CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

5 Filem Paling Teruk Tahun 2021!

14-1-2022 08:37 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3272| Komen: 4|Original author: Agent13k

Description: Industri perfileman sememangnya satu bisnes bukan untuk semua orang kerana memerlukan kewangan yang stabil dan ramai orang berkebolehan untuk menghasilkan satu filem tidak kira lah sama ada berjaya at ...
Industri perfileman sememangnya satu bisnes bukan untuk semua orang kerana memerlukan kewangan yang stabil dan ramai orang berkebolehan untuk menghasilkan satu filem tidak kira lah sama ada berjaya ataupun gagal.


kredit foto: Variety


Ini adalah 5 filem paling teruk untuk tahun 2021.

  • Mortal Kombat.
kredit foto: Variety

Permainan video yang terkenal ini pernah menghasilkan filem berdasarkan jenama sama pada 1995 dan mendapat sambutan yang agak baik. Namun, filem sekuelnya iaitu MK: Annihilation pada 1997 menemui kegagalan.


Bagaimanapun, filem Mortal Kombat 2021 menjanji aksi dan jalan cerita yang menarik. Pun begitu, ramai yang tidak suka kerana elemen permainan video Mortal Kombat adalah ganas dan menyeronokkan, tetapi filem Mortal Kombat 2021 amat membosankan.

Ramai kecewa kerana filem ini gagal menarik perhatian untuk peminat permainan video itu dan hanya memperoleh markah 6.0/10 dari IMDB dan 50% dari Rotten Tomatoes.

  • Space Jam 2: A New Legacy
kredit foto: Cinemabland

Space Jam 2 dilakonkan atlet bola keranjang yang memaparkan LeBron James sebagai karekter utama dan filem ini menggunakan elemen "keluarga adalah segalanya".



Space Jam 2 juga menjadi satu filem yang ramai tidak suka kerana terlalu banyak rujukan "meme" dan 
'semak' dengan promosi produk seperti Dell, Nike dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, ianya satu iklan besar, tetapi dalam bentuk filem. Bahkan, ramai yang berkata parodi filem di YouTube lebih baik dari Space Jam 2. 

Filem ini mendapat nilai 4.4/10 dari IMDB dan 25% saja dari Rotten Tomatoes.

  • Cosmic Sin
Teruknya filem ini! 5 Filem paling teruk tahun 2021!


Cosmic Sin merupakan antara filem yang ramai tidak memahami plot ceritanya.

Walaupun memaparkan pelakon lama yang popular Bruce Willis, ia tetap gagal menjadikan filem ini seronok untuk ditonton seolah-olah dibikin dengan bajet rendah.



Ramai yang berkata, filem ini membosankan, jalan cerita yang amat rumit dan kualiti pelakon yang hambar. Ianya juga dikatakan filem yang mengalami kerugian teruk dengan nilai hanya 2.5/10 dari IMDB dan 3% dari Rotten Tomatoes.

  • Music
kredit foto: Discourse

Penyanyi Sia yang terkenal dengan lagu seperti Chandelier, Thunderclouds dan banyak lagi telah melompat ke dunia perfileman sebagai pengarah untuk filem ini. 

Filem Music mengisahkan seorang gadis autisme yang suka mendengar lagu. 

Filem ini menggunakan lagu Sia dan mempunyai jalan cerita sedih, namun menjadikannya satu kombinasi pelik kerana kedua-dua elemen gembira dan gelap tidak boleh bercampur.


Filem ini juga bercerita tentang masalah keluarga, kematian dan kesihatan 
mental. Tetapi, pilihan lagu diunakan dalam filem ini tidak kena dengan konsep gelap dan menyedihkan itu.

Justeru, amat sukar untuk penonton menghayatinya.. Filem ini mendapat pencapaian Razzie iaitu "Pengarah paling teruk", "Pelakon utama paling teruk" dan "Pelakon pembantu paling teruk" dengan nilai 3.1/10 dari IMDB dan 7% dari Rotten Tomatoes.

  • Home Sweet Home Alone
kredit foto: Disney+

Filem Home Alone dengan lakonan Macaulay Culkin boleh dikatakan filem ikonik sekitar 90-an yang mengisahkan bagaimana seorang budak berjaya menumpaskan perompak yang cuba merompak rumahnya. 

Tetapi, filem Home Sweet Home Alone memperkenalkan karekter utama yang menyakitkan hati, ramai tidak suka karekter baru ini dan menjadi filem komedi yang teruk.


Filem Home Sweet Home Alone juga mendapat kecaman teruk dari peminat siri filem tersebut dan ramai yang mengatakan ini adalah filem yang teruk dengan markah 3.6/10 dari IMDB dan 15% dari Rotten Tomatoes.

Anda pernah tengok filem-filem ini? Teruk ke okey, bagi anda? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blakerainer 15-1-2022 05:46 PM
Tak tengok lagi Space Jam tu tp teringin nak tengok sbb minat Looney Tunes. Teruk sgt ke? Haha
Quote lasagna 25-1-2022 08:43 AM
blakerainer replied at 15-1-2022 05:46 PM
Tak tengok lagi Space Jam tu tp teringin nak tengok sbb minat Looney Tunes. Teruk sgt ke? Haha

tu ler tak tau gak, sbb tak tgk lagi. masa part 1 dulu best kot! ni part 2 ntoh ler.
tapi ramai kata movie tu flop giler.
Quote blakerainer 25-1-2022 02:33 PM
lasagna replied at 25-1-2022 08:43 AM
tu ler tak tau gak, sbb tak tgk lagi. masa part 1 dulu best kot! ni part 2 ntoh ler.
tapi ramai ka ...

Yg first one tu ingat2 lupa, dah lama tak tengok. Yg latest ni dh ada kt hbo go tapi belum rasa nak tengok lagi
Quote lasagna 25-1-2022 02:45 PM
blakerainer replied at 25-1-2022 02:33 PM
Yg first one tu ingat2 lupa, dah lama tak tengok. Yg latest ni dh ada kt hbo go tapi belum rasa na ...

yg first mana bleh lupa sbb ada michael jordan, even kat asteruk aritu pun ada lagi, ch hbo family ke ntah apa haritu. yg part 2 ni james lebron ni tak pernah plak masuk asteruk, carik kt netflix elek. or maybe warner bros licencing kt msia ni pyh nk beli.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.248009 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top