CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 3 Tahun Rupanya Isteri Mencurang Dengan Kembar Sendiri

3-10-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7967| Komen: 38

Description: Seorang lelaki mendedahkan dia tidak menyangka bahawa hubungan erat antara isteri dan saudara kembarnya rupa-rupanya menjadi petunjuk bahawa mereka sebenarnya menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetah ...
Seorang lelaki mendedahkan dia tidak menyangka bahawa hubungan erat antara isteri dan saudara kembarnya rupa-rupanya menjadi petunjuk bahawa mereka sebenarnya menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuannya, lapor Daily Star.


Menerusi satu pengakuan yang dimuat naik di laman perkongsian Reddit, lelaki tersebut memberitahu bahawa hubungan sulit itu bermula sejak tiga tahun lalu.


Gambar hiasan

“Saya tidak pernah menyangka bahawa dua individu yang paling rapat dengan saya di dunia ini akan melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.

“Enam ahli keluarga telah berpecah-belah akibat perkara ini termasuk ibu dan adik beradik saya yang lain yang tersepit di tengah-tengah keadaan,” katanya.


Tambah lelaki itu, sepanjang tiga tahun lepas, dia tidak pernah mengesyaki sebarang perkara mencurigakan antara isteri dan saudara kembarnya, termasuk isteri kembarnya itu.

“Kembar dan isteri saya amat rapat dan saya tidak pernah mengesyaki mereka.

“Mereka sering bermain permainan video bersama dan saya tidak mempunyai sebarang isu melihatkan perkara itu,” ujarnya.

Tambah lelaki tersebut, meskipun isteri dan kembarnya telah meminta maaf, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana sedar bahawa perkara itu akan mengubah kehidupannya dan keluarganya selepas ini.

“Kami (bersama saudara kembar) tidak akan bercuti bersama lagi dan ulang tahun kelahiran kami berdua yang ke-40 juga akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Perkongsian lelaki itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyelar tindakan isteri dan saudara kembarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-10-2021 01:53 PM
Pergilah pula curang dengan isteri kembar awak tu.. Balas dendam {:good
Quote uori 3-10-2021 01:54 PM
macam mana leh kantoi?
si bini tersilap terpeluk kembar ke apa?
Quote KIM.K 3-10-2021 02:01 PM
Muka sama kan. So apa yg dia nak taste lain sikit
Quote AbukRokok 3-10-2021 02:12 PM
hampir2 ya ayu begini
Quote sharlenetexas 3-10-2021 02:15 PM
Kata2 cantuk hensem boleh mencurang kan?
Quote noor2 3-10-2021 02:29 PM
uori replied at 3-10-2021 01:54 PM
macam mana leh kantoi?
si bini tersilap terpeluk kembar ke apa?

Mcm pernah baca ayat ni...hehe
Quote uori 3-10-2021 02:35 PM
noor2 replied at 3-10-2021 02:29 PM
Mcm pernah baca ayat ni...hehe

tiada kaitan dengan yang hidop ataupun yang mati
Quote edayildiz 3-10-2021 02:37 PM
kembar ni kdg dia punya taste tu sama..mcm dulu pun ex acik ritrud ngn adik dia pun dedua pun berebut nk acik ritrud..mayb skrg dia sujud syukur tak dpt ritrud dulu
Quote nakkomenjugak 3-10-2021 02:44 PM
Jangan bagi alasan tertukar laki
Wahhhh betul tikam belakang
Quote slyfynx 3-10-2021 03:00 PM
Dengan pasangan kembar suami kan?
Aku baca tajuk igtkan incest dengan kembar isteri tu sendiri
Quote Rdizz 3-10-2021 03:04 PM
KIM.K replied at 3-10-2021 02:01 PM
Muka sama kan. So apa yg dia nak taste lain sikit

Ha'a muka dah sebijik sama, apa yg dia cari lagi, mesti life values pun nk sama sbb dididikan dr mak pak yg sama, heran jugak.
Quote kelapaparut 3-10-2021 03:21 PM
KIM.K replied at 3-10-2021 02:01 PM
Muka sama kan. So apa yg dia nak taste lain sikit

sex performance bbeza kot walau size same gitcheww
Quote mily 3-10-2021 03:32 PM
Berpisah... Sanggup ke,  kalau curang biasa2 telefon tu xpe.  Kalau curang sampai katil mmg x sanggup nak hidup sama.  
Quote darkness 3-10-2021 03:42 PM
Aku paling benci pasangan curang ni. Titik
Quote Fortiori02 3-10-2021 03:51 PM
Tak de guarantee wife ngn kembarnya tak mencurang lagi, bek carik org lain je.
Quote jazaa100 3-10-2021 03:56 PM
Aku ada kenal sorang pompuan ni.....nk kata bodoh pun blh.....selalu kuar dgn kembar laki dia.   Pi beli brg dapur sesama....mcm laki bini.....

Pastu selamba cite, nanti ada le org tegur sembang dgn kembar laki dia, rupanya silap org....
dah org tgok kau ada sekali kannn.....mesti lah ingat tu laki kau.....
Quote ChildrenOfBodom 3-10-2021 04:08 PM
LOL posting di REDDIT dijadikan bahan berita?
Quote Cik_jantung 3-10-2021 04:08 PM
Edited by Cik_jantung at 13-1-2022 10:01 PM
jazaa100 replied at 3-10-2021 03:56 PM
Aku ada kenal sorang pompuan ni.....nk kata bodoh pun blh.....selalu kuar dgn kembar laki dia.   Pi  ...


..........
Quote Normabaru 3-10-2021 04:55 PM
curang itu pilihan yach..xde istilah xsengaja segala...titik

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.170765 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top