|
Tart telur merupakan pastri paling digemari masyarakat Melayu. Selalunya, tart telur yang lazat hanya boleh didapati di kedai bakeri ternama di pusat membeli-belah.
Namun, kini tidak perlu lagi kerana anda boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi terlajak mudah ini! Resepi menjimatkan masa ini diperkenalkan oleh Adri Oppa di laman facebook miliknya.
Crispy Gardenia Egg Tart
Bahan-bahan Pastri
Roti Sandwich
Bahan-bahan Adunan Telur
4 biji telur
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula icing
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cara menyediakan pastri
1. Gelekkan roti sandwich sehingga leper.
2. Potong roti kepada empat bahagian sekiranya menggunakan acuan kecil. Jika acuan anda lebih besar, tidak perlu potong roti tersebut.
3. Masukkan kepingan roti ke dalam acuan. Tekan roti supaya memenuhi ruang acuan.
4. Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 200C. Tujuan pembakaran adalah untuk mengeringkan roti sebelum memasukkan adunan telur.
Cara menyediakan adunan telur
1. Satukan semua bahan adunan telur.
2. Kacau menggunakan garpu.
3. Masukkan ke dalam roti yang telah dibakar.
4. Kemudian bakar sekali lagi pada suhu 200C selama 20 minit.
Foto: FB Adri Oppa
Macam mana? Mudah saja, bukan? Selepas ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai bakeri, cuba sendiri dan kongsikan di sini ya! - CARI
Kredit resipi: Adri Oppa |
|