CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memandu Ikut Hukum Islam, Aceh Terbit Buku Fiqah Lalu Lintas

2-10-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2513| Komen: 10

Description: Jabatan Trafik Polis Aceh menerbitkan buku fiqah lalu lintas yang menjadi panduan untuk memandu di jalan raya berdasarkan hukum Islam.
Jabatan Trafik Polis Aceh menerbitkan buku fiqah lalu lintas yang menjadi panduan untuk memandu di jalan raya berdasarkan hukum Islam.

CNN Indonesia melaporkan, Pengarah Jabatan Trafik, Dicky Sondani berkata, penerbitan buku berkenaan ekoran berlaku banyak pelanggaran dan kemalangan lalu lintas di wilayah Serambi Mekah itu.


“Kami membuat buku perundangan lalu lintas ini kerana keadaan pelanggaran lalu lintas dan kemalangan di Aceh cukup tinggi. Buku ini disusun agar orang ramai menggunakan jalan raya menurut hukum Islam,” katanya dipetik Antara.


 Anggota polis mengawal lalu lintas di Lhokseumawe, Aceh. - ANTARA

Menurut beliau, melalui buku itu orang ramai diharap mematuhi undang-undang Islam dalam menggunakan jalan raya sehingga dapat mengurangkan jumlah pelanggaran undang-undang dan kemalangan.

Jelasnya, peraturan lalu lintas pada dasarnya diatur dalam al-Quran dan hadis.

Buku fiqah itu katanya, meneroka dengan lebih mendalam peraturan lalu lintas yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

“Memang al-Quran tidak menyebut penggunaan topi keledar tetapi menyebut menjaga keselamatan,” katanya.

Tambahnya, buku itu disusun hasil kerjasama beberapa pihak termasuk Universiti Islam Negeri Ar Raniry, ahli agama dan Majlis Permusyawaratan Ulama.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 2-10-2021 04:41 PM
Idk laa. Kat malaysia ni so called islamik yang jenis pakai kopiah n pakai tudung labuh tak pun yg jenis tampal ayat bismillah or qursi kat cermin kereta ni la yg ramai kurang ajar. Bawak keta tak mahu tolerate dengan org lain..{:smile
Quote bakingsoda 2-10-2021 05:21 PM
vee_zara replied at 2-10-2021 04:41 PM
Idk laa. Kat malaysia ni so called islamik yang jenis pakai kopiah n pakai tudung labuh tak pun yg j ...

mmg ada pon justify bawak kete cam babi dgn salahkan jalan, salah jkr, salah semorang kecuali dia yg melanggar had laju
Quote sekngucing 2-10-2021 06:07 PM
Memandu cara islam? Bodoh..memandu ikut hukumnya haram..sebab asap tu beracun..membahayakan haiwan..alam.sekitar
Quote abangbikerz 2-10-2021 06:10 PM
sebelum memandu kena bismillah dan mengucap dulu. dah sampai kedestinasi sadakallahulazim. gitulah kot
Quote umbut 2-10-2021 06:50 PM
Macam2 lah..  haritu pasal baju tak labuh pun kena tangkap.. kalo aku dok acheh cepat2 lari gi pindah jakarta.
Quote JohnyEnglish 2-10-2021 06:52 PM
Alhamdulillah.harap serambi mekah cawangan msia ikut sekali
Quote Punat_button 2-10-2021 07:03 PM
kalau tengah bawa kete azan berkumandang kena berhenti ka?

Quote nakkomenjugak 2-10-2021 07:14 PM
Seberang never fails to amaze me

Weols sini, dah belajar sivik tatarakyat kelas memandu pun dah macam orang kesurupan bila dekat jalan
Yang mabuk jangan kata laaa
Dia mati sorang takpe
Ni berjemaah terus dibawaknya
Kekadang bukan dia yang kiokkkk pun!
Quote helicornia 2-10-2021 09:51 PM
Tim menteri yg potong dabel line kena baca buku ni
Quote Mr_Beruk 2-10-2021 10:24 PM
Langkah yang baik daripada pemerintahan Isle Acheh.


Memandu ni sa-memang-nya adalah cara hidop orang kapir. Buat apa nak tiru kehidopan orang lain sedangkan kita ponyai cara kehidopan tersendiri.

Mungkin selepas ini kita dapat melihat orang-orang beriman di Acheh menunggang kuda, unta, kaldai dll samada otw pi kerja, meronda-ronda bandaraya ataupun berperang sepertimana kehidopan orang-orang beriman dahulu kala. Siapa tahu kan?

It's a way of life gitu..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.189421 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top