai satu hari aku terbaca artikel pasal kejadian ni sbb ada jin/syaitan nak kacau..pehhhhhh aku rasa seram sejuk sekejap then aku take action buang segala benda yg boleh mengundang dia dtg kacau sbb aku notice semenjak aku beli topeng muka dewata apatah ukiran kayu dari Indonesia dan sangkut kat wall baru benda ni jadi...Alhamdulillah lepas buat penyucian n aku ignore aje semua bunyi tu ..mungkin dia penat kot sbb aku dah tak layan dia so berhijrahlah ke rumah rumah yg lain atau naik flight balik indon.
Quote cik-jaja 17-4-2018 05:58 PM
xkanlah paip tu buat rutin pulak bila masa dia nak buat bunyi??

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top