CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami Nampak Anda Makan 2' - Dicaj Pengantin RM20 Sebab Lebih Makan Kek

3-10-2021 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6576| Komen: 31

Description: Seorang tetamu sebuah majlis perkahwinan mendedahkan kisah aneh di mana dia diminta untuk membayar caj tambahan hanya kerana mengambil lebih daripada sepotong kek.
Seorang tetamu sebuah majlis perkahwinan mendedahkan kisah aneh di mana dia diminta untuk membayar caj tambahan hanya kerana mengambil lebih daripada sepotong kek.

Berkongsi kisah tersebut di Reddit, tetamu itu berkata dia terkejut apabila menerima mesej daripada pengantin wanita beberapa hari selepas berlangsungnya majlis resepsi yang dihadirinya itu, lapor India.com.



Gambar hiasan

"Hey, kami melihat rakaman kamera litar tertutup dan mendapati bahawa anda mengambil dua potong kek perkahwinan.

"Kami mengumumkan bahawa tetamu mesti membayar setiap potong kek dan perasan bahawa anda hanya membayar untuk satu potong. Bolehkah anda kirimkan £3,66 (RM20.72) dengan segera?" demikian mesej yang diterima tetamu tersebut.


Dia turut memuat naik paparan mesej tersebut di laman berkenaan.

Perkongsian kisah tersebut mendapat reaksi daripada netizen namun rata-ratanya meninggalkan komen berunsur sarkastik dan menyindir pengantin berkenaan. 


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 3-10-2021 02:17 PM
Lol
Lawak la berita nie
Quote MinyakAngin 3-10-2021 02:24 PM
Hahahhahahahaha

Kokesyen punya wedding ke ni? Memang kena bayar food sendiri eh?
Quote nakkomenjugak 3-10-2021 02:37 PM
Ahhhh ni wedding kokesen laa ni
Quote cucutokwan89 3-10-2021 02:38 PM
Edited by cucutokwan89 at 3-10-2021 02:40 PM

Gigih no tilik cctv
Quote KIM.K 3-10-2021 02:53 PM
Saman balik sebab tak sedap
Quote missus_meow 3-10-2021 02:59 PM
pi cek bape byk sume org makan ke .... lari budget?
Quote imanjannah 3-10-2021 03:07 PM
aduhai.. jimat sungguh ni tapi ye la, dia dah umumkan sblum mkan tu kan, ko pulak senyap2  mkn dua, bayar satu
Quote Ciktiekus 3-10-2021 03:11 PM
Sama je malaysia nih..kalau salam keruk xde duit pelik je muka mak pengantin..ajak orang makan tp harap org bg duit..pelik aku..kalau org nak bagi tu kira sedekah..masalah yg hadap salam keruk ni mak2 datin..lucu betul..
Quote imransulaiman 3-10-2021 03:31 PM
Layak masuk benang lawak ni! Hahaha

Tapi kenduri kawin apa yang caj orang makan kek dalam majlis? Kalau tau awal baik tak payah datang! {:thief
Quote Fortiori02 3-10-2021 04:29 PM
Ciktiekus: Sama je malaysia nih..kalau salam keruk xde duit pelik je muka mak pengantin..ajak orang makan tp harap org bg duit..pelik aku..kalau org nak bagi tu  ...


Makcik aku penah kawenkan anak, ada dlm sampul duit yg tetamu bagi, tetamu tu letak tisu. Mungkin dia segan salam kosong ja ngn mak/pak pengantin, so dia hulur sampul duit tisu . Padahal mak/pak pengantin time serah kad kawen dah gitau awal2 kat jiran/kenalan tak yah susah2 bawa hadiah, bagi duit bagai, datang raikan majlis je.
Quote Fortiori02 3-10-2021 04:33 PM
imransulaiman: Layak masuk benang lawak ni! HahahaTapi kenduri kawin apa yang caj orang makan kek dalam majlis? Kalau tau awal baik tak payah datang! {:thief

Kannn, seb bek kat Msia lom penah dgr lagi pengantin peel gini, kalau tak mau meroyan acik2 bawang
Quote ladybugz 3-10-2021 04:38 PM
baik x payah la buat kek tu in the first place. baik la makan apa yg ada shj. kek tu buat yg fake je letak as centrepiece hiasan semata.
Quote merrissa 3-10-2021 04:55 PM
nasib baik la kenduri di msia ni mengamalkan konsep bersedekah

tetamu pon ikut suka hati nak sedekah berapa...
Quote helicornia 3-10-2021 06:51 PM
Fortiori02: Makcik aku penah kawenkan anak, ada dlm sampul duit yg tetamu bagi, tetamu tu letak tisu. Mungkin dia segan salam kosong ja ngn mak/pak pengantin, so  ...

Sebenarnya itu yg betul.kita dtg utk meraikan pengantin kenapa kita pulak kita kena bayar.takat bg hadiah ok sbg penghargaantp klu klu ziarah org sakit org meninggal patutnya kita menghulur utk ringankan beban keluarga mereka.kita dh terbalik
Quote matchstick 4-10-2021 12:00 AM
Agaknya mmg pasang CCTV betul2 fokus kt kek tu. Senang buat rujukan{:smile
Quote Adrif 4-10-2021 12:33 AM
teringat majlis kahwin "kawan baik" aku dulu.

2-3 hari lepas kahwin, dia wasap tanya, ok tak makanan, sedap tak?
aku nak jaga hati, of course la jawab semua sedap. ok je.
padahal makan laju2, salam pengantin, amik gambar, pastu blah, bagi tetamu lain nak duduk makan pulak

lepas tu dia tanya lagi, makan berapa pinggan, tambah berapa kali
aku datang bawak sape, yang lain tambah pinggan tak makan?

aku datang sorang kut. makan sepinggan je.
lepas tu kena soal siasat macam tu, kecik hati aku weh.
padahal dia tu la kawan paling aku rapat time study dulu. tak pernah pulak aku tengok perangai camtu.
nak pujuk hati, aku cuba yakinkan diri jugak, maybe dia risau dengan kualiti makanan catering kut. atau ada orang lain complain ke.

still.. hati kacaku retak seribu
dia soal macam aku buat jenayah, tau la ko keje polis
aku ni rakyat marhaen ja.. keje pun tak stabil lagi
Quote Redorqid 4-10-2021 12:48 AM
Adrif replied at 4-10-2021 12:33 AM
teringat majlis kahwin "kawan baik" aku dulu.

2-3 hari lepas kahwin, dia wasap tanya, ok tak maka ...

Ala sedihnya.. sampai cam tu sekali.
Quote kechikchomel 4-10-2021 08:41 AM
dia caj sepotong kek tu RM20 ke
Quote AznieBunnie 4-10-2021 03:12 PM
Ciktiekus replied at 3-10-2021 03:11 PM
Sama je malaysia nih..kalau salam keruk xde duit pelik je muka mak pengantin..ajak orang makan tp ha ...

iye you...

bawa hadiah besar, disambut mesra, usher ke meja.
hadiah kecik, dia senyum ja, suruh masuk cari meja.
datang melenggang, buat-buat tak nampak. pura-pura sibuk layan tetamu lain.
hadiah berkat pun bagi pada yang bawa hadiah/salam keruk je...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051105 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top