CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Culik 2 Anak Elak Divaksin

6-1-2022 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1042| Komen: 0

Description: Tidak setuju divaksin, wanita didakwa menculik dua anak lelakinya.
Tidak setuju divaksin, wanita didakwa menculik dua anak lelakinya.

Wanita berusia 46 tahun itu dikehendaki kerana menculik kanak-kanak selepas bekas suaminya yang tinggal berhampiran bandar selatan Seville, memfailkan aduan kepada polis pada pertengahan Disember lalu, lapor AFP.


Dia didakwa membawa kanak-kanak lelaki berusia 14 dan 12 tahun tanpa kebenaran.


Gambar hiasan

Lelaki itu berkata, dia tidak melihat anaknya itu sejak 4 November lalu, selepas dia menerima surat daripada bekas isterinya mengatakan rancangannya untuk memberhentikan mereka dari sekolah.


Ia beberapa hari selepas mahkamah memutuskan lelaki itu mempunyai hak menentukan sama ada anak-anaknya itu perlu diberi vaksin.

Wanita itu menyerah diri kepada pihak berkuasa pada pagi Rabu di Seville bersama dua kanak-kanak lelaki itu dan hakim memerintahkan dia direman sementara menunggu kesnya dibicarakan.

Kedua-dua remaja bawah umur itu diserahkan kepada bapa mereka pada petang Rabu, kata jurucakap pasukan polis Guardia Civil Sepanyol.

Sepanyol bersama beberapa negara Eropah lain mula memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada 15 Disember lalu.

Setakat ini, ia tidak mempunyai pergerakan antivaksin yang ketara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046353 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top