CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mirip Pelakon Squid Game Pemain Nombor 212, Wanita Ini Menggeletar Video Di Repost Kim Joo-Ryoung

7-10-2021 11:15 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9816| Komen: 44

Description: Drama bersiri Squid Game kini menjadi fenomena dan trending di seluruh dunia selepas ditayangkan di Nexflix.



Drama bersiri Squid Game kini menjadi fenomena dan trending di seluruh dunia selepas ditayangkan di Nexflix.

Malah drama dari Korea Selatan ini mencipta sejarah mengungguli senarai 10 drama teratas di Nexflix Amerika Syarikat 2 minggu lalu.

Menariknya, seorang wanita dari Malaysia menjadi tular di aplikasi TikTok gara-gara wajahnya mirip pelakon Kim Joo-ryoung atau pemain nombor 212, Han Mi-nyeo.

Pemilik nama Atty Azni Abu Azal yang belum menonton drama Squid Game tidak menyangka dirinya mendapat perhatian sekelip mata gara-gara menuruti permintaan bos dan rakan sekerja untuk membuat video TikTok mengenai persamaan wajahnya dengan pelakon nombor 212 itu.


Memetik mStar, Atty yang bekerja dalam industri penyiaran terkejut besar apabila video yang dikongsikan oleh seorang rakan sekerjanya di aplikasi TikTok pada Khamis lalu mendapat liputan meluas sehingga meraih 3.7 juta tontonan setakat ini.

"Lepas lunch, ofis macam "Bursa Saham', semua kecoh pasal view video tu naik mencanak. Paling klimaks apabila pelakon itu sendiri repost (berkongsi semula) video tu di story IG dia.


"Saya menggeletar bila pelakon Korea tu sendiri kongsi video yang ada muka saya. Tak sangka dia perasan video tu dan repost", ujar Atty yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Oleh kerana videonya menjadi tular dan dikongsi semula oleh pelakon berkenaan, Atty tergerak hari untuk mula menonton siri drama popular itu sejak Sabtu.


"Saya baru tengok episod satu, saya akan cuba menonton sehingga ke episod akhir untuk hiburan semata-mata. Saya terbaca komen-komen netizen pasal "makcik toilet dah bertaubatlah, dah berhijablah" dan saya anggap ia sekadar gurauan lucu", katanya yang merujuk kepada satu adegan panas dalam Squid Game yang dimainkan oleh watak Han Mi-nyeo.


Squid Game yang dilakonkan pelakon hebat Lee Jung-Jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo mengisahkan tentang 456 peserta yang mempunyai masalah kewangan direkrut dalam satu siri permainan kanak-kanak dan peserta yang kalah disetiap permainan akan tersingkir (dihukum mati).

Hadiah pemenang yang berjaya menghabiskan permainan dan keluar hidup-hidup adalah wang tunai berjumlah 45.6 bilion won (RM161 juta). - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 7-10-2021 11:22 PM
pemes bethol cite ni
ok letew untung kakak aty..alah kwn i ckp i sama mcm rentis korea gak
Quote cmf_ctrl 7-10-2021 11:25 PM
pelakon paling psiko tapi boleh jadi kembar ni. mirip banget
Quote mawardia 7-10-2021 11:37 PM
Kaka terbaca prkataan 'klimaks' tu 'kimaks'
Buat seketika kaka terkejut
Namun tersedar
Maafin kaka
Utk tak OT: tak sama pun?
Quote jajahoney 7-10-2021 11:44 PM
best ke cerita ni.tak dak nexflix nak tengok jugak
Quote trexxxxxi 7-10-2021 11:57 PM
Gosip tempatan ke ni?
Lebih sesuai di kongsi tular ya
Quote jejai 8-10-2021 12:02 AM
baik layan drama fattah amin ngan diana daneil kat viu
Quote ketupatnasi 8-10-2021 12:35 AM
jajahoney replied at 7-10-2021 11:44 PM
best ke cerita ni.tak dak nexflix nak tengok jugak

Ye kann.. Sana sinih squid. Kupikir squirt mulanya. Ahahaha.

Tapi tade rasa nak tengok lagi buat masa ni.
Quote dudaberhias 8-10-2021 12:40 AM
jajahoney replied at 7-10-2021 11:44 PM
best ke cerita ni.tak dak nexflix nak tengok jugak

best.... cumanya memang siri ni overhype...
plot story dia menarik... sape nak tengok tolong lah skip episod 1-3 sebab tu episod paling bosan, tengok terus je episod 4 ke atas,
nak cerita pasal karakter masing2 tu patutnya episod 1 lagi dah siap habis bercerita... tu yang mula2 tengok bosan gila siri ni...


mula2 je iols gigih cheering masa babak game2 di mainkan tu... sebab dia macam rasa suspen gittew sape yang bakalan mampos...
ulang balik... choiii bosan... tengah menanti the witcher season 2 tak sabarnya...
Quote TeropongThaico 8-10-2021 12:43 AM
Pemes jab kaka ni
Tp ai tengok kalau sama cam adik kakak mungkin la. Kalau nak kata sama sgt tu tak kot
Quote jajahoney 8-10-2021 01:10 AM
ketupatnasi replied at 8-10-2021 12:35 AM
Ye kann.. Sana sinih squid. Kupikir squirt mulanya. Ahahaha.

Tapi tade rasa nak tengok lagi bua ...


siyesla squirt? tu dah jadi porno la kan

Quote jajahoney 8-10-2021 01:12 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 12:40 AM
best.... cumanya memang siri ni overhype...
plot story dia menarik... sape nak tengok tolong lah  ...


nexflix kena bayar kan.. iflix je free kan?? hmmm tak tengok sampai sudah la jawabnya, malas nak subscribe sebab astro ni pun jarang tengok





Quote orkid_amani 8-10-2021 01:23 AM
jajahoney replied at 7-10-2021 11:44 PM
best ke cerita ni.tak dak nexflix nak tengok jugak

Boleh tengok kat website dramacool ja uols..free tapi kena bertabah la dgn ads tu
Quote cikgojesss 8-10-2021 01:32 AM
boleh laaaa tapi ada part yg bosan.. geygeh akak bersengkang mata nonton sampai 9 episod yihh
Quote Normabaru 8-10-2021 01:33 AM
jajahoney replied at 8-10-2021 03:10 AM
siyesla squirt? tu dah jadi porno la kan

klu kaka..xkoser nk repost..dh la dlm tu watak soforn org tue gatai siap ada part lucah..nnt satu hal nk jelaskn kt ank..
pastu muka ko sbnrnye xdela sama pon..so xpyhla nk perasan



Quote Perawankota 8-10-2021 02:17 AM
Apesal aku tak leh scroll ke bawah, bila ada attachment Dr ig? Sakit lak hati.. Seme thread lak tu.. Ke hp aku je mcmtu.. Sblum ni dh jadi.. Pastu dh OK. Ni jadi balik.. Nak tak nak, kena kuar balik, pastu masuk balik scroll laju
Quote tupai 8-10-2021 02:35 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 12:40 AM
best.... cumanya memang siri ni overhype...
plot story dia menarik... sape nak tengok tolong lah  ...

Ye ke, i tgk epi 1 then bosan yakmat terus stop tgk
Quote dudaberhias 8-10-2021 02:40 AM
tupai replied at 8-10-2021 02:35 AM
Ye ke, i tgk epi 1 then bosan yakmat terus stop tgk

memang pun bosan yakmat ep1 hingga 3... kaka terus skip ep 4 ya untuk tengok bahagian best...
tak pun ep 6 terus

1-3 slow ya amat... terlampau lama nak cerita asal usul karakter di campur babak2 latar belakang yang tak perlu langsung...
Quote tupai 8-10-2021 02:42 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 02:40 AM
memang pun bosan yakmat ep1 hingga 3... kaka terus skip ep 4 ya untuk tengok bahagian best...
tak ...

Plus oppa nya agak comot terus turn off nk tgk hahaha
Quote dudaberhias 8-10-2021 02:44 AM
tupai replied at 8-10-2021 02:42 AM
Plus oppa nya agak comot terus turn off nk tgk hahaha

kan... terlupa pula takde jejan herlokk langsung... patut la bosan jah ep 1-3...cuba kalau herlok2... dengan iols2 sekali hypekan squid game ni dalam porummm
kalah mamasabariah punya ratiban kek kambuihhh...

harap2 next season deorang cari karakter2 herlok2 jah... tak perlu la muda sebab macam tak logik muda2 join squid game...
tapi janji herlokkk agittewww...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071489 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top