CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Maut, Bayi Cedera Bom Meletup Dalam Bas

12-1-2022 12:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 951| Komen: 0

Description: Seorang kanak-kanak terbunuh dan enam cedera apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina, semalam.
Seorang kanak-kanak terbunuh dan enam cedera apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina, semalam.

Sehingga kini, tiada kumpulan militan tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden yang berlaku, lapor AFP.


Kredit foto: benarnews

Menurut polis, letupan itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan di lebuh raya di Cotabato City.

Jurucakap polis di pekan Aleosan, Randy Hampac berkata, bom tersebut dipercayai diletakkan dalam bas berkenaan.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terkorban dalam kejadian itu, manakala enam lagi cedera termasuk bayi berusia lima bulan,” katanya.


Laporan polis memaklumkan seorang daripada mangsa ternampak seorang penumpang lelaki meninggalkan sebuah ‘bagasi’ di dalam bas itu sebelum dia turun di satu hentian.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.686948 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top