CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Halau Lalat, Rumah Yang Terbakar

9-9-2020 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2313| Komen: 9

Warga emas kerugian selepas sebahagian rumahnya terbakar apabila dia cuba menghalau lalat menggunakan pemukul lalat elektrik.

BBC melaporkan, ketika kejadian lelaki berusia lingkungan 80-an itu sedang bersiap untuk makan malam apabila dia berasa terganggu dengan bunyi lalat berterbangan.



Gambar hiasan

Tidak tahan dengan keadaan itu, dia mengambil pemukul lalat elektrik untuk menghalau serangga berkenaan, malangnya dia tidak menyedari berlaku kebocoran gas di rumahnya.

Berlaku percikan api yang kemudian menyebabkan letupan, lalu memusnahkan dapur dan sebahagian bumbung rumahnya di kampung Parcoul-Chenaud di Dordogne, Perancis.

Menurut laporan media tempatan, mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan hanya mengalami luka bakar di tangan.

Bagaimanapun, rumahnya itu tidak dapat dihuni buat sementara waktu sehingga kerja-kerja membaiki selesai. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arm_band 9-9-2020 11:10 AM
Tidak tahan dengan keadaan itu, dia mengambil pemukul lalat elektrik untuk menghalau serangga berkenaan, malangnya dia tidak menyedari berlaku kebocoran gas di rumahnya.


omg so dangerous   kesian tokwan
Quote husna_amal 9-9-2020 11:16 AM
Kesian pula nasib yang menimpa orang tua ni.
Quote mehoney 9-9-2020 11:19 AM
Kesiannya, dahla tua.
Quote Artemesiaa 9-9-2020 11:28 AM
Bahaya betul, sebab tu penting periksa sistem gas dirumah selalu kalau ada kebocoran boleh cepat2 dibaiki sebelum ia mengundang bahaya.
Quote duri_durians 9-9-2020 11:40 AM
siannya pakcik  
Quote NekNgah 9-9-2020 02:13 PM
Bila terbaca pasal kebocoran gas, terasa sangat-sangat nak gantikan dapur di rumah.  Tak perlu guna gas, guna elektrik aje.

Lebih-lebih lagi bila anak-anak yang memasak di dapur.  
Quote kroit92 9-9-2020 10:28 PM
so.. ada cadangan camane nak halau lalat?

area taman kami, ada masalah lalat ni. sebab kebun and kandang orang kampung.

macam2 cara dah guna. rasa nak beli flamethrower je
Quote Ain_h 26-1-2021 02:30 AM
Kena beli pelekat lalat tuh aunty
Quote FanTasyCreaTioN 26-1-2021 05:54 AM
Ain_h replied at 26-1-2021 02:30 AM
Kena beli pelekat lalat tuh aunty
Tolong jangan naik kan Thread lama jika takde Update baru.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051846 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top