CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Memang Nak Golongan Tak Vaksin Naik Angin" - Macron

6-1-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1693| Komen: 17

Description: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui sengaja mahu golongan yang tidak divaksin 'naik angin', dalam satu temuramah pada Selasa.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui sengaja mahu golongan yang tidak divaksin 'naik angin', dalam satu temuramah pada Selasa.

Pengakuan itu menerima kecaman hebat pembangkang, kurang empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan datang.


Kredit foto: CNBC

"Yang tidak divaksin, saya benar-benar mahu membuatkan mereka marah. Dan kami akan terus berbuat demikian, itulah strateginya," kata Macron kepada akhbar Le Parisien dalam satu wawancara yang diterbitkan lewat Selasa.

Perancis tahun lalu melaksanakan pas kesihatan yang menghalang individu tanpa ujian PCR atau bukti vaksinasi COVID-19 untuk memasuki restoran, kafe dan beberapa tempat lain.


Kerajaan pimpinan Macron juga berhasrat menjadikannya pasport vaksin, yang bermakna hanya mereka yang divaksin boleh memiliki kelebihan tertentu.

"Saya tidak akan menghantar (yang tidak divaksinasi) ke penjara, saya tidak akan memaksa mereka mengambil vaksin. Tetapi kita beritahu mereka, mulai 15 Januari, kamu tidak boleh pergi ke restoran lagi, menonton teater dan pawagam," jelasnya.

Macron pernah dikritik sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa dan disifatkan rakyat Perancis sebagai sombong.

"Seorang presiden tidak sepatutnya berkata demikian," kata pemimpin sayap kanan Marine Le Pen di Twitter. 

"Emmanuel Macron tidak layak memegang jawatannya."


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 6-1-2022 03:52 PM
Ni ala2 statement kj. Good luck ler
Quote Cpkay 6-1-2022 03:54 PM
sebagai pemimpin dia kene tegas dan firm lah dengan keputusan dia.. jangan tunduk dengan desakan anti vaksin
Quote Artemesiaa 6-1-2022 03:57 PM
Script sama je dimana2 tapi macam bakal menjerut diri sebab mereka pun akan adakan pilihanraya tak lama lagi.
Quote slavehunter 6-1-2022 04:03 PM
Ok juga ada Gang sama.
Quote saviour_09 6-1-2022 04:11 PM
wow bongkak & bongak macam tall dark & hensem
Quote ellejo 6-1-2022 04:17 PM
good luck for election dear
Quote sharlenetexas 6-1-2022 04:28 PM
Heols complete dose ke tak?

Quote akuHavocczz 6-1-2022 04:33 PM
so far iols pergi dine in, satu keadi je check vaccine.
Quote Simunggu 6-1-2022 04:38 PM
org lain terpaksa ambil vaksin utk mendapat kebebasan itu ini...kenapa yg tak nak vaksin pun mau dapat keistimewahan sama??? tak faham aku
Quote Mulotkoyak 6-1-2022 04:43 PM
Itupun ada juga yg cakap kat luar negara yg x vaksin selamat je pegi memana. Sapa la tuh kan?
Quote prettyuglybabe 6-1-2022 04:55 PM
rakyat ni bila menteri tak tegas, dikatanya lembik..
bila bertegas, dikatanya sombong..
apa benda yang korang nak sebenarnya
Quote VioletsAre_Blue 6-1-2022 05:57 PM
Macron ni la kena tampar dengan rakyat hari tu
Quote capiloton 6-1-2022 05:58 PM
sampai masa orang2 cenggini kena gantung leher mereka di pokok.

kasi gantung tinggi tinggi. hang them high
Quote Adrif 6-1-2022 11:31 PM
orang tak vaksin, tunggu orang dah vaksin mati sebab cucuk
orang vaksin, tunggu orang tak vaksin mati sebab covid

dan begitulah, dan begitulah, sampai lah AJM  

dalam hal ni, yang untungnya peniaga online letak iklan dalam socmed isu2 panas

lagi satu, memandangkan banjir makin teruk tiap tahun,
alang2 tu korang jual la bot murah sikit  

yang peliknya, jujur ya, bukan provoke
masa sekolah dulu korang tak cucuk ke vaksin bagai doktor nurse datang sekolah?
dari dulu reject ke, atau vaksin covid je reject?
kalau ada penyakit lain muncul, selain covid, and kena cucuk vaksin,
terima ke reject juga?
Quote dua_chzy 7-1-2022 09:32 AM
Mulotkoyak replied at 6-1-2022 04:43 PM
Itupun ada juga yg cakap kat luar negara yg x vaksin selamat je pegi memana. Sapa la tuh kan?


Tu Lana Nodin. Living proof. Makcik aku pun tak beksin. Heran aku gimana boleh lepas pi Canada. Ingatkan udah beksin baru boleh travel pi seberang laut.
Quote dua_chzy 7-1-2022 09:34 AM
prettyuglybabe replied at 6-1-2022 04:55 PM
rakyat ni bila menteri tak tegas, dikatanya lembik..
bila bertegas, dikatanya sombong..
apa benda ya ...


Masalahnya cakap tak serupa bikin. Macam KJ la. Mula2 cakap tak wajib beksin. Lepas tu ubah statement bilang wajib. Pehtu buat macam2 untuk demonize rakyat yang tak mau beksin siap kuar statement nak susahkan hidup antibek. Korang support pemimpin celaka camni?
Quote Dwdrum 7-1-2022 09:41 AM
Banyak negara sudah belajar dan depa sudah ada satistic bahaya tidak goal tidak di vaccine... Since 2020 dan 2021....teruk healthcare sampai pilih nyawa... Itu pun masih tidak buka mata...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.159725 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top