Nadya Syahera reda apabila keguguran anak kembar ketika usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu. Berkata kepada mStar Online, pelakon itu mendakwa ia mungkin disebabkan nanas muda yang dimakannya.
"Saya tak tahu yang saya hamil sehingga beberapa minggu lalu saya ada membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya hamil anak kembar. Sebelum itu, saya memang tak tahu sedang hamil. "Jadi, saya ada makan macam-macam masa hari raya tempoh hari. Saya ada juga makan nanas muda, tapi waktu itu memang saya tak tahu sedang berbadan dua. Mungkin disebabkan itu saya alami keguguran. "Selepas jalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada pendarahan dalam. Alhamdulillah saya selamat menjalani proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal pada pagi, Isnin," katanya kepada mStar. Tambahnya, suami yang bersungguh-sungguh berharap akan dikurniakan anak kembar reda dengan ketentuan Allah SWT. "Suami saya yang paling sedih apabila dapat tahu yang saya disahkan mengalami keguguran sebab dia memang sangat mengharapkan untuk dapat bayi kembar. Bila suami dapat tahu saya hamil anak kembar, dia orang paling gembira. "Memang dia nak sangat ada anak kembar memandangkan ramai dalam kalangan ahli keluarganya mempunyai kembar. Tapi apa-apa yang terjadi saya dan dia reda. Kami anggap ini bukan rezeki dan Allah sebaik-baik perancang," ujarnya. Nadya dan Fizul Nawi berkahwin pada 25 September 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2. - CARI
|
JohnnyLever replied at 16-6-2020 12:10 PM
ini budak kalau berlakon make up dia muka macam muka ular jadian juga
dua_chzy replied at 16-6-2020 12:28 PM
Aik, ko jeles kat budak ni ke? Macam ko kata kat thread Juma tu la, poromer sana yang kutuk Juma j ...
weezerfan replied at 16-6-2020 04:18 AM
Drama dua tiga tapi gossip kemain meriah. Kerja beranak pulak tu walau laki gatey kotey
RatuDunia94 replied at 16-6-2020 12:42 PM
Celaka betul la iklan video syampoo head n shoulder kat forum cari ni.. menyusahkan betul utk aku te ...
Asdira replied at 16-6-2020 01:25 PM
Teringat dia berlakon dgn nana & alif..jahat sungguh watak dia..dgn lipstik merah menyala...
ADVERTISEMENT