CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Syed Saddiq Kuat Drama, Bersandiwara Bantu Rakyat' - Sindiran Sinis Onn

12-1-2022 12:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2556| Komen: 46

Description: Datuk Onn Hafiz Ghazi secara sinis menyatakan rasa kagum dengan lakonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeksploitasi bencana banjir di Johor untuk meraih kepentingan politik perib ...
Datuk Onn Hafiz Ghazi secara sinis menyatakan rasa kagum dengan lakonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeksploitasi bencana banjir di Johor untuk meraih kepentingan politik peribadinya.


Exco Kerajaan Negeri Johor itu juga melahirkan ‘rasa teruja’ beliau dengan kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mempersoalkan kompetensi kerajaan negeri membantu mangsa-mangsa banjir.


Kredit foto: IG Saddiq/Onn

”Sekarang dia (Syed Saddiq) nak tunjuk yang dia masih juara rakyat dengan harapan rakyat sudah lupa dengan gelagat dan kelaku mereka yang memang suka ‘menanam tebu di bibir mulut’.


”Kemahiran untuk mengeksploitasi pemikiran rakyat Malaysia terutamanya anak muda berlaku sebelum PRU-14 lagi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sedangkan, katanya, Syed Saddiq telah membuat pelbagai janji sebelum pilihan raya umum seperti pendidikan percuma, tidak perlu bayar PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional), peluang pekerjaan untuk anak muda, tol percuma dan macam-macam lagi janji bulan dan bintang ditabur.

“Akhirnya apabila kuasa sudah ditangan, tertunai tak segala janji? Janji entah ke mana, pelbagai alasan mengelak pulak diberikan,” katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam.


Kredit foto: FB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang itu tidak menafikan Parti Muda sudah turun sebelum ini tetapi persoalannya di mana Syed Saddiq semasa banjir berlaku di Johor seawal 31 December tahun lalu.

Dakwanya, sudah terang lagi bersuluh, Syed Saddiq baru sahaja turun untuk membantu rakyat Johor.

”Bila sudah turun terus buat drama. Bukan main dia bersandiwara untuk mengaburi mata rakyat Johor terutamanya di Muar yang dia kononnya sudah awal membantu, padahal realitinya dia baru sahaja sampai ke situ.

”Senang cerita nak cover line lah,” bidasnya.



Onn berkata, sedangkan ribuan sukarelawan dan puluhan NGO yang tampil membantu di Johor sejak awal banjir tapi tiada satu pun yang buat drama macam Syed Saddiq.

”Semua orang simpati dengan mangsa banjir, bukan awak seorang. Tak perlulah bersandiwara dan menangguk di air keruh.

”Apa pun, you truly deserve an Oscar for your first class act bro. (Anda benar-benar layak mendapat Oscar untuk aksi kelas pertama anda bro).

”Saya berharap dan berdoa rakyat Johor terutamanya di Muar terbuka mata dan hatinya kepada sandiwara politik yang diwayangkan oleh ketua kepada Parti Muda ini. Lihat bukan hanya dengan mata tetapi dengan akal dan hati,” ujarnya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohamad134 12-1-2022 04:19 AM
[fbv]1779319052256600[/fbv]

Quote kitmal 12-1-2022 07:02 AM
yang bercakap tu...kenapa baru dah kering kontang baru bersuara
Quote shalalat 12-1-2022 07:07 AM
Motif yg nak busuk hati ko dah kenapa? Bila org berbuat baik turun padang bantu mangsa, kata oscar. Feeling terpaling jgk ke ni?
Quote n3ar 12-1-2022 07:24 AM
Ok la tu dia gerakkan ahli parti dia bantu di seluruh malaysia yg terkesan dgn banjir..

Ko punya ahli mana? Takkan harap ke kerajaan je... Ahli turun la padang.. Sekarang zaman ko buat kerja tjuk baru orang sedar.. Maksudnya si syef saddiq ni buat kerja la sampai ko aware & cakap dia buat wayang.

Geng2 tua kutok ni memang banyak cakap je
Quote Mooverine 12-1-2022 07:29 AM
whatever la dia tolong orang utk kepentingan politik ke apa.. dah kita semua tau dia politician.
even orang biasa yang turun pun, ada ja yang menolong untuk dpt likes..
paling penting, rakyat yang susah ditolong.. busuk hati betul
Quote ultra78 12-1-2022 07:37 AM
Yang bersuara tu wakil umno. Apa kata betulkan parti kau dulu.
Quote SedihPedih 12-1-2022 07:45 AM
semua tau kot kalau politician mana2 pun turun utk kepentingan politik, sb tu antara cara nk tunjuk kau adalah org yg care dgn org ramai. Cuma bezanya adalah  turun dgn tlg bersungguh2 atau turun tp nk iklan ja lebih.

Org ramai boleh la tgk and judge...

Quote Simunggu 12-1-2022 07:47 AM
hahaha....syed saddiq satu satunya YB yg pandai panjat pagar tau....kelas gitu
Quote nurul_akmar 12-1-2022 07:53 AM
Ko pon buat laa.. kerah anak2 buah ko.. masuk dlm medsos.. baru org tau ko buat keje.. zaman skang mmg sume benda kena tunjuk
Quote nuryakmal 12-1-2022 08:03 AM
Nak sembang pasal ngo tak berbunyi. Ngo bukan parti politik pun ngok. Bukan masuk parlimen. NGO membantu shj tolong kerajaan pusat dan negeri. Yg untung korang jugak.

Saddiq drama pun keja jalan. Merentan pun pasal dia dilantik rakyat utk suarakan whatever permohonan rakyat. U pun update jugak kan pesbuk insta utk perhatian awam kan.
Quote redz85 12-1-2022 08:08 AM
sial nya perangai.. orang buat baik di kata nya wayang..

nasib baik syed bantu, kalau tak si hati kaldu karang cerita 'syed tak nampak batang hidung'

makan lah dari rezeki yang baik & halal.. ia menjadi darah daging
Quote azimodin 12-1-2022 08:29 AM
MP tugas dia membantu rakyat. Xkisah la wayang ke tak wayang, mmg dah tanggung jawab. At least dia tak acah2 guna waterjet basuh taik burung
Quote Dwdrum 12-1-2022 08:35 AM
Semoga syed saddiq tidak peduli kan kata kata langau... Terus kan membantu rakyat
Quote takayama 12-1-2022 08:36 AM
amboiiii amboiiii amboiiii wayang ek
sekurang-kurangnya dia buat kerja, antara rumah yg dia tolong basuh adalah rumah kwn kaka, bkn takat amik gambo buat kerja, xdenya. Dia buat sama2 dgn saper aje ada kt situ dan yup sambil buat kerja mulut dia ttp berbunyi bertanya itu ini
zmn sekrg zmn tunjuk bkn takat si SS ni aje, org lain pun sama, apa daaaa
Quote krustykrab 12-1-2022 08:38 AM
At least dia ringan tulang nk membantu.....
Quote Zezo 12-1-2022 08:41 AM
Tak minat dgn syed saddiq .. tp dia ada inisiatif.. yg complain tu, habuk pun takde. Puiiii. Tau amik elaun wakil rakyat je tiap2 bulan.
Quote babyLON. 12-1-2022 08:48 AM
onn hafiz ni siapa pulak. apa kau bantu haritu?
Quote KamikuP 12-1-2022 08:56 AM
Cakap le byk mana pun fakta yg pasti org yg paling tak boleh dipercayai ialah :
1.Ahli politik
2. Ahli politaik
3. Ahli politik taik
Quote lostnfaun 12-1-2022 09:40 AM
babyLON. replied at 12-1-2022 08:48 AM
onn hafiz ni siapa pulak. apa kau bantu haritu?

Exco kerajaan johor.. jaga belia, sukan..

Dia patut tak payah komen sbb nnt org tny dia buat keje apa jer utk tlg banjir tue.. TMJ pun tgh malam dtg tgk mangsa banjir tau.. haha

Lihat semua komen(46)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.192431 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top