Ustaz Abu Syafiq meluahkan pendapatnya bahawa pendapatan hasil menjadi seorang YuTuber kebanyakannay adalah haram. Pendakwah sensasi itu menyatakan pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.
"Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. "Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. "Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit," tulisnya menerusi Instagram. Menurutnya lagi, lebih elok untuk elakkan diri daripada fitnah kerna banyak lagi pekejaan yang boleh dilakukan di luar sana. "Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah. "Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga." Bagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa yang dimaksudkannya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|