CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Caj Ekstra Sebab Menangis Ketika Cabut Tahi Lalat

3-10-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3602| Komen: 7

Description: Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada tubuhnya, lapor Mirror UK.
Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada tubuhnya, lapor Mirror UK.

Menerusi penyata bil yang diterima wanita itu, caj tersebut dikategorikan sebagai ‘caj emosi’.

Berang dengan caj yang tidak masuk akal itu, dia yang hanya dikenali sebagai Midge kemudian memuat naik foto bil tersebut di laman Twitter dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.



“Mereka mengenakan caj tambahan untuk mengaut keuntungan daripada anda. Sangat licik! Mereka juga akan menambah ini ke dalam bil anda apabila mereka bertanya adakah anda tertekan kebelakangan ini,” tulis seorang netizen.


Seorang netizen lain turut berkongsi pengalamannya yang turut dikenakan caj tambahan selepas menjalani satu prosedur pergigian.

“Saya terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham saya. Pihak klinik kemudiannya mengenakan caj terhadap ubat bius tambahan yang diberikan kerana saya terjaga,” tulis seorang pengguna.

“Saya pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ kerana mengalami kekejangan,” tulis seorang lagi netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eva_yy_Ellin 3-10-2021 02:11 PM
What...?
Hidden charge sungguh
Quote nakkomenjugak 3-10-2021 02:39 PM
Haiyoooo selagi boleh cajjjjj

Wahh cari mal dah keluar berita negara lain. Yeyyy!
Quote cucutokwan89 3-10-2021 02:50 PM
Macam-macam
Quote KIM.K 3-10-2021 03:14 PM
Diorg ni mesti belajar marketing dari forum cari.
Tiru2 iqbal
Quote imransulaiman 3-10-2021 03:33 PM
Caj tambahan ubat bius tu boleh terima lagi...tapi caj emosi?? Kejadahnya??
Quote Banana 3-10-2021 04:10 PM
Hahahahah merepek sungguhlah
Quote lavendernovella 3-10-2021 04:40 PM
iol gi vet dulu, ada caj utk kucing garang hahaha....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073445 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top