Dengar cerita Miss K dari Gempak, ada seorang selebriti yang kini menjadi wajah sebuah produk kaki propa dan penipu. "Bukan main jual produk itu ini, tapi terdengar pula dakwaan yang dia tak amalkan pun produk tu!
"Dakwa rakan Miss K, selebriti tu pergi jumpa pakar perubatan, buat beberapa prosedur dan pembedahan, lepas tu dakwa hasilnya semua adalah kerana produk tu. Nak lariskan produk ke tu?" ujarnya. Miss K bagaimanapun enggan komen lanjut mengenai dakwaan berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak bergantung harap dengan produk semata-mata untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan langsing. Tak cukup dengan itu, Miss K menggambarkan selebriti terbabit sering membatalkan temu janji untuk penggambaran di saat akhir. "Tiba-tiba, bila sampai hari yang dinantikan iaitu hari shooting, dia boleh cancel last minute! Terkebil-kebil semua kru produksi yang menanti kelibat selebriti ni dengan semua persiapan.
"Lepas tu bila nak cancel, boleh pula dia bagi alasan tak munasabah. Terlupalah, dah ada hal lainlah," katanya. Hisy, memang berapi kalau berdepan orang bersikap begini. Siapalah selebriti dimaksudkan tu? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 18-7-2020 11:46 AM
Produk Aura Cinta White ni merupakan produk keluaran Bumiputera dan diyakini halal. Saya ni memang s ...
"Tiba-tiba, bila sampai hari yang dinantikan iaitu hari shooting, dia boleh cancel last minute! Terkebil-kebil semua kru produksi yang menanti kelibat selebriti ni dengan semua persiapan.
"Lepas tu bila nak cancel, boleh pula dia bagi alasan tak munasabah. Terlupalah, dah ada hal lainlah," katanya.
RatuDunia94 replied at 18-7-2020 11:36 AM
Berlambak je kan.. retis2 yg jd duta atas kontrak je.. mmg x consume pun produk2 tu.. katanye mencub ...
RatuDunia94 replied at 18-7-2020 11:43 AM
Kulit saya ni memang sensitif, jadi agak sukar mencari produk yg sesuai dgn kulit saya. Tapi sejak ...
ADVERTISEMENT