CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

‘Kita Sibuk Dengan Isu Azam Baki, Mereka Sibuk Luluskan Projek’ - Anwar

12-1-2022 12:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 7

Description: Rakyat tidak sepatutnya hanya menumpukan isu melingkari Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, malah melihat gejala rasuah membelenggu negara ini secara lebih meluas.
Rakyat tidak sepatutnya hanya menumpukan isu melingkari Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, malah melihat gejala rasuah membelenggu negara ini secara lebih meluas.


Justeru, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa suatu gerakan rakyat menyuarakan pandangan mereka berhubung isu rasuah melanda ketika ini.


Kredit foto: IG Anwar

Beliau berkata, isu rasuah dalam negara kini semakin membimbangkan bukan sahaja mengenai kes Azam yang dikaitkan dakwaan pemilikan saham, tetapi isu rasuah lebih besar seperti kertas Pandora, konsesi Spanco Sdn Bhd (Spanco) dan Digital Nasional Berhad (DNB) perlu diberi perhatian.


“Rencana oleh tokoh politik tertentu dan ahli-ahli korporat yang sekongkol begitu mendesak.

“Kita sibuk dengan Azam Baki, mereka sibuk dengan luluskan projek,” katanya dalam satu video di Facebook yang membicarakan isu-isu semasa.


Kredit foto: Focus Malaysia

Dalam pada itu, Anwar juga menggesa rakyat melihat masalah rasuah itu sebagai bencana dan jenayah yang akan menyebabkan rakyat terutama golongan miskin terus derita.

“Bukan sahaja projek besar. Ketirisan berlaku termasuk dalam projek rakyat biasa. Subsidi minyak pun ada ketirisan. Bantuan rakyat ada ketirisan. Ini disebut Ketua audit Negara tahun demi tahun,” katanya.

Anwar juga berkata, isu Azam itu dilihat sebagai satu perkara serius kerana membabitkan institusi negara.


Loading FB Post...

Beliau menggesa Azam berundur sementara bagi membolehkan siasatan bebas berjalan.

“Tak mungkin ada siasatan bebas sekiranya dikendalikan oleh jabatan sama. Semua tahu…saya tidak cadang untuk menghukum tetapi hormati proses. Ini tak berlaku,” katanya.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 12-1-2022 08:31 AM
i stand with bang non on this azam issue
Quote musangbodoh 12-1-2022 10:58 AM
pm tepi je
Quote tripleid 12-1-2022 12:53 PM
apa nak buat..melayu tak nak berubah..so hadap je lah menteri2 kaki korup tu sume sampai negara ni collapse dgn sendirinya
Quote Skuau 12-1-2022 05:47 PM
tripleid replied at 12-1-2022 12:53 PM
apa nak buat..melayu tak nak berubah..so hadap je lah menteri2 kaki korup tu sume sampai negara ni c ...

ayat pru14 plak hang pakai....
Quote tripleid 13-1-2022 08:59 AM
Skuau replied at 12-1-2022 05:47 PM
ayat pru14 plak hang pakai....

ayat yg releven sampai bila2 selagi ummah tak nak berubah..
Quote Skuau 13-1-2022 11:10 AM
tripleid replied at 13-1-2022 08:59 AM
ayat yg releven sampai bila2 selagi ummah tak nak berubah..

pru 14...sudah berubah....'yg diberi peluang tu'... dh kenapa???
Quote tripleid 13-1-2022 12:22 PM
Edited by tripleid at 13-1-2022 12:53 PM

Only in Malaysia kaki songlap dapat layanan bagai dewa..

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.107984 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top