Pilu hati ini melihat perkembangan terkini pelakon veteran Roslan Salleh. Menurut GEMPAK, Roslan yang mesra disapa Pak Lan itu mengalami batuk berdarah sebelum menyambut Ramadan lalu.
Katanya, dia tidak menyangka batuk biasa dialaminya berlarutan hingga berdarah membuatkan dia lebih banyak berbaring saja di rumah. "Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di hospital. "Doktor beritahu ada jangkitan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi, Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih," katanya. Tambah Pak Lan, nak berjalan pun dia sudah tidak kuat dan perlu berpaut hingga ada masanya dia perlu menggunakan kerusi roda. Faktor usia mungkin, katanya.
"Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat. Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya. "Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat," luahnya. Semoga Pak Lan diberi kekuatan dan sihat kembali. - CARI
|
Orix replied at 19-5-2020 08:16 PM
dia ni kan yg meniaga serunding kan ? ke iols salah org
selipar_hijau replied at 19-5-2020 05:18 PM
Dalam drama degup cinta yg shooting 2-3 tahun lepas pun dh nmpk beliau kurus
ADVERTISEMENT