CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2878|Reply: 8

Nak Rasa Keseraman Filem 'It'? Jom Tidur Di Motel Ini Ditemani Badut Menyeramkan

[Copy link]
Post time 18-4-2018 12:58 PM | Show all posts |Read mode



Adakah anda merancang untuk memulakan percutian ke Las Vegas dan kemudian ke Reno? Apa kata sementara dalam perjalanan ke Reno, singgah sebentar ke motel santai, Clown Motel!


Ia terletak di Tonopah, sebuah bandar yang beribu-ribu kilometer dari mana-mana sahaja. Tetapi, jangan bimbang tentang itu kerana anda tidak akan kesepian di Motel Clown.









Anda akan ditemani ratusan boneka dan gambar badut yang agak menakutkan! Motel Clown, seperti namanya ia tentulah dipenuhi badut dalam pelbagai rupa. Pejabat motel sahaja mempunyai lebih 500 badut yang dipamerkan, malah ada badut bersaiz hidup yang duduk di kerusi di lobi.









Kelihatan seperti sebuah tempat yang mengujakan, bukan? Bukan itu sahaja, motel ini terletak betul-betul di sebelah sebuah kawasan perkuburan! Kanak-kanak akan menyukainya, jadi jangan lupa untuk berhenti di Clown Motel ketika perjalanan seterusnya ke Nevada. Anda mungkin berasa berat hati untuk meninggalkan hotel tersebut!









Pemilik motel berkenaan, Bob Perchetti, 79, bercadang menjual motel itu, tetapi mahu figura dan gambar-gambar badut dikekalkan. Menurutnya, dia sudah bersedia untuk 'menikmati masa lapang' bersama isterinya, lima anak perempuan, tiga anak lelaki serta 14 cucu selepas menguruskan motel tersebut selama 22 tahun.





Foto: Daily Mail UK





"Saya tidak akan membiarkan mereka menukar motif badut.

"Itu akan menjadi sebahagian daripada kontrak," katanya.


Motel ini dibina sekitar tahun 1985 oleh adik-beradik Leona dan LeRoy David. LeRoy David sudah memiliki L dan L Motel di bandar, tetapi mahu membina sebuah lagi di sebelah tanah perkuburan di mana bapanya dikebumikan. Kedua-duanya beranggapan, ia adalah tempat yang sempurna untuk menempatkan koleksi badut kecil mereka.


Motel itu kemudian dibeli Perchetti daripada adik-beradik berkenaan pada 1995. Jadi, berani tak bermalam bersama badut-badut menyeramkan itu? Boleh cuba tonton filem 'It' sebelum tidur, amacam? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 01:45 PM | Show all posts
kt lua je ke badutnye..
dlm bilik 1 je ke gambo yg ade..
xde la mnakutkn sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 02:41 PM | Show all posts
pennywise ada?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 02:59 PM | Show all posts
Sedara mara Pennywise ler ni kowser nak gi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 05:16 PM | Show all posts
kene yg killer clown mmg jahanam..free2 je kena bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 06:00 PM | Show all posts
Red_mAnc replied at 18-4-2018 09:16 AM
kene yg killer clown mmg jahanam..free2 je kena bunuh...

exactly.. i teringat cerita yg dia terbaca dlm blog, hotel mcm ne, mcm artikel ne lah.. pastu bawa kawan2 g sana, last2 semua mati kena bunuh..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 09:41 AM | Show all posts
x berminat sb rse mcm seram je.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 04:09 PM | Show all posts
meollsss xpenah suka kat badut..xtau napa dorang nmpak cam hantu sejak meollss tengok citer badut pennywise masa kcik2 dlu..menghantui kot walaupun da 20 thun pas tgok citer tu..urgghhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 12:39 PM | Show all posts
tak minat badut2 ni huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055707 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list