CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saudara Saya Ikhlas, Jamin 100 Peratus Dia Akan Setia" - Wanita Minta Suami Poligami

2-10-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4795| Komen: 33

Description: Seorang wanita di Indonesia membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa rela suaminya berkahwin dengan saudaranya sendiri kerana bimbang tiada sesiapa yang akan menguruskan lelaki itu apabila dia s ...
Seorang wanita di Indonesia membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa rela suaminya berkahwin dengan saudaranya sendiri kerana bimbang tiada sesiapa yang akan menguruskan lelaki itu apabila dia sudah tua, lapor laman berita Merdeka, baru-baru ini.


Menerusi satu video di TikTok, wanita tersebut berkata, dia bimbang sekiranya suaminya berkahwin dengan wanita yang akan menyakitinya, lantas memberi cadangan agar lelaki itu menikahi saudaranya.


Kredit foto: TikTok

“Nanti apabila saya sudah tua, kami hanya tinggal berdua.

“Pada siapa harus saya berharap ketika tulang saya sudah tidak kuat (untuk menguruskan rumah tangga)? Jadi, saya menyuruh suami saya berkahwin dengan saudara sendiri yang sudah diketahui kebaikan dan latar belakangnya,” kata wanita tersebut.


Tambah wanita itu, saudaranya turut menunjukkan keikhlasan untuk dipinang menjadi isteri baharu suaminya meskipun tanpa sebarang mas kahwin.



“Kalau dengan saudara sendiri, saya jamin 100 peratus bahawa dia akan setia.

“Buktinya, saudara saya begitu ikhlas. Saya katakan kepadanya agar dia menerima suami saya seadanya,” ujarnya.

Perkahwinan tersebut akan diadakan tidak lama lagi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 2-10-2021 04:49 PM
Klu sedara tu trima somi seadanya tp x trima istri tu d kemudian hari, mau bolot somi utk dia sorang ja, camana...agak2 istri tu nyesal x?
Quote edayildiz 2-10-2021 04:54 PM
sapkok acik ni..sebok jer la nk risau toklaki..mbak kiok nnti pandai la dia cari ikut taste dia..
Quote makcun14 2-10-2021 05:59 PM
Koser la sis. Hati hitam i kuat membawang mengatakan  mesti si bini ada skandal anak ikan kan, tu yang sibuk suruh laki polygamy.
Biar senang nak berskandal kat rumah bila laki singgah rumah madu
Quote Mini.Me 2-10-2021 06:28 PM
Saudara nya tu muda ke tua? So sebenarnya sheols nak carikan bibik tuk jaga diorang laki bini bila dah tua laa khensss
Quote umbut 2-10-2021 06:39 PM
Kalo bewakkk miskin setakat nak jadi bibik ko baik xyah
Quote nakkomenjugak 2-10-2021 07:08 PM
Lohhhhh madu sekadar bibik jelaaa nanti?
Hmm lantakkk
Quote Punat_button 2-10-2021 07:15 PM
makcun14 replied at 2-10-2021 05:59 PM
Koser la sis. Hati hitam i kuat membawang mengatakan  mesti si bini ada skandal anak ikan kan, tu ya ...

bini muda tu lah skandal acik pengkid versi kampungan ni
sambil2 sapkok






Quote kitmal9545 2-10-2021 07:55 PM
"Nanti apabila saya sudah tua, kami hanya tinggal berdua.


“Pada siapa harus saya berharap ketika tulang saya sudah tidak kuat (untuk menguruskan rumah tangga)? Jadi, saya menyuruh suami saya berkahwin dengan saudara sendiri yang sudah diketahui kebaikan dan latar belakangnya,” kata wanita tersebut."

Maksudnya jadi bibik seumur hidup tanpa gaji minima.....................alasan poligami
Quote SalenaGomez 2-10-2021 08:29 PM
makcun14: Koser la sis. Hati hitam i kuat membawang mengatakan  mesti si bini ada skandal anak ikan kan, tu yang sibuk suruh laki polygamy.Biar senang nak bersk ...


Ni duk skali kot no…suruh kawen sebab nak jadi kuli buat keje… siap xde mas kawen…apalah …at least bg lah telekung ke al quran ke…pelik2 je indon
Quote SalenaGomez 2-10-2021 08:30 PM
edayildiz: sapkok acik ni..sebok jer la nk risau toklaki..mbak kiok nnti pandai la dia cari ikut taste dia..


Mmg cepat mati kot …siap pakej sapkok lagi…hahaha
Quote I.K.A888990 2-10-2021 08:38 PM
bair la laki tu jg diri sendiri
dok sibuk nk pilih maid pukaj utk dia
Quote Friska 2-10-2021 08:45 PM
Alhamdulillah, calon madu yang penuh pengertian
Quote Suchi 2-10-2021 09:08 PM
Sabar laa dulu ko belum reput pun lagi tulangnyaa tak paham tul iols.

Quote naina 2-10-2021 09:20 PM
Takk kenapa nak susahkan diri fikir masa tua sapa nak uruskan laki ko..sama2 tua sama2 la hadap sakit pening tu
Ni ko tua sakit lepastu laki ko bersedap2 dengan perempuan lain.
Quote TeropongThaico 2-10-2021 10:40 PM
Ada bau2 nak buat bibik je ni Redha le sangatttt
Quote trexxxxxi 3-10-2021 12:18 AM
Friska replied at 2-10-2021 09:45 PM
Alhamdulillah, calon madu yang penuh pengertian

Ka friskie gimana kandungannya apa baik2 aja?
Quote dua_chzy 3-10-2021 12:24 AM
Punat_button replied at 2-10-2021 07:15 PM
bini muda tu lah skandal acik pengkid versi kampungan ni
sambil2 sapkok

Yeszzzaaaaa

Terjadilah pilim Berbagi Suami di dunia nyata.
Quote edayildiz 3-10-2021 12:31 AM
trexxxxxi replied at 3-10-2021 12:18 AM
Ka friskie gimana kandungannya apa baik2 aja?

ikhlas kew tue tanya gitu?
Quote Friska 3-10-2021 09:17 AM
trexxxxxi replied at 3-10-2021 12:18 AM
Ka friskie gimana kandungannya apa baik2 aja?

Alhamdullilah kandungan saya sehat, estimated date of delivery 21 Maret 2022 Kakak

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.220793 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top