CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Terima Bayi Dikandung Lepas Tahu Penderma Sperma Bukan Graduan Universiti

14-1-2022 05:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1523| Komen: 22

Description: Gara-gara ditipu penderma sperma mengenai latar belakang pendidikannya, seorang wanita di Jepun mahu menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, lapor New Yo ...
Gara-gara ditipu penderma sperma mengenai latar belakang pendidikannya, seorang wanita di Jepun  mahu menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, lapor New York Post.


Menurut laporan, wanita berusia lingkungan 30-an yang identitinya tidak didedahkan itu sebelum ini menggunakan bantuan seorang lelaki agar dia dapat mengandungkan anak keduanya.


Gambar hiasan

Dia bertindak demikian selepas diberitahu bahawa suaminya mempunyai masalah kesihatan. 

Disebabkan itu, mereka menggunakan khidmat seorang ‘lelaki Jepun’ yang didakwa merupakan graduan dari Universiti Kyoto serta mempunyai kehidupan yang berjaya.


Bagaimanapun, selepas disahkan hamil hasil daripada hubungan seks dengan lelaki tersebut, wanita berkenaan mendapat tahu bahawa dia sebenarnya merupakan seorang lelaki dari China, malah bukan graduan universiti.

Justeru itu, wanita tersebut menyaman lelaki berkenaan sebanyak 330 juta yen (RM12 juta) selepas mendapat tahu mengenai identitinya yang sebenar.

Dia juga ingin menyerahkan bayi yang dikandungnya kepada mana-mana individu untuk dipelihara kerana mengalami tekanan perasaan akibat pembohongan itu.

“Di Jepun, tiada sistem awam atau undang-undang bagi proses pendermaan sperma,” kata peguam wanita tersebut dalam satu sidang akhbar.

Tambah peguam tersebut, anak guamnya mengalami tekanan perasaan akibat kecaman yang diterima susulan keputusannya yang enggan menerima bayi tersebut.

“Dia mempunyai pemikiran yang sempit kerana menganggap anak seperti sebuah objek. Saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya bayi itu diserahkan kepada individu yang boleh menjadi ibu atau bapa angkat yang baik,” kata seorang pekerja kebajikan kanak-kanak, Mizuho Sasaki.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-1-2022 06:49 AM
La dah kawin minah ni.  Lepas tu kenapa siap have seks pula dgn penderma, tak boleh ke derma sperm lepas tu buat iui ke ivf ke.  Apa perasan husband dia yek.  Amd memang cetek pemikiran minah ni maybe tu sebab Tuhan oun xnak bg dia anak, dah dapat sia2 kan pula.
Quote Adrif 14-1-2022 08:25 AM
selective breeding

selalunya tumbuhan atau haiwan

bab genetik manusia ni
selalunya baka di pilih daripada yang IQ tinggi, mental kuat, fizikal kuat seperti atlet, rupa paras yang elok, cantik atau hensem, takde penyakit keturunan atau penyakit dalaman lain. etc.

rakyat jelata nak laksanakan susah la
dia ambil masa bergenerasi lamanya untuk lahirkan manusia terbaik

move on la lady. kawen dan beranak pinak seperti manusia biasa.
cara dia filter candidates pun ke laut  
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 08:51 AM
Samerosie replied at 14-1-2022 06:49 AM
La dah kawin minah ni.  Lepas tu kenapa siap have seks pula dgn penderma, tak boleh ke derma sperm l ...

Kalu pi buat ivf pa bala tu suma kan makan modai besaq. Mencelop cara tradisional lagi jimat duet. Komfom tembak masuk satu hal, sedap pun buleh juga satu hal.
Quote Samerosie 14-1-2022 08:54 AM
BartholomewKuma replied at 14-1-2022 08:51 AM
Kalu pi buat ivf pa bala tu suma kan makan modai besaq. Mencelop cara tradisional lagi jimat duet. ...

Entah2 memang ada scandai ngan jantan tu bila kantoi termengandung kata la itu ini.  Takan la sekali celup terus dapat ni mesti lebih 10 kaki celup nih hehe
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 08:55 AM
Kalu hat pompuan nak pilih hat laki masuk u saja alu dok berapa supa tak kena juga. Buatnua laki tu masuk u pun dok mein tipu meniru ka pa ka kan naya. Hang nak anak hang pandai ni bukan makna kata pak budak ni kena pandai. Hang tu kena pandai sama weiiii. Kalu hamg bijak hang tak buat lagu ni punya cara. Buatnya tok lali tu pun otak bebai masa u dulu pun kija menuang kelaih, tak guna juga. Awat, hat hsri ni hampa tengok hat keluaq u tu suma bijak ka? Hat bodo piang dok besepah aih kot komtar.
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 08:58 AM
Samerosie replied at 14-1-2022 08:54 AM
Entah2 memang ada scandai ngan jantan tu bila kantoi termengandung kata la itu ini.  Takan la seka ...

Ya tak ya juga na. Hat nak beri buleh jadi kot dalam perut tu bukan sekali celup ja teruih menjadi. Niiii ada cita lein niiii hat kita tak tau. Pi la habaq kata kena tipu pa bala jadah pasai telajak tembak dalam
Quote namr 14-1-2022 08:59 AM
Sian la bebi apa salah dia
Quote 234126 14-1-2022 09:00 AM
Ivf mahal rasanya. Kalau direct insemination tu murah je kot bayar upah. tapi ujung ujung kena scam pulak genes benih tak memenuhi standard.
Quote Firenzza 14-1-2022 09:06 AM
Nk saman juta2 nih sebelum ngesek ada sign agreement ke buat SD ke? Bkn apa, even yg dh sign SD pun blh U turn klau kt malaya ni
Quote buragazz 14-1-2022 09:18 AM
Bodohnya la hai.. klu kau harap kan baka sperma utk anak kau berjaya tanpa kau bagi pendidikan yang betul, baka oxford pun bangang dik...
Quote Suchi 14-1-2022 11:28 AM
Wauu ivf versi jimat ke apa nih terus je main dengan penderma sperma.
Kenapa tak minta je air mani pastu curah je atas cik pet tp double check la takut ada sos cili ke apa jgnla main tuang je.
Quote allshares 14-1-2022 11:34 AM
Eh bimbo nye kau. Kebijaksanaan bnyk diwarisi belah mak. Lpstu kalau anak ko bijak pun takdiajar jadi sampah masyarakat jugak
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:23 PM
IMG_20220114_122258.jpg
Quote sukacactus 14-1-2022 01:59 PM
Bukan ke IQ ank ikut baka mak
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 03:28 PM
sukacactus replied at 14-1-2022 01:59 PM
Bukan ke IQ ank ikut baka mak

Tinggi benor ke IQ mak yang ini?
Quote sukacactus 14-1-2022 03:51 PM
tumpanglalu74 replied at 14-1-2022 03:28 PM
Tinggi benor ke IQ mak yang ini?

Nampaknya xberapa la tu
Itu yg gelabah tetek tu baka dua2 blah xleh pakai
Quote mbhcsf 14-1-2022 03:54 PM
oh my god.....

haa kan dah kena kalau buat sesuatu luar batasan moral dan etika ?

hmm? kan senang ditipu dan habis maqasid syariah lah kalau kita fikirkan dalam konteks ni : ibu tu dah alami conflict emosi adn resistant dari aspek psychology untuk reject the baby, baby tu pun nasab yg ntah ape ape...and sebagainya...

maka....inilah ni dedua jadi mangsa. ibu and baby itu...

hmm inilah jadinya.
Quote bakingsoda 14-1-2022 04:05 PM
patut la nak uni graduate sbb omaknya bodo sampai kena scam dan setakat grad dr uni sebenarnya tak menjamin bijak
Quote buapakperut 14-1-2022 05:55 PM
Bapak masuk U tak menjamin anak Tu bijak pandai

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.193718 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top