CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Alat Tulis Dinaikkan Perlahan-lahan Sebab Faham Orang Ramai Susah

6-1-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3316| Komen: 27

Description: Gelombang kenaikan harga adalah nyata dan buktinya ada di mana-mana termasuk dalam penjualan alat tulis.
Gelombang kenaikan harga adalah nyata dan buktinya ada di mana-mana termasuk dalam penjualan alat tulis.

Presiden Kehormat Persekutuan Pertubuhan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia, Datuk Tey Tong Sing berkata, harga alat tulis dinaikkan secara berperingkat sejak tahun lalu.


Beliau berkata, alat tulis plastik mencatatkan kadar kenaikan yang lebih besar.


Gambar hiasan

Menurutnya, kenaikan harga merupakan keputusan yang sukar, tetapi perlu dilaksanakan kerana tiga faktor iaitu kenaikan kos pengangkutan dan bahan mentah serta kadar pertukaran ringgit yang rendah.


Jelasnya, banyak alat tulis dibuat daripada hasil petroleum dan kenaikan bahan mentah itu juga menyebabkan pergolakan harga untuk alat tulis plastik.

“Bukan sahaja kos pengangkutan luar negara, tetapi kos pengangkutan dalam negeri juga meningkat.

“Hakikatnya, harga untuk banyak barang telah meningkat dan kami juga terpaksa menaikkan harga jualan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurut Tong Sing, disebabkan peniaga faham kesusahan orang ramai yang berdepan pandemik, mereka hanya menaikkan harga secara berperingkat.

“Kenaikan harga dibuat secara perlahan-perlahan pada kadar lima atau 10 peratus supaya pengguna tidak berasa terbeban.

“Jika harga asal sebatang pen adalah RM1, kami akan menaikkannya ke RM1.05 atau RM1, bukannya menaikkan 40 peratus seperti dilaporkan pihak tertentu,” katanya.

Ujarnya, disebabkan persaingan daripada kedai francais seperti Mr. DIY dan "kedai dua ringgit," peniaga alat tulis juga berhati-hati semasa menyelaraskan harga.

Katanya, persaingan daripada kumpulan-kumpulan besar menyebabkan kadar kenaikan harga dikawal. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 6-1-2022 01:57 PM
Lepas ni ape lg yg naik...
Quote gigahertz 6-1-2022 05:20 PM
Mentang mentang sekolah nak bukak balik....
Quote ninjago 6-1-2022 06:25 PM
tak pernah2 ada news pasal harga stationery naik.

petanda ekonomi makin merudum sgt nie. dgn currency kita yg makin takde nilainya.
Quote Decaffeinated 6-1-2022 06:42 PM
harga pensil 2B pun naik juga lah kan? Marker pen?

Quote Artemesiaa 6-1-2022 06:45 PM
Sebab tu kedai RM2.20 makin mendapat tempat pensel hilang mak pak tak ralat sangat
Quote Orix 6-1-2022 06:49 PM
iols tgok anak buah iols ms pkp tahun lepas pensel warna setahun 3x beli... bukan beli sebab habis buat mewarna, tp hilang... iols kadg rasa nak naik hangin je tgok.... iols zaman dulu beli pensil warna 3 tahun sekali jah... itupun feeling masa dpt beli pensil warna tu punya la bahagiaaaaaa

bebudak skrg buat mcm xde menda jah !
Quote gigahertz 6-1-2022 07:16 PM
ninjago: tak pernah2 ada news pasal harga stationery naik. petanda ekonomi makin merudum sgt nie. dgn currency kita yg makin takde nilainya.

i rasa petroleum mmg harga naik turun tapi mmg xde alat tulis inform naik harga
kalau roti , gula , tepung , minyak masak , ayam tu biasa la
alasan kos transport.

Quote Lagubestbest 6-1-2022 07:18 PM
Uh.. orang sekarang nak beli pen pun tak mampu dah? Masyarakat makin stress.. sedihnya dunia skrg..
Quote hareeeesah 6-1-2022 09:16 PM
Aiyooo… jarang dgr news stationery naik.
Quote ninja boy 6-1-2022 09:53 PM
Inflasi Inflasi naik naik banyak banyak
Quote pyropura 7-1-2022 01:35 AM
Tak masalah pun. BMF kan.ade, jalankan lah. Ke kempen.hanya tinggal kempen
Quote pyropura 7-1-2022 01:36 AM
Tak masalah pun. BMF kan.ade, jalankan lah. Ke kempen.hanya tinggal kempen
Quote angelofish 7-1-2022 06:04 AM
beli shopee je.
Quote faraway1 7-1-2022 06:41 AM
gigahertz replied at 6-1-2022 04:20 AM
Mentang mentang sekolah nak bukak balik....

Sini pula time sekolah nak buka, itu lah masa alat tulis sale, lepas sekolah buka, alat tulis separuh harga...

My daughter ready alat tulis sehingga tahun depan, sebab beli stock masa sale.
Quote stingeritters 7-1-2022 07:34 AM
faraway1 replied at 7-1-2022 06:41 AM
Sini pula time sekolah nak buka, itu lah masa alat tulis sale, lepas sekolah buka, alat tulis sepa ...

Sini iteww dimana?

P.S....soalan utk kasi ko peluang dan ruang utk  me me me me me gebang flex dok oberseas.......


Kahkahkahkahkahkah
Quote stingeritters 7-1-2022 07:37 AM
pyropura replied at 7-1-2022 01:36 AM
Tak masalah pun. BMF kan.ade, jalankan lah. Ke kempen.hanya tinggal kempen


Pastinya BMF....Siap dgn chop halal jakim..supaya dapat digunakheun dgn penuh ketawadukkan,  keyakinan dan ketenangan tanpa was was....















KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

Quote AznieBunnie 7-1-2022 09:24 AM
Orix replied at 6-1-2022 06:49 PM
iols tgok anak buah iols ms pkp tahun lepas pensel warna setahun 3x beli... bukan beli sebab habis b ...

sama la!
dengan pensil warna, water colours, krayons, oil pastel...
semua beli lebih dari 2 kali.
anak tak cermat.
sekolah plak segala jenis warna dia nak guna...

Quote Skuau 7-1-2022 09:28 AM
Shazid replied at 6-1-2022 01:57 PM
Lepas ni ape lg yg naik...

zakir la...bila2 pon...dia xkan turun...punya
Quote tripleid 7-1-2022 11:39 AM
Nak sangat BN (Barang Naik) jadi kjaan kan??so hadap je lahh,takyah banyak bunyikk

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top