Kecoh di TikTok mengenai video tular memaparkan seorang wanita terjerit-jerit seperti histeria ketika majlis dipercayai seminar perniagaan. Menerusi video itu, difahamkan wanita berkenaan menjerit terlolong 'Aku nak kaya' dipercayai untuk memberi motivasi atau semangat kepada tetamu yang hadir. Rata-rata warganet kurang senang dengan tindakan wanita terbabit menjerit-jerit sedemikian rupa.
"Nak kaya tak perlu terjerit-jerit. Guna akal, semangat, doa dan usaha. "Jangan terlalu taasub untuk menjadi kaya. "Kena rasuk dengan hantu duit," antara komen netizen. Kasihan abang bersut kelabu di sebelahnya yang hanya memerhatikan sahaja wanita itu terlolong bagai kerasukan. Betul ke ini keadaan kebiasaan di talk perniagaan yang mengajak orang ramai menjadi kaya? - CARI
|
JohnyEnglish: Nah kaya. 594391
umbut replied at 2-10-2021 06:37 PM
Setakat jerit2 pastu xda usaha ilmu modal.. baik takyah.. semua kena scam
whadda replied at 2-10-2021 09:17 PM
Ape masalah kau terjerit2 camtu.. dah macam citer2 dalam church dok bagi semangat kat penganutnye
...
ADVERTISEMENT