CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Ini Panjangnya 35 Hari! Bukan Siri Tetapi Filem!

7-1-2022 08:29 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2370| Komen: 9|Original author: Agent13k

Description: Jika anda fikir menonton filem Marvel, Avengers berdurasi tiga jam itu meletihkan, tahukah anda ada filem lagi panjang dari tu?
Jika anda fikir menonton filem Marvel, Avengers berdurasi tiga jam itu meletihkan, tahukah anda ada filem lagi panjang dari tu? 

Filem seni eksperimental berjudul Logistics oleh Erika Magnusson dan Daniel Andersson ini mengisahkan kitaran pengeluaran (production cycle) sebuah Pedometer dalam susunan kronologi dalam bentuk ulangan.


kredit foto: TheMovieDB

Ia menceritakan perjalanan Pedometer dari penjualan kedai di Sweden, kemudiannya ke kilang asal di China pada 2012.


51,420 minit bersamaan 857 jam ataupun 35 hari 17 jam! Ini sekali gus menjadikan ia filem paling panjang pernah dihasilkan di dunia. 



Rekod kedua untuk filem terpanjang dipegang oleh Modern Times Forever oleh Superflex iaitu berdurasikan 240 Jam ataupun 10 hari. 

Kalau ada filem paling panjang, mesti ada filem paling pendek. "Fresh Guacamole" (2012) oleh Adam Pesapane hanya berdurasi 1 minit 40 saat dan tercalon di Academy Award.

Ada sesiapa berminat nak tengok filem ini? Mana tahu boleh belajar sesuatu daripadanya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-1-2022 08:55 PM
.............
Quote Supersirap 7-1-2022 10:22 PM
Kalau sudah tiada hiburan lagi, boleh cuba tonton film ini bersama keluarga tersayang
Quote matbad 7-1-2022 11:05 PM
msti ada yg minat sbb tu dihasilkan. msti ada yg maraton tgk cuti sebulan hihi. minat org tak sama. aku ni sebolehnya mmg takkan tgk drama yg bersiri. xkisah kartun ka cerita ka sbb aku malas tggu
Quote Belibis 8-1-2022 09:04 AM
matbad: msti ada yg minat sbb tu dihas ...

Sama laa..tunggu abis tayangan..donlod baru tengok..malas nak saspen saspen.
Quote kotakbaju 8-1-2022 06:12 PM
Selama ni aku dok ingat filem hindustan mera naam joker tu yang paling panjang.
Quote KamikuP 10-1-2022 10:44 AM
Dan meolss ingatkan citer Hindi Sangam yg terpanjang sekali
Quote SedihPedih 11-1-2022 08:09 AM
mmg tak la i tgk...hahaha...
Quote babelina 11-1-2022 09:29 AM
kekdg best juga tgk citer yg mcm nie.. drpd drama ntah pape ntah..
Quote cyber_mania 11-1-2022 01:46 PM
Oh nama nya filem seni eksperimental.
Ku kira documentary.
Ni dah mcm telenova yg beratus episod tu la

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.350976 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top