CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Sorok Kambing Dengan Kanvas

2-10-2021 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2434| Komen: 4

Description: Cubaan dua lelaki menyorok enam kambing di belakang pacuan empat roda menggunakan kanvas bagi mengaburi mata anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan gagal apabila ditahan pada Jumaat.
Cubaan dua lelaki menyorok enam kambing di belakang pacuan empat roda menggunakan kanvas bagi mengaburi mata anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan gagal apabila ditahan pada Jumaat.


Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pihaknya semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah jam 9 malam.

"Semasa ditahan kedua-dua lelaki berusia 23 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkait dengan barangan mereka bawa," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di bahagian belakang pacuan empat roda membawa kepada penemuan enam ekor kambing yang telah ditutup menggunakan kanvas plastik berwarna biru.


Katanya, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan dan kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta kambing dianggarkan berjumlah RM127,500.

Pemeriksaan ke atas sebuah kereta membawa kepada penemuan rokok putih berjumlah RM15,000.

"PGA akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan dengan membuat pemantauan di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Kami sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang dikesan terlibat dengan aktiviti tersebut," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-10-2021 04:41 PM
Mbekkkkkk



Quote edayildiz 2-10-2021 05:36 PM
blet blet...... -kambeng kokusen
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2021 05:39 PM
[youtube]1paueaTWFRE[/youtube]
Quote nakkomenjugak 2-10-2021 09:57 PM
Hahahahaha
Hadoyaiii

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.099483 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top