CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Sumpahan Atau Karut-Marut? Ini 3 Filem Hollywood Yang 'Disumpah'!

12-1-2022 01:14 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3680| Komen: 10|Original author: Agent13k

Description: Hollywood ada pelbagai cerita di belakang takbir yang tidak boleh keluar di panggung wayang kerana pelbagai perkara berlaku dalam dunia Hollywood yang tidak boleh diceritakan.
Hollywood ada pelbagai cerita di belakang takbir yang tidak boleh keluar di panggung wayang kerana pelbagai perkara berlaku dalam dunia Hollywood yang tidak boleh diceritakan.

Ada yang pelik dan ada juga cerita yang menakutkan orang ramai.

Ini adalah 3 filem "sumpahan" Hollywood.

  • Sumpahan Superman

    kredit foto: Reddit

Adi wira komik berasal dari planet Krypton ini dikatakan mempunyai sumpahan kepada sesiapa yang 'menghidupkan' watak adi wira terkenal itu, sama ada tiada pekerjaan selepas filem superman atau ditimpa jatuh sakit. 


Pelakon Kirk Alyn yang berlakon sebagai Superman di era 1940an tidak mendapat job selepas projek Superman tamat manakala George Reeves yang melakonkan watak adi wira itu pada 1950an juga tidak mendapat kerja selepas projek Superman tamat.

Bukan itu saja, beberapa tahun kemudian Reeves ditemui mati di dalam bilik tidurnya dengan sepucuk pistol di sebelahnya.



Christopher Reeves (tiada kaitan dengan George Reeves) yang menghidupkan semula watak Superman dan membuat empat filem adi wira itu, seperti yang lain juga tiada job selepas projek itu tamat.

Malah, dia lumpuh selepas jatuh dari kuda dinaikinya dan meninggal pada 2004. 

Ada beberapa pelakon lain seperti Tom Welling, Dean Cain dan Brandon Routh yang masih hidup, tetapi mereka tidak mendapat watak besar dalam karier seni mereka selepas itu.

  • Sumpahan filem Rosemary Baby

    kredit foto: Vanityfair
Pada 1968, filem arahan Roman Polanski ini menjadi salah satu filem seram yang dikatakan ikonik, tapi pada waktu sama ianya penuh dengan misteri dan dikatakan ada sumpahan gara-gara produser Wiliiam Castle membawa penganut Satanik sebenar ke set filem untuk menghidupkan elemen realisme.



Filem itu melalui pelbagai kes dari pelakon utama Mia Farrow menerima surat penceraiannya di set penggambaran hingga ke kes pembunuhan isteri pengarah Sharon Tate oleh keluarga Manson (Keluarga Manson dikatakan penganut satanik).

Apa lagi yang berlaku? Komposer untuk filem tersebut terjatuh dari bukit di Los Angeles, dia mati tidak lama kemudian. 

Penerbit filem William Castle pula ada masalah buah pinggang dan memerlukan pembedahan. Dia yang dikatakan berhalusinasi di hospital ketika dalam pembedahan menjerit beberapa ayat dari skrip filem berkenaan.

  • Sumpahan Filem The Omen

kredit foto:filmdaily

The Omen pula menceritakan tentang dajjal (antichrist) dalam badan seorang kanak-kanak dan ramai percaya yang filem ini mempunyai sumpahan berbahaya. 

Pereka set John Richardson yang membuat efek memotong kepala dalam filem itu mengalami detik hitam dalam hidupnya selepas terlibat dalam kemalangan.

Insiden itu meragut nyawa seorang penumpang yang kepalanya terputus. 

Anak pelakon utama Gregory Peck pula membunuh diri dua bulan sebelum filem memulakan pembikinan.



Pelakon lain dan kru filem itu juga merasakan perkara pelik seperti kapal terbang mereka dipanah petir tiga kali ketika terbang ke set penggambaran seterusnya. 

Manakala, seorang pelakon lagak ngeri hampir mati selepas merasakan ada orang menolaknya dari belakang.

Cerita seram apa yang anda suka tengok? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 12-1-2022 01:31 AM
kesian superman
Quote anony-mous 12-1-2022 02:03 AM
So Henry Cavill berjaya menamatkan sumpahan ittew. Byk movie dia after superman
Quote Bunga88 12-1-2022 08:34 AM
Dean Cain~
Quote Paiya 12-1-2022 09:11 AM
bukan sumpahan
setakat karut marut je
Quote mamajawie 12-1-2022 10:12 AM
suka citer superman time dean cain..ensem giler iollss minat muka iras2 cam dia..ada iras muka vokalis hoobastank & pemain bola sepak Portugal Deco..tiga2 iollss ngetaste sangat time skola dulu..huhuhu
Quote delia3003 12-1-2022 11:34 AM
Edited by delia3003 at 12-1-2022 11:36 AM

Mengarut je. Bab struggle nak dapat job sementara lepas berlakon iconic character tu perkara biasa tapi ramai jugak je yg job maintain lebat. Henry Cavill tu makin popular dan busy lagi ada lepas jadi Superman.

Baru je tengok Superman Christopher Reeves last year, handsome betul dia zaman muda.
Quote kakikuDibibirmu 13-1-2022 02:23 PM
Felem Marvel Eternals tu selayaknyalah disumpah!
Quote adelea 19-1-2022 10:29 AM
kakikuDibibirmu: Felem Marvel Eternals tu selayaknyalah disumpah!


filem tu tak best lgsg , 10 min je aku tgk .. pastu angelina jolie kuar .. terus rasa sampahnya citer eternals ni

Quote phone_5 24-1-2022 08:25 AM
Mia Farrow berlakon best dalam Rosemary's Baby...tapi mmg kena sumpahan kot...karier dia x menyerlah sangat....
Quote lasagna 25-1-2022 08:38 AM
ni terpulang tahap kepercayaan korg laa camne. tp dolu2 mmg cite sumpahan ni btul2 hype. so far yg prasan henry cavill ok jer jd superman terbaru.

tp yg cite the omen tu mmg btul katanya.
sbrnya ada lagi movie lagi ada sumpahan, prnh baca dulu kat mana ntah.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061063 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top