CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Didenda RM1,000 Kalau Kucing Berak Di Rumah Jiran

13-1-2022 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4014| Komen: 48

Description: Pemilik kucing tidak bertanggungjawab dengan mengganggu jiran termasuk membuang air besar boleh didenda RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pemilik kucing tidak bertanggungjawab dengan mengganggu jiran termasuk membuang air besar boleh didenda RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Menurut hantaran Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), perbuatan itu boleh dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu’.


Gambar hiasan

Hantaran tersebut memperincikan akta-akta yang menetapkan kesalahan bagi pemilik kucing terlibat.

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi. 



Kredit foto: FB

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” kata hantaran tersebut.



Jelas hantaran itu lagi, seseorang jiran berhak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman dengan hukuman denda yang dikenakan boleh sehingga RM1,000. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 13-1-2022 05:57 PM
Kesian oyen tu..tak patut aibkan beliau. Kot ye pun hitam kan lah gmbr bhgn mata
Quote missbigrockstar 13-1-2022 06:14 PM
matchstick replied at 13-1-2022 05:57 PM
Kesian oyen tu..tak patut aibkan beliau. Kot ye pun hitam kan lah gmbr bhgn mata

Kah kah kah. Dia report Persatuan Oyen supaya ambil tindakan
Quote Aikiko 13-1-2022 06:49 PM
Wow baru kuatkuasakan ke ni??
Dah beribu2 iols bole dpat kalu sejak dulu dilaksanakan
Quote Adrif 13-1-2022 06:50 PM
seronok la jiran lama aku sorang tu
sebelum dia pindah masuk. kawasan semua aman-aman ja
bila dia datang je, habis semua orang ajak dia bergaduh. ada je nak bertekak

pernah satu hari dia ketuk pintu rumah kami macam nak roboh dibuatnya
bila bukak, menjerit marah-marah
"Kucing korang ni berak depan rumah aku! Sapa nak bersihkan tu?! Aku buang jugak kucing ni nanti!"

dia pandang kitorang, kitorang pandang dia, semua pandang kucing
"Buang je la kucing tu. Bukan kucing kami. Kucing kami tak keluar rumah pun.". terus hempas pintu depan muka dia.  

RIP kucing random. silap besar le kena tangkap makcik Karen gila  
lepas kami pindah je dari kawasan perumahan tu, jiran lain kata, lagi ligat dia cari gaduh dengan jiran2 lain. topik utama, taik kucing  
Quote gekkou 13-1-2022 06:51 PM
kucing datang kencing dan berak dalam pasu
habis mati semua pokok2
masalahnya kucing sapa tatau
aku tahu kucing orang sbb ada loceng kat leher
lepas tu grooming bukan macam stray cats
owner tu aku mampu doakan saja
doa baik atau buruk biarlah rahsia
Quote krustykrab 13-1-2022 07:01 PM
gekkou replied at 13-1-2022 06:51 PM
kucing datang kencing dan berak dalam pasu
habis mati semua pokok2
masalahnya kucing sapa ta ...

Ko tangkap lps tu ko iklankn dlm fb sapa2 nk bela..
Quote krustykrab 13-1-2022 07:02 PM
Adrif replied at 13-1-2022 06:50 PM
seronok la jiran lama aku sorang tu
sebelum dia pindah masuk. kawasan semua aman-aman ja
bila dia da ...

Awat kucing suka sgt berak kt rmh dia
Quote Orix 13-1-2022 07:05 PM
iols jenis kesian kt kucing, dlm kereta mmg tiap bulan simpan powercat bg stray cat makan mana2 yg terserempak bila park kereta kt mana2... tp iols pun personally tak suka kucing berak kencing merata... plg x suka kucing bergaduh suara mcm petir pukul 2-3pagi

tp nk buat mcm mana kan... bumi ni bukan milik kita saja, diorg pun makhluk tuhan, kongsi2 la tanah dgan diorg, hadap jela selagi x de memudaratkan kita...
Quote Orix 13-1-2022 07:06 PM
gekkou replied at 13-1-2022 06:51 PM
kucing datang kencing dan berak dalam pasu
habis mati semua pokok2
masalahnya kucing sapa ta ...

mak iols dia cacak kan lidi satay dalam semua pasu bunga dia... kalau x mmg kucing kencing berak dlm pasu dia
Quote gekkou 13-1-2022 07:07 PM
Orix replied at 13-1-2022 07:06 PM
mak iols dia cacak kan lidi satay dalam semua pasu bunga dia... kalau x mmg kucing kencing berak d ...

ada buat petua ni utk pasu kangkung
tak jalan
creettt elok tau
terus suruh cleaner angkat dan buang dgn pasu2
sedihhhh
Quote Orix 13-1-2022 07:10 PM
gekkou replied at 13-1-2022 07:07 PM
ada buat petua ni utk pasu kangkung
tak jalan
creettt elok tau

uols letak jarak2 sgat tak... letak rapat2 n byak kalau boleh yg bahagian lidi tajam tu pacakkan ke atas, biar tercucuk mata atau paw kucing nakal yg byak keje tu
Quote Adrif 13-1-2022 07:11 PM
krustykrab replied at 13-1-2022 07:02 PM
Awat kucing suka sgt berak kt rmh dia

rumah dia depan kawasan parking kereta. ada timbunan pasir dengan batu kecik2 kat situtapi dia claim parking depan rumah tu dia punya. tu yang marah bila kucing tak bertuan berak kat "kawasan dia".

dengarnya sampai sekarang tak habis lagi drama "Ni kucing sapa berak niii?!" berserta gambar kucing tengah meneran taik dalam group wasap kawasan  
Quote umbut 13-1-2022 07:14 PM
Hari2 kucing sapa ntah berak depan umah. Ni kalo claim ratus ribu dapat..tau bela tau lah jaga..
Quote Lentera 13-1-2022 07:22 PM
Aku suka akta ni [em:3:]
Rumah aku jadi laluan kucing2 orang untuk ke rumah sebelah. Sambil lalu sambil pancut. Aku standby botol spray. Nampak je lalu, aku spray [em:16:]
Quote Thunderclouds 13-1-2022 07:31 PM
gekkou replied at 13-1-2022 07:07 PM
ada buat petua ni utk pasu kangkung
tak jalan
creettt elok tau

Kaka taboq belerang/sulfur. Kucin xsuka bau dia. Tambah belerang xganggu tanaman. I taboq serbuk lada ja rata2 kt laman. Laman tu pdg jarak pdg twkukur kegemaran kucin2 jiran taman ni mbuang. Tuan depa xajaq mbuang kt umah sendri. Dan nmpak kt i dia br nk wat projek mmg kna tibai. Lantak p la tuan dia nk kata apa
Quote ~boolean 13-1-2022 07:32 PM
kalau anjing?
kalau aku tahu akta ni dulu mungkin aku sekarang dah jadi seorang puluhribuwan

jiran cilaka lepaskan anjing berak depan rumah aku, bila beritahu commitee aku kena tuduh racist..

dia tuduh kita racist takpe, kita tuduh dia racist terus merentan kononnya dia golongan terpaling tertindas...
Quote Belibis 13-1-2022 07:32 PM
Rasanya denda tu masuk poket gomen..bukan sebagai bayaran gantirugi.
Quote bakingsoda 13-1-2022 07:33 PM
Lentera replied at 13-1-2022 07:22 PM
Aku suka akta ni [em:3:]
Rumah aku jadi laluan kucing2 orang untuk ke rumah sebelah. Sambil lalu sam ...

kalau sambil lalu sambil pancut ni biasa sbb tak mandulkan. ko suruh pemilik kucing tu mandulkan kucing dia. pancut rumah orang satu hal, gi tabur benih kat kucing stray betina menambah lagi kucing tak bernasib baik di jalanan. kalau dia buat bodo gak ko jangan gi buang kucing tu, ko doakan keturunan jiran kau je mandul jd tak perlu wariskan bangang tu kat generasi masa hadapan.
Quote bakingsoda 13-1-2022 07:48 PM
kalau jenis bela kucing tak mandulkan pastu biar berkeliaran berak merata mmg patut la kena denda, tapi kesian yg bela kat rumah sendiri tak bagi lepas pagar pon jiran benci. pastu ada jugak kucing jalanan yg berak rumah dia, tuduh kucing bertuan yg buat. sbb nya nak cari alasan suruh pbt kutip dan bunuh kucing2 jiran yg dia tak suka. sape duduk rumah teres, biasanya area tengah rumah tinggi kan, pastu ada louvre utk udara/cahaya. buat loteng jdkan bilik kucing, amik sikit lubang tempat pasang louvre tu install ventilation fan utk sedut keluar bau. masalah bila letak kat porch ye la bau tu tak gerak ke kiri dia ke kanan jd mmg akan sampai ke rumah jiran

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073667 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top