Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap pembantu rumah Datuk Ziela Jalil. Lapor Bernama, hukuman itu dijatuhkan selepas Julianah Omar, 32, yang juga warga tempatan mengaku bersalah di hadapan Majistret M Saravanan kerana mencuri barangan peribadi milik majikannya, bulan lalu.
Bukan sikit-sikit yang dicurinya, semua barangan curi itu berjumlah lebih setengah juta! Menurut laporan, hukuman dijalankan bermula semalam. Difahamkan, Julianah mencuri barangan peribadi pelakon dan produser itu di Desa Sri Hartamas, Brickfields, kira-kira 11 pagi pada 26 Februari lalu. Keseluruhan barangan curi itu dilaporkan berjumlah RM520,000. Wanita itu dihukum mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membolehkan dia dipenjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dihukum penjara dengan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
|
manehnya: curi sikit2 dah le, tu la tamak... setengah juta kau curi.. fuhh x sempat nk nikmati kan haa
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 11:52 AM
maid dia bukan curi duit la..
curi barang..
maybe handbag emas permata intan berlian kain baju kas ...
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 11:52 AM
maid dia bukan curi duit la..
curi barang..
maybe handbag emas permata intan berlian kain baju kas ...
aiva replied at 6-3-2020 12:11 PM
ayo
handbag pun curik ker
taraf maid dia nak buat apa beg bling bling tu ek
F685 replied at 6-3-2020 11:54 AM
0.5 juta tu tak agak2 nak curi pun
Senyap2 buat police report
Senyap2 naik court & dpt keputusan
prettyuglybabe replied at 6-3-2020 12:37 PM
handbag orang kaya bukan taraf handbag marhaen 3 4 ribu harganya..
satu bag koman-koman belas to ...
ADVERTISEMENT