CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nak Bagi, Saya Terima Tapi Jangan Desak Tanya Bila Nak Post"- Janna Nick Kenapa?

20-5-2020 10:14 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18043| Komen: 114|Original author: Oleh: Cari-Azza



"Saya memang tak buat IG review. Tapi bila orang bagi makanan, saya terima. Cuma, tak bolehlah anggap ia komitmen nak pos bila."

Aktres, Janna Nick meluahkan kekesalannya mengenai isu peniaga online yang semakin melampau dalam hantaran terbaharu di laman Instagramnya. 

Ia rentetan mereka mendesak aktres itu membuat ulasan produk dengan alasan, barangan sudah diterima oleh Janna, tetapi tiada ulasan mengenainya.


Kredit foto: IG


Menurut Janna, dia menerima pelbagai makanan dan barangan daripada pengikutnya, tetapi tiada sebarang perjanjian untuk mengulasnya. 

Itupun dia menerimanya kerana menghargai pengikut. Tetapi, hal ini menjadi lebih merimaskan apabila ada yang bertanya, bila Janna mahu membuat ulasan atau video mengenai barangan tersebut.



Bagi Janna, review yang dibuatnya adalah percuma dan ianya ikhlas. Namun, apabila ada desakan sebegini, ia seolah-olah komitmen yang mengikat dirinya dan keterpaksaan itulah menjadikan hal ini tidak seronok.

"Kalau anda buat bisnes online, mesej nak bagi makanan, saya terima. Tapi, tak boleh anggap ianya komitmen untuk disiarkan."


Kredit foto: IG

Menurut Janna, ianya semakin kerap berlaku apabila orang sama yang pernah diulas barangannya menghantar produk lain (kerana tahu alamat rumah Janna) lalu, terus-terusan bertanya bilakah ulasan tersebut akan disiarkan.

"Saya bukan tak support online business, tapi you all pun kena ikhlas bagi, bukan mengharapkan balasan posting sebagainya."


Kredit foto: IG

Lebih penting, Janna juga terpaksa membahagikan ruang yang ada dengan membantu rakan-rakannya yang terdesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersysrat (PKPB) ini.

"Kawan-kawan saya sendiri minta tolong post. Maklumlah dulu bekerja tetapi sekarang buat bisnes. Saya pun banyak lagi posting untuk kawan juga."

Di ruangan komen, rakan selebriti turut berkongsi pandangan sama dengan Janna.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Betul juga luahan Janna Nick itu. Di kala semua bergelut untuk bangkit kembali era Covid-19 ini, jangan pula ada yang mengambil kesempatan ya. Kata kuncinya, berpada-padalah ya. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rara77 20-5-2020 10:25 AM
Lain kali sila jujur
Quote fuyupoktek 20-5-2020 10:25 AM
Abis cane diorg leh anta kerumah chuols kalo chuols xbg alamat
Quote blekkep 20-5-2020 10:31 AM
fuyupoktek replied at 20-5-2020 10:25 AM
Abis cane diorg leh anta kerumah chuols kalo chuols xbg alamat

bace lar btol2 dek ade sheols ckp tuh
Quote dua_chzy 20-5-2020 10:31 AM
Yang kau ambik tu dah kenapa? Play victem pulak.
Quote Aunty_Acid 20-5-2020 10:41 AM
Ucap tq je la kat igs x bole ke? X yah la nk review2.
Yg pemenat tu pdn la muka korang. Nk minat retis tu berpada2 lah.

Quote September14 20-5-2020 10:45 AM
Sepatutnya masa msg nak hantr makanan tu bgtau siap2 retis tu suruh buat story. Kalau diorg xnak xyh la hantar. Mcm blagak sgt pulak bila diorg ni bnyk bunyi. Klu pos gambar lpstu ckp tq pun dah ok kut. Keje x sampai 2 minit.
Quote bluebutter 20-5-2020 10:59 AM
Lawa Janna!!! Tk bermekap pun. Muka budak lagi. Lawa dia.
Quote missinpiece 20-5-2020 11:15 AM
Kisahnya peminat@pengusaha makanan
kirim mcm2 makanan kat retis mereka dengan harapan dpt free review la kekdahnya. Org mcm ni kalau retis post ucapan terima kasih kat ig pon x memadai sebab tujuan awal mereka mmg nakkan free review semata
Itu baru retis, iols kirim kuih raya kat sedara pon xde sebarang bunyi drp theyols, iols anggap mereka busy jelaaa..
Quote amal12bh 20-5-2020 11:15 AM
iols pun x sebelahkan sape2. masing2 ada hak. artis yg terlebih baik hati mcm dct tu mmg rajin post kt igs siap tag lagi. mmg dia membantu peniaga2. artis yg x buat review free pun bukan x baik. cuma mungkin xde masa. so iols rasa xde sapa salah. peniaga la yg kena faham.
Quote pencintaABC 20-5-2020 11:20 AM
Nak cari retis mcm toktie yg tak merempan bila buat free IG review susah la kan? Sbb tu la neliau kekal sampai sekarang sebagai penyanyi bernombor.
Quote giyomi 20-5-2020 11:28 AM
yes, sbole2nya bagitau kat depa apa uols expect after bagi barang kat reviewer semua. jaman sekarang mulut kata ikhlas, tp harapkan attention
Quote Xim 20-5-2020 11:33 AM
Alahhh ade certain seller bile utk review sedap namateh dia buatkan....sekali customer beli dpt yg hauk.....
Quote fuyupoktek 20-5-2020 11:38 AM
Alah ko bukan ada job pon skang. Dh xsedap buang trus. Haaha
Quote Themilo 20-5-2020 11:39 AM
ucapan selamat hari jadi pun kau caj RM50 kannn... yang nak review ni, caj je la rm500.. keh keh keh
Quote Lailerthee 20-5-2020 11:47 AM
Xsalah kan sape2 tpi cuba fikir effort peniaga tu post benda tu kat uma kau at least say tq dah cukup kot. Ni siap cakap nk bg sy terima. So peniaga dpt pahala je la?
Quote hollahop 20-5-2020 11:49 AM
pencintaABC replied at 20-5-2020 11:20 AM
Nak cari retis mcm toktie yg tak merempan bila buat free IG review susah la kan? Sbb tu la neliau ke ...

betul la tu.

tokti terima ja semua. dia xmakan lagi pun dia tunjuk ja bekas2 yg berisi lauk.
dia xmakan berbuka, dia makan time moreh xpun sahur dia makan.

walaupun dia xda tunjuk dia suap makanan tu ke mulut. but still dia bukak satu2 makanan yg sampai and say thanks.


Quote belilies 20-5-2020 11:50 AM
Haaa take note semua mana yg nak bagi deyols ig review tu nama2 seleburiti di atas tu kene ati2 lah in the future.
Quote bolamata 20-5-2020 11:53 AM
aku tak suka pun mek jana ni.. tapi apa dia cakap tu betul.. kalo niat pemberi tu ikhlas sebab minat dengan mek jana tak apa lah.. tapi niat pemberi tu memang niat nak suruh review walaupun mek tu dah mention awal-awal no review tu memang pemberi jenis tak faham bahasa
Quote royaldanish 20-5-2020 12:05 PM
bubuh iklan siap2 kat ig bgtau takde buat review sama ada bebayar ataupun tidak

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.093758 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top