CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Penjawat Awam Cemas Siling Auditorium Tingkat 11 Runtuh

14-1-2022 06:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1478| Komen: 2

Description: Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan pada siling auditorium tingkat 11 di Wisma Dang Bandang petang semalam.
Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan pada siling auditorium tingkat 11 di Wisma Dang Bandang petang semalam.


Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Runtuhan yang mengakibatkan gegaran itu menyebabkan semua pekerja di bangunan berkenaan keluar untuk berkumpul di tempat yang selamat.


Keadaan siling di auditorium tingkat 11 Wisma Dang Bandang yang runtuh dalam kejadian petang tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada pukul 3.32 petang.


“Semua orang awam diarahkan untuk terus berada di tempat selamat dalam pekarangan bangunan berkenaan sementara pemantauan dijalankan.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengarahkan pihak pengurusan bangunan untuk tidak memasuki kawasan yang terjejas sehingga mendapatkan pengesahan keselamatan struktur bangunan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selepas memastikan tiada situasi berbahaya, operasi ditamatkan pada pukul 4.18 petang,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-1-2022 09:06 AM
Mungkin ada unsur rasuah pakai material cap ayam
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 09:17 AM
Dang bangdang ni kot mana? Tak penah dengaq nama lagu ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048563 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top