CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konflik Berpanjangan, Usia Tak Halang Nenek 85 Tahun Genggam Ijazah Di Palestin

2-10-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3763| Komen: 20

Description: Siapa sangka walaupun pernah berhenti sekolah beberapa dekad lalu, namun seorang warga emas berjaya menggenggam segulung ijazah, biarpun sudah mencecah usia 85 tahun.
Siapa sangka walaupun pernah berhenti sekolah beberapa dekad lalu, namun seorang warga emas berjaya menggenggam segulung ijazah, biarpun sudah mencecah usia 85 tahun.

Jihad Battu membuktikan keupayaan sebagai seorang wanita Palestin untuk menuntut ilmu walaupun konflik di negaranya tidak pernah berkesudahan, lapor Anadolu Agency.


Kredit foto: palestinechronicle

Dilahirkan di Tebing Barat pada 1936, Jihad bersekolah di kampungnya di Mujaydil, berdekatan bandar Nazareth sehingga 1948 semasa penduduk Palestin diusir secara besar-besaran dari rumah mereka oleh rejim zionis.

Tahun sama turut menyaksikan ibunya ditimpa sakit sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah.


Pada 1954, Jihad melangsungkan perkahwinan dan dikurniakan lima anak.

Namun, kesibukan sebagai seorang ibu tidak pernah menghalang minatnya untuk terus belajar.

Buktinya, dia berjaya mengambil beberapa kursus pengajian seperti bahasa Arab, Inggeris dan Hebrew serta matematik.

Ketika usia 81 tahun, semangatnya untuk belajar berkobar-kobar dan memasuki kolej dekat sini bagi mendapatkan ijazah.

Menerusi temu bual dengan agensi berita tempatan, Jihad berkata, dia memilih Pengajian Islam disebabkan cinta dan komitmen terhadap agama.


Kredit foto: aa.com.tr

Memakai jubah graduasi dan memegang segulung ijazah ketika meniti usia 85 tahun adalah nikmat tidak terperi dalam hidupnya.

“Saya belajar bersungguh-sungguh pada setiap malam demi mendapatkan segulung ijazah. Sekarang, saya akan berbakti dan memberikan manfaat kepada orang lain dengan me-ngajar mereka,” katanya.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 2-10-2021 05:01 PM
tahniah nenek..rajinnya kan..i nak hbs kan degree masa umo 23 dulu tu pun nk cpt2 abis..mmg xmnt nk belajar sgt dr sekolah.tp bila dh bekerja rasa nk jd student pulak
Quote jas7512 2-10-2021 05:10 PM
Really...an inspiration..klu ada rezeki lebih..nak jemput dia bg talk dkt anak2 murid i..biar belajar semangat ckit
Quote mbhcsf 2-10-2021 05:40 PM
bless you sister...

yups wow Congratulations.
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2021 05:42 PM
Jihad Batu tu yang tak menahan tu
Quote TravellingBear 2-10-2021 06:20 PM
tu laa. nama dia jihad batu… keras betul hati dia berjihad
Quote TeropongThaico 2-10-2021 06:30 PM
2 kali baca nama untuk kepastian
Sebab tu kot semangat dia macam batu dalam menuntut ilmu
Quote Punat_button 2-10-2021 07:07 PM
So, Felestin ni perang ka tak sebenarnya?

Quote imransulaiman 2-10-2021 07:11 PM
Masih nampak sihat nenek ni.. Tak macam 85 tahun...
Quote gideoncross 3-10-2021 02:50 AM
Girl powerrrr, thniah nekkkk.
Quote Rdizz 3-10-2021 09:58 AM
Wow tahniah, mcm ni lah patut dibanggakan, kuat semangat, full of determination with good intention, to educate others some more. Bukan yg kuat semangat nk jadi kaya tapi hantam x kira cara salah ka betul. Berkat x berkat letak tepi. Cth wanita melayu yg pulun jual produk hampes dok perkena kaum sendiri. Asal kaya.
Quote trexxxxxi 3-10-2021 10:02 AM
Tahniah nek!

Tapi nek ni duduk tebing barat
Sana kan aman damai jur sbb kawasan Fatah kan?
Quote trexxxxxi 3-10-2021 10:03 AM
Edited by trexxxxxi at 3-10-2021 04:03 PM
Punat_button replied at 2-10-2021 08:07 PM
So, Felestin ni perang ka tak sebenarnya?


Perang selalu kat Gazzah nu
Kawasan Hamas

Jarak tak sure (edited) kohkohkoh
Quote dua_chzy 3-10-2021 11:11 AM
trexxxxxi replied at 3-10-2021 10:02 AM
Tahniah nek!

Tapi nek ni duduk tebing barat

Ah. Orang Fattah tali barut Yisroel rupanya.
Quote Artemesiaa 3-10-2021 11:17 AM
Tiada had umur dalam menuntut ilmu semangat kuat pasti dapat kejayaan.
Quote Punat_button 3-10-2021 11:50 AM
trexxxxxi replied at 3-10-2021 10:03 AM
Perang selalu kat Gazzah nu
Kawasan Hamas

Ramallah ke Yad Mordechai kat sempadan Gaza tak sampai 100 km lah driving 1.5 hrs ja
apa lak macam KL - Kedah


Quote HappyGumbira 3-10-2021 01:22 PM
inspired! fuhhh bkobar pulak rasa nak smbg belajar wpun ada yg duk pertikai
Quote missus_meow 3-10-2021 03:02 PM
tahniah, hebat makcik jihad ...
Quote trexxxxxi 3-10-2021 03:02 PM
Punat_button replied at 3-10-2021 12:50 PM
Ramallah ke Yad Mordechai kat sempadan Gaza tak sampai 100 km lah driving 1.5 hrs ja
apa lak maca ...

Kohkoh salah info
KL Ipoh aci ke
Quote cmf_almondpecan 3-10-2021 03:05 PM
Tahniah Puan Jihad. Life long learning.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069204 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top