CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Nak Salam Tok Kadi, Usop Berguru Dengan Tajul Dan Haqiem Rusli

6-1-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1097| Komen: 5

Description: Bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Februari depan, penyanyi Usop berkata dia sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan sebagai seorang suami.
Bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Februari depan, penyanyi Usop berkata dia sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan sebagai seorang suami.

Menurut Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, segala persiapan sudah dilakukan dan kini hanya menanti hari bahagia itu.


Foto: IG

"Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Pulau Pinang... majlis resepsi pihak saya pula pada 13 Februari, semua tarikh itu diberikan oleh keluarga. Alhamdulillah persiapan semua dah selesai!

"Memandangkan keluarga kami ramai di utara jadi kami teruskan majlis di sini sahaja, InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan adakan majlis di Kuala Lumpur.


"Sejujurnya memang gementar! Takut tu semua ada tapi kami berdua dah bersedia dan tak sabar untuk memulakan kehidupan baharu ini," katanya kepada mStar.



Usop mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November tahun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lenyap ini berkata dia ada mendapatkan pandangan daripada teman-teman rapat antaranya Tajul dan Haqiem Rusli.



"Saya ada la tanya beberapa kawan mengenai persediaan sebelum kahwin, baru-baru ni saya tanya dengan Haqiem dan Tajul cara nak mengatasi nervous masa akad nikah.

"Semasa bertemu di program Gegar Vaganza dua minggu lalu, kami buat latihan macam tengah bernikah... Haqiem jadi tok kadi dan Tajul jadi saksi... mereka suruh saya bertenang, tarik nafas supaya sebutan itu lancar.

"Ada la juga tanya dengan beberapa orang kawan lain tapi dengan bapa tak sempat tanya lagi sebab masing-masing sibuk menguruskan hal perkahwinan," ujarnya.



Menerusi laporan mStar, Usop berkata dia mengenali Fatihah yang juga merupakan model sambilan ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

Kata Usop, dia tertarik dengan Fatihah kerana kecantikan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 25 tahun ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-1-2022 12:36 PM
dah nak masuk puluh thread dah pasal dah usop mancung ni nak kawin...tak kawin lagik ke dik... asal neves 1 thread, asal moody 1 thread, asal beli spender 1 thread, beli cadar 1 thread...yihhh sangat
Quote stingeritters 6-1-2022 12:47 PM
Kawal baran ko iteww usop...jgn anak org ko kaki tangan kheunz...macam aku tak konpiden sekor ni....
Quote slyfynx 6-1-2022 01:08 PM
Eh, jadahnye mende ni pun kene bukak thread?
Quote miss_strangers 6-1-2022 01:48 PM
Belajar dgn sohai Ina naim jela cop....heolss kan usetadz dari uiaaaa
Quote Suchi 6-1-2022 02:02 PM
Salam tok kadi tu tak besar mana dik, la ni plak mmg takde salam2 dh pun.
Patut ekau susah hati cemana nak melayari rumah tangga tu.
Maklumlaa perkahwinan ni ibarat perjudian.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.041395 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top