CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LG Bakal Keluarkan Mini Van Futuristik?

13-1-2022 06:10 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1039| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Baru-baru ini, LG telah mengeluarkan konsep mini van yang dipanggil Vision Omnipod yang dikatakan penyelesaian pengangkutan dipadankan dengan antara muka kercerdasan buatan (AI).
Baru-baru ini, LG telah mengeluarkan konsep mini van yang dipanggil Vision Omnipod yang dikatakan penyelesaian pengangkutan dipadankan dengan antara muka kercerdasan buatan (AI). 

Mini van buatan LG ini menampilkan rekaan terkini dan moden yang bersesuaian bersama elemen futuristik seperti dilengkapi maskot sistem AI LG dikenali sebagai Reah.


kredit foto: Yanko Design

Vision Omnipod dibentuk sebagai penyelesaian sehenti yang boleh memenuhi keperluan harian kepada pengguna.



Ia direka untuk pelbagai keggunaan seperti pejabat bergerak, pawagam mini, pusat beli-belah alam maya dan boleh ditukar kepada mod berkhemah jika anda mahu berehat dari kerja. 

Tata atur Vision Omnipod itu sangat menarik kerana lantai dipasang skrin supaya keseluruhan kabin itu dapat diseleraskan mengikut tema bagi sesiapa yang memiliki van mini berkenaan.


kredit foto: LG

Vision Omnipod juga boleh ditukar kepada mod tidur yang membuatkan lampu menjadi malap dan tempat duduk diubah menjadi katil tidur.

Pun begitu, tidak pasti bila produk ini akan berada di pasaran.

Apa anda buat kalau anda dapat Mini Van ini?

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048790 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top