CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda Berdepan Saman Jika Jaja Atau Beli Di Persimpangan Lampu Isyarat

12-1-2022 12:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1120| Komen: 1

Description: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bertegas mengenakan tindakan saman terhadap peniaga dan pembeli yang terlibat aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya di negeri i ...
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bertegas mengenakan tindakan saman terhadap peniaga dan pembeli yang terlibat aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya di negeri ini tanpa sebarang kompromi.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tiada lagi amaran selepas ini memandangkan perbuatan tersebut boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya selain program advokasi terhadap peniaga atau penjaja jalanan telah diadakan sebelum ini bagi memberi peringatan.


Antara penjaja jalanan yang diberi amaran ketika program berkenaan, petang tadi.


“Ini program advokasi dan amaran terakhir kita. Setakat ini, tiada lagi laporan kemalangan melibatkan penjaja jalanan, namun kita terima rungutan orang awam yang mana kehadiran penjaja ini menganggu aliran trafik.

“Ia bukan saja berlaku di Seremban tetapi juga di Port Dickson terutama di lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Advokasi Penjaja Jalanan di Jalan Rasah, di sini petang tadi.

Jelas beliau, merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda ataupun barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.

Tambah beliau, bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.

“Bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 12-1-2022 08:30 AM
ni betul la bawah bidang kuasa dia

tp majlis, jkm, pdrm celik mata la sket

rohingya pun bersepah2 sama naik kat trafik light

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.068542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top