CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jentikan Dari Langit , Kawasan Tawaf Sepi Kerana Covid-19

6-3-2020 11:49 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4193| Komen: 11|Original author: Oleh: rikuren


Sebagai usaha mencegah penyebaran terbaru virus korona, kerajaan Arab Saudi mengenakan peraturan ketat kemasukan ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah serta menggantung semua aktiviti ziarah umrah.

Pengumuman mengenai peraturan ini dihantar pada hari Khamis (05/03/2020) waktu tempatan. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup selepas satu jam solat isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari.

Kerajaan dan pihak berkuasa telah membersihkan Masjidil Haram sebagai usaha pensterilan. Video mengenainya telah dikongsi bekas pembaca berita TV3, Izwan Azir Saleh menerusi Instagramnya menunjukkan mataf, lokasi di mana para jemaah biasa mengelilingi Kaabah kelihatan sepi sementara dibersihkan.

Suasana aneh, tapi bukan sesuatu yang pelik.



 
"Kepada yang bertanya, apakah benar Masjidil Haram ditutup? Saya khabarkan bahawa lantai Tawaf (Mataf) buat masa ini ditutup, tetapi dalam Masjid, tingkat kedua dan bumbung, ia masih dibuka. 

"Video ini adalah video semasa, diambil dari jendela hotel penginapan saya," tulisnya.



Di samping itu, antara Bukit Safa dan Marwah untuk melakukan sai'e juga ditutup buat sementara waktu.


Jemaah berehat di atas sejadah saat mengerjakan umrah di Masjidil Haram yang kelihat begitu sepi gara-gara COVID-19.
Kredit foto: AP 

Sementera itu, jemaah juga dilarang membawa makanan dan minuman ke masjid selain akses ke Air Zam-zam dihentikan sementara. 

Malah, lokasi makam Nabi Muhammad dan dua sahabat, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab juga akan ditutup kepada jemaah.

Kerana virus Covid-19, banyak urusan tergendala di seluruh dunia. 'Jentikan' dari langit peringatan untuk kita semua.

Cuba juga ambil gambar surau dan masjid kita, itu lebih patut disedihkan. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 6-3-2020 12:05 PM
Dh bca kat Twitter psl ni tpi post bukn Ummah Meleis lh, bhagian lain d buka utk solat & tawaf, bhagian ni d ttup skjp utk sterilization, pehtu bukak blik.
Quote chicozinn 6-3-2020 12:06 PM
time mak aku g umrah bulan 1 ri tu kemain sesak..betul la tu jentikan dari langit..to Saud's family, this is a warning for uollss ok..
Quote gideoncross 6-3-2020 12:07 PM
Dh bca kat Twitter psl ni tpi post bukn dri Ummah Meleis lh, ktanya bhagian lain d buka utk solat & tawaf, bhagian ni d ttup skjp utk sterilization, pehtu bukak blik.
Quote bondeh 6-3-2020 12:30 PM
sebak tgk gambar nih sebab selalunya penuh dgn ummah Islam seluruh doniya
Quote ctcheery 6-3-2020 02:10 PM
Allah maha besar
Quote husna_amal 6-3-2020 02:54 PM
Sekurang2nya buat umrah masa ni tak bersesak2 sangat dengan jemaah.
Quote Cpkay 6-3-2020 03:49 PM
Masyallah. tak pernah nampak kosong macam ni.. betullah.. dasyat sungguh jentikan datri langit ni..
Quote CatMiow 7-3-2020 07:02 AM
Nak cashkan orng kaya maulana arab saudi. Orang nak ke mekah buat ibadah,  tapi dorng buat mcm satu tempat perlancongan dengan tiket ibadah pula.

Buat menara tinggi2, cantik2. Yg datang pun niat dah berbelah bagi.  Hati nak beribadah kpd Tuhan, terus terdetik kagum pada binaan manusia.

Kalau belum ada penghabisan wabak ni,  takut tahun ni tak dapat buat haji. Puasa dah nak dekat,  maksudnya haji dalam 3bulan lebih ke empat bulan lagi.  Yg dapat pun buat ibadah,  silap2  penduduk sekitar je la.

Lagipun haji ni bukan wajib tahun2 kena hantar jemaah setiap negara.

Quote DARSITA 7-3-2020 10:05 AM
kalau lah aii ada di situ senang nya nak cium Hajaratul Aswad.

Time aii pegi bulan 12/1 .. Ya Rabbi ramainya umat!

Quote DARSITA 7-3-2020 05:39 PM
88204938_10157672231360081_1805105571175596032_o.jpg

Good news to all ~



Quote biozipstar 9-3-2020 03:52 PM
jentikan drp langit tu sebenarnya selalu je. bkn sebab covid19 je.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086566 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top