Kejadian dalam video tular yang menunjukkan penghantar makanan wanita ditendang seorang lelaki di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa kini dalam siasatan polis. Memetik AWANI, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kedua-dua pihak dipanggil untuk dirakamkan keterangan. "Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua. "Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. Terdahulu, tular video menunjukkan seorang penghantar makanan wanita ditendang beberapa kali oleh lelaki terbabit.
Menurut Sinar Harian, berikutan kejadian beberapa penghantar makanan berkumpul untuk menunjukkan tanda protes di hadapan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Nahnukutu replied at 20-5-2020 08:22 AM
mohon polis juga siasat komen2 dalam thread satu lagi.
rasis
CiliPadiSedap replied at 20-5-2020 07:00 AM
orang awam memang gusar pun. moga keadilan dapat di tegakkan
Nahnukutu replied at 20-5-2020 04:22 PM
mohon polis juga siasat komen2 dalam thread satu lagi.
rasis
pokaibanktokyo replied at 20-5-2020 05:41 PM
Aku nak ajak cibai tu bertomoi dalam gelanggang siap ada pengadil sekali...agak agak okay tak ? Seta ...
Simunggu replied at 21-5-2020 02:43 AM
same old story...kalau dia tendang kena kamu komen jadi racist..polis siasat...kalau dia kena tendan ...
ADVERTISEMENT