Kemelut politik di Malaysia bukan sahaja dirasai oleh golongan marhein, namun memberi impak terhadap artis juga. Namun, ianya jarang diperkatakan anak seni dengan alasan ia di luar bidang kuasa mereka. Namun, berlainan dengan aktor Bront Palarae yang telah beberapa kali menulis kritikan sosial terhadap sistem politik negara. Terbaharu, Bront meminta golongan elit dan berjawatan menghentikan drama politik mereka kerana rakyat sudah muak dengan situasi tersebut. Cerita yang kononnya mahu membantu rakyat Malaysia sebenarnya hanyalah omongan semata-mata. Begitu tajam dan padu kritikan Bront dan dipersetujui warga maya. Merujuk kepada artikel di portal The Edge yang memaparkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganggur meningkat hampir 50 peratus pada April 2020 sangat menakutkan. Malah, menurut Bront, ahli politik yang mendakwa mereka berkorban sebenarnya telah mengorbankan rakyat sendiri kerana terlalu sibuk mengejar kuasa. Pelbagai cadangan yang dilontarkan di ruangan komen seperti sistem demokrasi baru, ahli politik yang lebih muda bagi menggantikan golongan warga mas, malah ada yang mencadangkan supaya aktor The Bridge itu sendiri menubuhkan parti baru. Sebaliknya, Bront memberi cadangan kepada bakal pengundi supaya membuat pilihan ke atas calon dan bukannya parti politik. Ini adalah supaya trend politik berubah, sekali gus memberikan pengajaran kepada ahli politik yang rakus.
Wah! Memang mengikuti perkembangan semasa dan memberi idea yang bernas betul, Bront. Ya, tak semua mampu berpolitik, namun Bront menunjukkan yang artis juga mampu berfikir secara matang mengenai isu semasa. Jadi, suarakan pendapat anda supaya ia lebih didengari. - CARI |
ADVERTISEMENT